Isnin, 29 Mac 2010

Selamat Menjalani Peperiksaan!!!


Miinggu peperiksaan akhir sem akan bermula seawal bulan april ini...kepada semua pelajar-pelajar universiti awam khususnya..selamat menjalani peperiksaan akhir semester. Jangan lupa mengulangkaji pelajaran disamping doa dan tawakkal kepada Allah. Jangan lupa juga agar pohonkan doa kepada ibubapa kita...minta mereka doakan kemudahan dan kejayaan kita dalam menghadapi peperiksaan.

Khamis, 25 Mac 2010

Masalah Sosial Pelajar Kini (Bahagian 1)




Membaca ruangan Forum di Utusan Malaysia mengenai Kisah GRO IPTA dan Pelajar IPTA jadi GRO merupakan salah satu rencah sosial yang dikatakan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sememangnya kesalahan-kesalahan sebegini dahulunya mungkin kesalahan 'terpencil' yang berlaku di IPTA namun kini dikatakan semakin menjadi-jadi. Seorang pensyarah kanan berpangkat Prof. Madya di sebuah IPTA pernah menceritakan kepada saya pengalamannya sepanjang berkecimpung dalam dunia universiti melihat tata kelakuan pelajarnya yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu. Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains tersebut menyatakan seorang pelajarnya pernah menjemputnya bertemu di suatu tempat (luar universiti) untuk berbincang tetang kegagalannya dalam subjek******. Bagaikan tidak percaya apabila pensyarah tersebut mendapati perubahan ketara pelajarnya apabila berada di luar universiti dengan pakaian persis seperti seorang pelacur. Bantuan Allah menyelamatkan pensyarah terbabit dari terus tergoda dengan jelingan dan pujukan manja pelajarnya itu. Saya percaya, pihak universiti pastinya akan mengambil tindakan termasuk membuang pelajar terbabit terutamanya yang melibatkan nama baik universiti. Namun, tanggungjawab ini bukan hanya terletak kepada pihak pengurusan universiti semata-mata. Tanggungjawab ini seharusnya dipikul oleh semua pihak. Baik diperingkat pengurusan universiti, para pensyarahnya serta masyarakat dan negara. Kepimpinan negara melalui kementerian penerangan dan pihak berwajib seharusnya menggunakan saluran media cetak dan elektronik melalui peraturan mahupun akta yang digubal bagi mempastikan setiap media-media rasmi dan berdaftar di negara ini mengikuti keseluruhan garispanduan yang ditetapkan. Garis panduan tersebut hendaklah mengandungi elemen penekanan kepada akhlak dan sosio budaya yang lebih sopan yang sesuai dengan tuntutan agama Islam khususnya. Setiap penulisan dan paparan filem mahupun fesyen pakaian para artis. Rancangan penerapan kepada kefahaman agama mestilah dibanyakkan dan rancangan berbentuk hiburan yang bertentangan Islam hendaklah dihapuskan sama sekali. Di Pihak Universiti seharusnya menguatkuasakan peraturan pemakaian dengan lebih sempurna serta para pelajar wanita hendaklah diutamakan agar tinggal di Kolej Kediaman yang tentunya lebih selamat daripada anasir-anasir yang boleh menggugat Iman.
Saya pernah mengigatkan para pelajar sama ada para pelajar Kolej/IPTA mahupun pelajar yang bakal ke IPTA dalam siri tazkirah saa di Institut GPMS satu ketika dahulu agar mereka menjaga maruah diri dan menjauhkan diri daripada anasir-anasir maksiat tersebut. Jika dilihat pelajar IPTA dahulu dengan pelajar IPTA sekarang tentunya amat berbeza sekali. Dahulu, sebuah keluarga barangkali dipencilkan oleh masyarakat disebabkan kedhoifan hidup mereka...namun, disebabkan seorang anaknya masuk ke IPTA, nama keluarga tersebut harum mekar disebut-sebut orang. Pelajar IPTA dilihat umpama bunga yang cantik mekar, mereka dihormati dan dicontohi...tak kira apa bidang yang mereka ceburi...sikap dan akhlak mereka amat baik sekali...tapi kini...pelajar IPTA tidak seperti dahulu lagi...Perangai mereka kadang-kala tak ubah macam kelompok-kelompok yang tidak berpelajaran dan tidak punyai budi pekerti. Melacur, merempit semua ini perbuatan yang tidak sepatutnya ada pada diri bakal graduan universiti. Jika pelajar universiti sudah tidak punyai akhlak dan jati diri....maka akan hancurlah negara. Kerana pelajar ini kelak bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Sebuah syair arab jelas menyatakan " Jika ingin dilihat ummah akan datang...maka perhatikanlah pemuda-pemudinya pada masa kini...Jika pemuda-pemudinya rosak...maka akan rosaklah ummahnya kelak". Kalau dahulu, pelajar universiti terkenal dengan imej nasyidnya tapi kini imej-imej merosakkan telah mula ditonjolkan...berbanggalah seorang pelajar universiti dengan rentak indenya sambil mengenakan tudung...begitulah dahsyatnya ujian dunia...Sesungguhnya banyaknya maksiat dan penzinaan antara punca kepanasan global kini...lihat dan kajilah hadis nescaya kita akan dapat jawapannya. Marilah kita bersama-sama memelihara diri, keluarga dan masyarakat dari kancah tersebut..Semoga kita semua dilindungi Allah daripada bala yang mengasyikkan ini
wallahua'lam


Lagi kisah GRO IPTA

DI ruangan ini saya ingin mendedahkan kebimbangan 'Bapa Resah' terhadap gejala 'Pelajar IPTA jadi GRO' yang disiarkan kelmarin (Isnin, 22 Mac 2010).

Untuk makluman pekara ini sudah lama berlaku cuma ia disedari oleh segelintir sahaja golongan akademik IPTA itu sendiri. Bahkan saya sudah beberapa kali mengingatkan teman-teman perniagaan supaya jangan melanggan gadis-gadis ini, namun mereka tetap juga menggunakan gadis-gadis itu untuk memuaskan nafsu mereka.

Sebagai seorang yang hidup di dunia korporat saya sering bertemu dengan teman-teman saya yang membawa gadis-gadis GRO 'menara gading' ini ke majlis-majlis jamuan serta berhibur di hotel-hotel mewah.

Sebenarnya perkataan GRO adalah tidak tepat kerana gadis-gadis ini kebanyakannya adalah menjadi 'perempuan simpanan' kepada golongan berwang ini. Gadis-gadis ini dijadikan hamba nafsu golongan-golongan ini setelah diumpan dengan wang ringgit, kereta mewah dan kehidupan eksklusif.

Kebanyakan sugar daddy ini terdiri daripada golongan ahli perniagaan yang mempunyai dompet tebal. Maklum sajalah apalah yang hendak dihiraukan jika mereka mendapat tender bernilai jutaan ringgit setiap tahun serta projek-projek yang menanti.

Kebanyakan gadis-gadis ini disediakan rumah, villa mewah, kereta sport mewah daripada bertaraf Proton Satria hinggalah ke Mercedes sport. Sementara pakaian mereka daripada jenama yang mahal serta dijanjikan habuan bercuti keluar negara. Saya ingin sebutkan IPTA yang ramai gadis-gadis yang menjadi 'perempuan simpanan' adalah dari ******, ******, ****** dan ****** serta sebahagian kecil dari universiti swasta di Lembah Klang.

Mungkin ramai yang menyangka sugar-sugar daddy ini bergelar Datuk atau Tan Sri tetapi tuduhan itu tidak benar kerana kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan yang baru naik dan belum ada apa-apa gelaran lagi. Saya pernah mengingatkan teman-teman 'berwang' ini supaya tidak menjadikan gadis-gadis IPTA ini sebagai mangsa mereka. Mereka adalah ibarat bunga bangsa, jika rosak mereka, maka rosaklah generasi masa depan kita. Saya ingatkan jika mereka juga mempunyai anak, adik atau saudara perempuan bagaimana perasaan mereka bila mereka ini dijadikan 'perempuan simpanan' atau selayaknya 'wanita lacur'.

Namun ingatan saya ini hanya diketawakan oleh mereka yang mengatakan wanita muda ini yang inginkan wang mereka.

Saya boleh ceritakan tentang seorang siswi IPTA di Pantai Timur yang sering mengikuti sugar daddy ini sewaktu cuti semester ke luar negara bermain golf di Australia, Singapura dan Bali.

Sepanjang satu hingga dua minggu bercuti hanya dihabiskan bersama sugar daddy tersayang. Apabila pulang sarat dengan belian barangan dan pakaian mewah semuanya ditaja oleh sugar daddy.

Kebanyakan 'gadis-gadis simpanan' ini tidak mempunyai perjanjian atau ikatan untuk mengahwini lelaki berwang ini. Taraf lelaki berwang ini sekadar membiayai makan pakai, kediaman dan kereta serta melunaskan bayaran pengajian sepanjang empat tahun di universiti.

Lepas tamat pengajian gadis-gadis ini boleh lepas bebas dan mereka tiada ikatan lagi. Bayangkan gadis-gadis 'rosak' ini bakal mengahwini sekian banyak teruna yang baik-baik setelah akhir pengajian mereka. Ataupun sesetengahnya menjerat VIP atau ahli politik tertentu berdasarkan pengalaman mereka yang lalu.

Amat mudah untuk mengenali gadis-gadis simpanan ini. Selain dari memiliki kereta mewah, mereka tinggal di kawasan eksklusif dan kondominium secara berseorangan serta penampilan mereka agak lain dengan rambut yang sentiasa berdandan rapi dan berpakaian jenama mahal.

Mereka ini selalunya berhimpun sesama mereka di kelab-kelab eksklusif serta berbelanja menggunakan kad kredit.

Berdasarkan pengalaman saya seperti yang dialami oleh 'Bapa resah' itu tadi gadis-gadis yang ditemui di hotel mewah itu hanya datang berhibur.

Sebenarnya di situlah tempat mulanya untuk berkenal-kenalan dengan bakal sugar daddy.

Sebenarnya gadis-gadis itu sudah tahu jika ada yang sudi berkenalan dan berakhir di bilik hotel serta sanggup membiayai hidup mereka maka hal-hal di atas yang saya ceritakan adalah perkara lumrah yang berlaku. Perjanjian secara tidak langsung berlaku, seperti berapa tahun pengajian dan jumlah yang diperlukan oleh gadis itu dalam sebulan. Inilah pasar tawar-menawar sugar daddy untuk merebut 'gadis simpanan' mereka.

Sebagai penganut Islam saya merasa bersalah jika tidak mendedahkan maksiat yang berlaku ini.

Saya ingin menyeru pihak universiti agar mengambil tindakan terhadap siswi-siswi yang melakukan kerja terkeji ini.

Begitu jugak hukuman Syariah yang berat perlu dijatuhkan ke atas sugar-sugar daddy ini kerana mempergunakan gadis-gadis yang lemah untuk melampiaskan nafsu mereka.

BAPA PRIHATIN

Shah Alam

Pelajar IPTA jadi GRO?
BARU-BARU ini saya ke Lembah Klang atas urusan perniagaan dan menetap di sebuah hotel terkemuka di kawasan Subang.

Pada malamnya, selepas jamuan makan bersama rakan-rakan perniagaan, mereka telah mengajak saya ke kelab malam yang juga berada di dalam hotel yang saya diami.

Pada mulanya saya menolak kerana saya jarang berhibur dan tidak minum minuman keras, tetapi diberitahu cuma untuk berehat dan disediakan minuman ringan jadi saya pergi bersama rakan-rakan.

Setelah setengah jam saya duduk, kami didatangi pelayan dan juga saya lihat ramai gadis Melayu yang masih muda bekerja di situ. Kebetulan rakan saya agak ramah dan memanggil gadis untuk berbual. Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa anak gadis tersebut merupakan pelajar IPTA dan bekerja part time sebagai pelayan dan mereka tanpa segan-silu berbual dan berpegang-pegangan.

Saya ambil peluang untuk berbual dengan gadis tersebut dan diberitahu, pada siang hari dia adalah pelajar dan sering ponteng kuliah kerana tidak cukup tidur pada malam hari.

Ditanya kenapa lakukan kerja itu, dengan selamba dia menjawab mahu mencari wang untuk hidup mewah, kerja macam ini senang dapat duit.

Saya tersentak kerana anak gadis saya juga masih menuntut di IPTA di Lembah Klang. Apabila ditanya, bagaimana boleh keluar bekerja pada malam hari, mereka memberitahu bahawa mereka tidak duduk di kolej kediaman tetapi menyewa bersama teman-teman di luar, sekitar kawasan tersebut.

Saya terkejut kerana kurangnya penguatkuasaan daripada Majlis Agama Islam Selangor sehingga anak-anak gadis Melayu boleh bekerja dengan pakaian yang menjolok mata dan melayan lelaki hidung belang hanya kerana diumpan dengan wang ringgit.

Mereka juga tanpa segan silu untuk minum minuman keras apabila diminta untuk minum bersama dengan pelanggan yang datang.

Saya menyeru kepada golongan ibu bapa, selalulah mengawasi pergerakan anak gadis kita supaya tidak terjerumus kepada perkara yang tidak bermoral.

BAPA RESAH

Jumaat, 19 Mac 2010

Tahniah IKIM!!

Tahniah IKIM kerana telah berjaya menganjurkan rancangan realiti kanak-kanak berunsurkan Islam. Kretiviti pengarah program patut dipuji. Program realiti yang berjaya mencungkil bakat kanak-kanak agar menjadi pendakwah Islam dengan mentornya (murabbi) terdiri daripada pendakwah berkaliber tanahair seperti A.F Us. Zambri, Us. Farid Ravi dan ramai lagi. Sesungguhnya program keagamaan sebenarnya mendapat tempat di hati masyarakat malaysia. tetapi mentaliti sesetengah pihak yang masih ditakuk lama yang menyatakan kononnya program keagamaan tidak boleh buat duit...tak boleh untung hanyalah satu mind set penjajah yang patut diperbetulkan semula. Media massa sama ada media cetak nmahupun media elektronik sepatutnya bersama-sama kearah perubahan minda agar giat mempromosikan program-program keagamaan demi memelihara aqidah dan jatidiri muslim dalam berhadapan zaman yang penuh pancaroba dan fitnah kini. Lambakan program-program hiburan sebenarnya bukan sahaja menggugat iman malah ianya turut akan membahayakan keselamatan negara. Kejayaan cemerlang Islam adalah terletak diatas kekuatan aqidah ummah dalam mengharungi suasana zaman. wallahua'lam.
Tahniah dan tahniah...moga program sebegini dapat diteruskan oleh pemerintah

Khamis, 18 Mac 2010

Duhai Bonda


Album :
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com



Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

Saya dan Darussyifa'

Bagaimana saya boleh terlibat dengan Darussyifa' ye ?? Mmm...semua ni adalah takdir dan ketentuan Allah. Sesungguhnya setiap niat yang baik pasti akan didorong dan dibantu oleh Allah. Sepertimana di awal penulisan blog ini ada menyatakan akan minat saya dalam ilmu-ilmu keagamaan. Minat ini telah memungkinkan saya mengenali beberapa tokoh ulama' tanah air. Antara tokoh yang saya minati ketika itu ialah Us. haron Din. (Prof. Dr Haron Din) Ketika itu, Us Haron seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Keilmuan Us Haron terselah melalui mutiara ilmu yang beliau taburlkan pada setiap kali ceramah yang beliau adakan sama ada dipentas-pentas ceramah di Masjid mahupun di kaca televisyen. Selain Us. Haron, Mantan Mufti Selangor di era 80-an turut menarik minat saya. S.F Dato Ishak Baharom antara tokoh yang amat disegani di Malaysia. Tokoh-tokoh lain seperti Us Ismail Kamus, Us. Saleh Ahmad serta ramai lagi. Us Haron seringkali keluar di kaca tv 1 dalam ruangan Forum Perdana Ehwal Islam dengan moderatornya Dr Hassan Ali. Foreum yang pernah menjadi rancangan paling popular TV1 pada era 90-an ini seringkali membawakan isu dan ilmu yang amat bermanfaat buat masyarakat. Pada masa itu saya tidak pun mengenali Darussyifa'. Pembacaan di akhbar akhirnya membawa saya kepada pengenalan kepada Darussyifa' yang merupakan sebuah Pusat Rawatan Islam berasaskan al-Quran dan As Sunnah yang diasaskan oleh Us. Haron Din. Terlintas dihati agar Allah izinkan saya menuntut ilmu agama dan perubatan dengan ulama' terkenal ini. tapi hati ini merasakan ianya seolah-olah mustahil untuk berlaku. Saya duduk di Ipoh sedangkan Us berada di Bangi dan Us tentunya tidak mengenali saya ini.
Kejadian histeria yang berlaku di Institut GPMS antara pemula bicara keatas segalanya. Pada malam itu (Program Kecemerlangan SPM) Institut GPMS dikejutkan dengan paluan guruh yang kuat berdentum-dentam. Seluruh Institut bergelap berjajam-jam lamanya. Ianya bermula pada jam 8.00 mlm lepas solat maghrib. Seorang urusetia wanita tiba-tiba meracau dan menjerit. Abang Tam segera mengarahkan agar semua peserta berkumpul di dewan.
Abang Tam pergi melakukan sesuatu bagi mententeramkan urusetia wanita yang kerasukan itu. Selang beberapa minit...ia berlaku lagi. Ngilaian dan racauan berlaku...kali ini abang Man pula turun membantu...saya pada masa itu diam bersembang bersama Nas dan Bob. Bob menyatakan bahawa kejadian yang berlaku ke atas urusetia wanita tersebut bukan histeria sebaliknya hanya merupakan imiginasi semata-mata.
Pada sebelah petang sebelum kejadian, saya bob, as, nas dan tina ada melakukan perancangan aktiviti di sebuah tanah lapang di luar kawasan Institut tersebut. Dikatakan urusetia lain kononnya tempat yang kami pergi itu agak 'keras'. wallahua'lam.
Namun, kejadian tersebut amat memeranjatkan saya kerana inilah kali pertama saya berhadapan dengan situasi ini. Tidak beberapa lama kemudian abang Tam datang memanggil saya :"raihan!! nah kamu buatkan air jampi untuk urusetia tu..."
Saya cuba,...beberapa potong ayat al quran saya baca..khususnya ayat Qursyi yang saya ulang beberapa kali..air saya bagi minum dan disapu muka....tidak lama kemudian...urusetia wanita tersebut sedar.. pada masa tu saya, abang tam, a***** sedang menyayi nasyid di kantin...kami nyanyi lagu "Menuju Wawasan" abang Tam main gendang...kami nyayi sebab tak tau nak buat ape....suasana gelap.
Lepas saya buatkan air...urusetia tersebut sedar dan bangun...dia datang ke kantin...dia cakap dia lapar dan nak makan nasi...Urusetia tersebut sempat menyatakan terima kasih pada saya dan semua kerana membantunya sambil mencerita apa yang berlaku ke atasnya. Menurut urusetia tersebut, dia diganggu oleh seekor lembaga hitam..
Tepat jam 12...tiba-tiba urusetia tadi meracau balik...saya cuba buat air seperti tadi...tapi kali ni tak menjadi apa-apa. Maklumlah masa tu pengetahuan tentang ilmu ni memang cetek sekali...akhirnya saya mengambil keputusan agar tidak terlibat. Al*** * datang pada malam itu...melihatkan susana yang berlaku, Al**** * akhirnya mengambil peranan. Al*** * lah yang merawat urusetia tu...urusetia tu dibalut dengan kain putih (cadar) seolah-olah sekujur mayat dan dikelilingi dengan nyalaan lilin...persis macam cerita omputih yang berkaitan pemujaan...masa tu seram betul...saya tak tau apa yang Al*** * buat...tapi tepat jam 4 pagi urusetia tu sedar dan pulih seperti biasa... Al*** kata hantu tu dah balik kul 4 pagi tadi. Mengantuk sangat menyebabkan saya terus masuk tidur...tapi tak tidur kat bilik urusetia sebab dah penuh...saya bob dan nas kami tidur kat kantin jer...Masa tidur tu saya bermimpi seekor lembaga hitam datang memberi amaran kepada saya kerana dikatakan cuba membantu urusetia tersebut...mimpi tersebut menyebabkan saya terjaga dari tidur...jam menunjukkan jam 5 pg dan saya terus ke surau untuk mengimamkan solat subuh.
Esok paginya Bob memaklumkan dia bermimpi seorang laki-laki naik ke Institut GPMS...tangannya punyai jari-jari yang tajam persis seperti lelaki pembunuh dalam filem Freedy's Nigh Mare.... laki-laki itu mengguriskan tangannya disetiap pagar Institut tersebut....
Jumaat minggu berikutnya saya menunaikan solat jumaat di Masjid Negeri Ipoh. Di papan kenyataan itulah menemukan saya kepada Darussyifa'. Tertera kenyataan kelas perubatan Darussyifa' dan saya merupakan antara peserta yang berjaya mengikuti dengan jayanya. Kalau dahulu cerita dan insiden sebegini amat menyeramkan saya...namun kini insyaLlah ia dapat diharungi. Penglibatan saya dengan Darussyifa' tentunya memberikan pengalaman yang lebih mencabar...kalau di GPMS saya berkesampatan menimba ilmu dan pengalaman mengajar dan belajar....bersama para pelajar untuk membantu para pelajar...kalau jumpa masalah pun...ianya masalah pelajar yang berusia antara 11 tahun hingga 21 tahun...tapi di Darussyifa' saya jumpa masalah dan cuba bantu selesaikan masalah dari usia 1 bulan sampai umur 70 tahun...Masam-macam peranagai dan ragam manusia saya temui...baik dia seorang cikgu, guru besar, jurutera, jururawat, pensyarah, ustaz dan ustazah malah baik yang tua mahupun yang muda... Semua ini merupakan pengalaman dalam menghabiskan baki-baki usia yang tersisa. Moga mendapat kedhoaan allah dan moga segala kesilapan diampunkan Allah

Khamis, 11 Mac 2010

Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia


KAHERAH 10 Mac – Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi hari ini setelah mengalami serangan sakit jantung. Beliau berada di Riyadh untuk menghadiri majlis anugerah Raja Faisal malam tadi.

Tantawi, 82, sedang menaiki sebuah pesawat awal pagi ini apabila beliau berasa sakit lalu terjatuh di tangga, lapor stesen televisyen Mesir.

Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh di mana doktor mengesahkan kematiannya.

Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke Kaherah, malam ini.

Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.

Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.

Al-Azhar, sebuah kompleks universiti dan masjid berusia lebih 1,000 tahun adalah antara pusat pengajian Islam paling terkemuka di dunia dan mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. – Agensi

Selasa, 2 Mac 2010

Mari Mengenali Ulama': Tuan Guru Ust Nik Abdul Aziz Nik Mat


Ha...harap para pembaca semua dapat melihat artikel ini dengan hati yang terbuka. Ia ditulis bukan kerana politik tetapi kerana ketulinan fakta berkenaan seorang ulama' terkemuka di Malaysia kini. Seorang ulama' yang telah berjaya membawa imej dan gambaran sebuah jemaah politik Islam terbesar di Malaysia. Maklumat ini saya ambil daripada wikipedia. Tuan Guru Ust Nik Aziz Nik Mat seorang ulama' Melayu yang punyai pengatahuan ilmu agama yang mendalam. Ulama' lepasan pondok ini turut punyai kemahiran satera dan bahasa arab yang tinggi apabila mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusteraan Arab dari Universiti al-Azhar as-Sharif. Beliau turut mempunyai pengetahuan fiqh yang mendalam apabila turut mempunyai ijazah sarjana (master) dalam bidang syariah dan perundangan Islam. Keistimewaan Us Nik Aziz, selain punyai latarbelakang pondok dan kekuatan bahasa arabnya, Us. Nik Aziz turut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu Hadis apabila mempelajarinya di Universiti di India dan Pakistan yang mana kedua-dua universiti ini sememangnya terkenal dalam menghasilkan ulama' hadis terkemuka. Sememangnya pakej yang ada pada diri Us Nik Aziz ini bertepatan dengan pakej ulama' dahulu yang mendalami bahasa arab, mendalami ilmu fiqh dan hadis. Kezuhudannya dapat digambarkan dalam setiap tindak-tanduknya dalam kehidupan. Beliau dikatakan turut mendapat didikan daripada seorang tokoh ulama' dan pengasas jemaah al-Ikhwan al Muslimun di Mesir, As Shahid al Imam Ustaz Hassan al-Banna.
Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".[2]Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Pendidikan
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
Beliau juga pernah menuntut di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Universiti al Azhar, Mesir
Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

Isnin, 1 Mac 2010

Pengalaman di Institut GPMS

GPMS atau Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung merupakan antara badan NGO tertua di negara kita. Saya mengucapkan ribuan terima kasih khususnya buat GPMS Perak dan GPMS Setiawan yang memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan beberapa slot khususnya kuliah subuh serta beberapa program keagamaan di Institut tersebut.
Saya mula mengenali Institut ini semasa kursus perkaderan dimana saya menjadi pesertanya sekitar tahun 2005 dahulu. Itulah kursus pertama anjuran GPMS Perak yang pernah saya sertai. Semasa menghadapi peperiksaan SPM dulu, kawan-kawan ada mencadangkan dibuat sesi ulangkaji SPM bersama dan mereka mencadangkan agar Institut GPMS menjadi tempat perjumpaan. Maka dengan izin, kami pun memanfaatkan institut ini sebagai tempat perjumpaan untuk melakukan sesi ulangkaji. Masa tu abang Tam tinggal di Institut tu...abang Tam masa tu belajar kat Maktab Perguruan Ipoh. Kami tidur di bangunan Fikir. Aktiviti kami dari pagi sampaila ke tengah malam dengan sesi ulangkaji...Semua peserta adalah lelaki belaka..Pesertanya ialah As, Nas, Nairul dan Raihan. Kami tunaikan solat jemaah bersama-sama dan melakukan aktiviti bersama-sama. Inilah permulaan saya ke Institut ini dengan kerap. Lepas SPM, As dan Nairul mempelawa saya untuk membantu Institut GPMS dalam program anjuran mereka. Inilah kali pertama saya membantu sebagai urusetia di Institut ini.
Pelawaan ini membawa saya kepada perkenalan kepada ahli-ahli GPMS seperti OC, Nursaid, Saad, Jasma, Abang Man, Kak Teh, Angah, Along B, Along K, Abah, Tok Daniel, Us Ady, dan lain-lain.. hah..yang paling penting saya amat berterima kasih pada Tn Haji Zainal yang sering mengalu-alukan kedatangan kami. Di Institut ini, banyak juga perkara yang saya dapat belajar...saya mula sebagai urusetia di Institut ni mulanya dengan aktiviti di Surau...tukang bersih surau dan bentang karpet...pastu saya ke dapur bantu abang Man dan Kak Teh...Terus terang saya katakan yang saya amat memuji sikap dan semangat yang mereka tunjukkan.. Dari jauh di Setiawan sana sanggup berulang alik setiap minggu untuk mempastikan progran berjalan lancar...Abang Man akan bangun awal...seawal 5 pagi untuk ke pasar membeli ikan dan lauk pauk untuk dimasak...Kul 5.30pg kita akan dengar aktiviti di dapur akan bermula dengan tindakan Ibu yang bangun mejerang air. Aktiviti memasak diteruskan pada sekitar jam 7.30 (masa tu...abang Man baru sampai dengan sayur dan ikan-ikan) hah...ni team kak teh la ambil peranan.. dan saya dan kawan-kawan akan bantu di dapur...lepas bantu memasak...kita sama-sama tolong bersihkan kawasan sekitar. Biasanya pagi dilaksanakan solat subuh berjemaah dan ada kuliah subuh yang dikendalikan oleh saudara nursaid...(masa tu saudara nursaid kita ni masih belajar di USM) Program dirancang dengan begitu rapi dengan disiplin peserta sentiasa diperbaiki. Jadi urusetia masa tu cukup letih tetapi agak menyeronokkan.. Pada masa-masa terluang...kami akan beramah mesra dengan ahli GPMS seperti OC, abang Tam...dan lain-lain. Inilah rutin mingguan saya dan rakan-rakan. Seingat saya saya pernah menjadi urusetia di Institut ini sejak tahun 1997 hinggalah tahun 2002 secara aktif dan kurang aktif sejak tahun 2002 hingga tahun 2005. Saya kurang aktif akibat kesibukan tugas yang semakin banyak dan mencabar..ketiadaan maklumat tentang takwim Institut juga menyebabkan saya tidak dapat lagi membantu Institut seperti dahulu. Pentengahan tahun 1997 memberikan saya ruang untuk menyampaikan tazkirah subuh di Institut GPMS bagi program UPSR sehinggalah ke Program SPM nya. Terus terang saya katakan...terkadang saya amat kurang melakukan persediaan...namun pihak GPMS amat memahaminya dan sokongan mereka sedikit sebanyak membantu saya. Saya mula bekerja pada tahun 2001...di Parit Buntar. Suasana di Parit Buntar yang penuh dengan Majlis Ilmu telah saya manfaatkan dengan mencurahkannya kepada para peserta kursus di Institut GPMS pada tahun tersebut dan tahun-tahun berikutnya...namun, terkadang cara penyampaiannya adakalanya agak keras sehingga ada dikalangan ahli GPMS melabelkan saya sebagai ahli PAS. Malah tidak keterlaluan juga ada yang menyangka saya punyai jawatan dalam PAS sama ada diperingkat cawangan mahupun bahagian. Hakikatnya itu hanyalah andaian mereka semata-mata tanpa punyai bukti dan alasan yang kukuh. Seringkali isu politik dan perbagai isu lain diutarakan kepada saya dan kenyataaan dan jawapan saya dilihat seolah-olah jawapan parti. Saya tersenum mendengar dan melihat telatak mereka...

SAYA DAN PAS

Sememangnya ayah saya seorang pengikut PAS sejak tahun 60-80-an dahulu...Perbagai ujian dan dugaan pernah kami sekeluarga rasai semasa berada dalam jemaah ini...Masa itu...saya tentu sekali tidak mengetahui apa-apa. Ayah masuk UMNO pada tahun 90-an. Sikap dan tindakan ayah ini melahirkan pegangan fahaman politik yang berbeza antara kami adik-beradik..Dalam jumlah keluarga yang besar itu, sebahagian besar darinya tidak menjadi ahli mana-mana parti dan sebagiannya pula penyokong dan ahli UMNO dan sebahagian yang lain ahli dan penyokong PAS. Saya tidak mendaftar mana-mana parti mahupun PAS atau UMNO. Dari dahulu sehingga kini. Abang saya seorang merupakan Naib Pemuda PAS dan seorang lagi Ketua Pemuda UMNO. Sungguhpun begitu, kami tidak pernah bergaduh atas dasar politik. Kami sentiasa bersatu atas alasan agama. Mana-mana kenyataan agama yang benar sama ada ia datang dari pimpinan PAS mahupun pimpinan UMNO...kami akan sokong dan demikianlah sebaliknya. Pada saya biarlah kita meyokong dan melakukan sesuatu tindakan atas ilmu dan aqidah yang benar. jangan diambil tindakan melulu dengan jalan nafsu. Setiap kesilapan dan kesalahan hendaklah ditanggani dengan jalan hikmah dan bukannya permusuhan. Moga Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa membantu kita.
Ayah masuk UMNO sebab nak bantu saudaranya yang bertanding di Parit satu masa dahulu...kecohlah orang PAS masa tu...dan atas nasihat ayah...saudaranya menang di Parit dan ditawarkan EXCO Agama pada masa tu. Mengenangkan jasa ayah, Dato Exco kerap kali datang menjenggguk kami sekeluarga. Kadang-kadang diberinya bantuan kewangan kepada kami...katanya ini semua dilakukan atas mengenangkan jasa ayah. Tapi...ianya tak lama...dah sedap duduk kerusi exco...lama-lama saudaranya ni pun dah dilupakanya...waktu ayah sakit...Dato' Exco langsung tak datang menjengguk...dihantarnya orang sahaja untuk berkirim salam...Ayah amat terasa dengan sikap anak buahnya itu...orang tua bukan nak duit...tapi saat begini dia perlukan persahabatan...tapu persahabatan dan persaudaraan ini nampaknya tidak seperti yang diharap...Ayah kata pilihanraya akan datang jatuh la kamu!!! Ayah sedih dengan sikap anak buahnya itu...Sepanjang penglibatan ayah dalam dunia politik ayah menjelaskan bahawa parti politik yang benar-benar mengutamakan persahabatan dan ikatan aqidah yang benar adalah PAS dan jika inginkan parti politik yang benar-benar mengajar erti Dunia maka pilih la UMNO...itulah antara mesej ayah. Dikala sakit inilah beberapa rakan ayah yang lama dahulu datang menjengguk. Us Roslan Shahrum (Allahyarham Y.B Parlimen Bukit Gantang) dan rombongan datang menziarah sehingga ke akhir hayatnya. Kegawatan politik yang melanbda UMNO dan BN memungkinkan terjadinya telahan ayah apabila Dato Exco akhirnya tersungkur di kawasan yang diwakilinya.. ketika itu baru dia datang menjenggguk kami sekeluarga. Memang benar....itulah dunia...
Setakat ini saya masih ingin mendalami ilmu dan amat berharap agar lontaran tulisan saya ini bersumberkan ilmu dan wahyu. Saya tidak dapat membantu permintaan-permintaan dari pihak GPMS atau individu tertentu yang inginkan bantuan saya untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai jawatankuasa PAS diperingkat kawasan mahupun cawangan atau bahagian sekalipun disebabkan saya bukan ahli PAS serta tidak mampu mendapatkannya. Saya mengkagumi para ustaz yang mampu membahagikan masa mereka dalam sektor yang perbagai...namun saya masih belum mampu ke arah itu. Ketika ini saya juga merasakan diri ini agak sibuk dengan perbagai urusan kerja, urusan belajar, urusan kebajikan dan kemasyarakatan serta dakwah yang menyebabkan saya sibuk dan sibuk. Institut GPMS pun dah makin sukar untuk saya hadir dan bantu akibat kekangan masa. Moga Allah membantu saya ke arah itu. Antara tokoh ulama' yang saya hormati adalah Tuna Guru Dato' Dr Haron Din. Beliau mengajarkan ilmu dan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman politik. Tetapi atas kapasitinya sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, maka media sering mengfitnah kenyataan beliau. Mengelakkan diri dari terus difitnah, maka beliau mengambil keputusan agar kurang menyatakan pendiriannya pada media. Di Darussyifa' ilmu Allah ini bukan sahaja diajar pada orang PAS tapi juga pada orang UMNO, orang Tabligh dan sesiapa sahaja yang dahagakan ilmu Allah. Lihatlah Y.Bhg Dr Amran Kassimin merupakan anak muridnya yang juga ahli UMNO. Tan Sri Yusof Noor juga merupakan anak muridnya malah ramai lagi ahli -ahli UMNO yang berlutut menadah kitab pada beliau. Saya percaya ramai lagi kenyataan ulama'-ulama' yang ikhlas diputar-belitkan kenyataan mereka oleh media hanya kerana mereka tidak sependapat dengan kehendak kerajaan. Sesungguhnya inilah harga yang mahal yang terpaksa dibayar oleh ulama'. Sejarah ulama' sentisa dibayangi dengan ketegasan dihadapan pemerintah sebagaimana yang terjadi pada Imam yang Empat. Imam Hanafi, Imam maliki, Imam Syafie dan Imam Hambali...malah ianya juga yang ditimpakan pada semua pejuang-pejuang Islam kerana inilah janji Allah kepada pejuang-pejunagnya....Jika dahulu nabi sendiri pun berhadapan dengan ujian demikian...maka demikian jugalah akan ditempuhi oleh para pewarisnya. sabdaan nabi yang bermaksud :" Sampaikanlah dariku walau satu ayat"
dan para ulama' mengigatkan agar menyampaikan pesanan agama ini walaupun ia amat pahit untuk dilaksanakan.
wallahua'lam