Isnin, 1 Mac 2010

Pengalaman di Institut GPMS

GPMS atau Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung merupakan antara badan NGO tertua di negara kita. Saya mengucapkan ribuan terima kasih khususnya buat GPMS Perak dan GPMS Setiawan yang memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan beberapa slot khususnya kuliah subuh serta beberapa program keagamaan di Institut tersebut.
Saya mula mengenali Institut ini semasa kursus perkaderan dimana saya menjadi pesertanya sekitar tahun 2005 dahulu. Itulah kursus pertama anjuran GPMS Perak yang pernah saya sertai. Semasa menghadapi peperiksaan SPM dulu, kawan-kawan ada mencadangkan dibuat sesi ulangkaji SPM bersama dan mereka mencadangkan agar Institut GPMS menjadi tempat perjumpaan. Maka dengan izin, kami pun memanfaatkan institut ini sebagai tempat perjumpaan untuk melakukan sesi ulangkaji. Masa tu abang Tam tinggal di Institut tu...abang Tam masa tu belajar kat Maktab Perguruan Ipoh. Kami tidur di bangunan Fikir. Aktiviti kami dari pagi sampaila ke tengah malam dengan sesi ulangkaji...Semua peserta adalah lelaki belaka..Pesertanya ialah As, Nas, Nairul dan Raihan. Kami tunaikan solat jemaah bersama-sama dan melakukan aktiviti bersama-sama. Inilah permulaan saya ke Institut ini dengan kerap. Lepas SPM, As dan Nairul mempelawa saya untuk membantu Institut GPMS dalam program anjuran mereka. Inilah kali pertama saya membantu sebagai urusetia di Institut ini.
Pelawaan ini membawa saya kepada perkenalan kepada ahli-ahli GPMS seperti OC, Nursaid, Saad, Jasma, Abang Man, Kak Teh, Angah, Along B, Along K, Abah, Tok Daniel, Us Ady, dan lain-lain.. hah..yang paling penting saya amat berterima kasih pada Tn Haji Zainal yang sering mengalu-alukan kedatangan kami. Di Institut ini, banyak juga perkara yang saya dapat belajar...saya mula sebagai urusetia di Institut ni mulanya dengan aktiviti di Surau...tukang bersih surau dan bentang karpet...pastu saya ke dapur bantu abang Man dan Kak Teh...Terus terang saya katakan yang saya amat memuji sikap dan semangat yang mereka tunjukkan.. Dari jauh di Setiawan sana sanggup berulang alik setiap minggu untuk mempastikan progran berjalan lancar...Abang Man akan bangun awal...seawal 5 pagi untuk ke pasar membeli ikan dan lauk pauk untuk dimasak...Kul 5.30pg kita akan dengar aktiviti di dapur akan bermula dengan tindakan Ibu yang bangun mejerang air. Aktiviti memasak diteruskan pada sekitar jam 7.30 (masa tu...abang Man baru sampai dengan sayur dan ikan-ikan) hah...ni team kak teh la ambil peranan.. dan saya dan kawan-kawan akan bantu di dapur...lepas bantu memasak...kita sama-sama tolong bersihkan kawasan sekitar. Biasanya pagi dilaksanakan solat subuh berjemaah dan ada kuliah subuh yang dikendalikan oleh saudara nursaid...(masa tu saudara nursaid kita ni masih belajar di USM) Program dirancang dengan begitu rapi dengan disiplin peserta sentiasa diperbaiki. Jadi urusetia masa tu cukup letih tetapi agak menyeronokkan.. Pada masa-masa terluang...kami akan beramah mesra dengan ahli GPMS seperti OC, abang Tam...dan lain-lain. Inilah rutin mingguan saya dan rakan-rakan. Seingat saya saya pernah menjadi urusetia di Institut ini sejak tahun 1997 hinggalah tahun 2002 secara aktif dan kurang aktif sejak tahun 2002 hingga tahun 2005. Saya kurang aktif akibat kesibukan tugas yang semakin banyak dan mencabar..ketiadaan maklumat tentang takwim Institut juga menyebabkan saya tidak dapat lagi membantu Institut seperti dahulu. Pentengahan tahun 1997 memberikan saya ruang untuk menyampaikan tazkirah subuh di Institut GPMS bagi program UPSR sehinggalah ke Program SPM nya. Terus terang saya katakan...terkadang saya amat kurang melakukan persediaan...namun pihak GPMS amat memahaminya dan sokongan mereka sedikit sebanyak membantu saya. Saya mula bekerja pada tahun 2001...di Parit Buntar. Suasana di Parit Buntar yang penuh dengan Majlis Ilmu telah saya manfaatkan dengan mencurahkannya kepada para peserta kursus di Institut GPMS pada tahun tersebut dan tahun-tahun berikutnya...namun, terkadang cara penyampaiannya adakalanya agak keras sehingga ada dikalangan ahli GPMS melabelkan saya sebagai ahli PAS. Malah tidak keterlaluan juga ada yang menyangka saya punyai jawatan dalam PAS sama ada diperingkat cawangan mahupun bahagian. Hakikatnya itu hanyalah andaian mereka semata-mata tanpa punyai bukti dan alasan yang kukuh. Seringkali isu politik dan perbagai isu lain diutarakan kepada saya dan kenyataaan dan jawapan saya dilihat seolah-olah jawapan parti. Saya tersenum mendengar dan melihat telatak mereka...

SAYA DAN PAS

Sememangnya ayah saya seorang pengikut PAS sejak tahun 60-80-an dahulu...Perbagai ujian dan dugaan pernah kami sekeluarga rasai semasa berada dalam jemaah ini...Masa itu...saya tentu sekali tidak mengetahui apa-apa. Ayah masuk UMNO pada tahun 90-an. Sikap dan tindakan ayah ini melahirkan pegangan fahaman politik yang berbeza antara kami adik-beradik..Dalam jumlah keluarga yang besar itu, sebahagian besar darinya tidak menjadi ahli mana-mana parti dan sebagiannya pula penyokong dan ahli UMNO dan sebahagian yang lain ahli dan penyokong PAS. Saya tidak mendaftar mana-mana parti mahupun PAS atau UMNO. Dari dahulu sehingga kini. Abang saya seorang merupakan Naib Pemuda PAS dan seorang lagi Ketua Pemuda UMNO. Sungguhpun begitu, kami tidak pernah bergaduh atas dasar politik. Kami sentiasa bersatu atas alasan agama. Mana-mana kenyataan agama yang benar sama ada ia datang dari pimpinan PAS mahupun pimpinan UMNO...kami akan sokong dan demikianlah sebaliknya. Pada saya biarlah kita meyokong dan melakukan sesuatu tindakan atas ilmu dan aqidah yang benar. jangan diambil tindakan melulu dengan jalan nafsu. Setiap kesilapan dan kesalahan hendaklah ditanggani dengan jalan hikmah dan bukannya permusuhan. Moga Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa membantu kita.
Ayah masuk UMNO sebab nak bantu saudaranya yang bertanding di Parit satu masa dahulu...kecohlah orang PAS masa tu...dan atas nasihat ayah...saudaranya menang di Parit dan ditawarkan EXCO Agama pada masa tu. Mengenangkan jasa ayah, Dato Exco kerap kali datang menjenggguk kami sekeluarga. Kadang-kadang diberinya bantuan kewangan kepada kami...katanya ini semua dilakukan atas mengenangkan jasa ayah. Tapi...ianya tak lama...dah sedap duduk kerusi exco...lama-lama saudaranya ni pun dah dilupakanya...waktu ayah sakit...Dato' Exco langsung tak datang menjengguk...dihantarnya orang sahaja untuk berkirim salam...Ayah amat terasa dengan sikap anak buahnya itu...orang tua bukan nak duit...tapi saat begini dia perlukan persahabatan...tapu persahabatan dan persaudaraan ini nampaknya tidak seperti yang diharap...Ayah kata pilihanraya akan datang jatuh la kamu!!! Ayah sedih dengan sikap anak buahnya itu...Sepanjang penglibatan ayah dalam dunia politik ayah menjelaskan bahawa parti politik yang benar-benar mengutamakan persahabatan dan ikatan aqidah yang benar adalah PAS dan jika inginkan parti politik yang benar-benar mengajar erti Dunia maka pilih la UMNO...itulah antara mesej ayah. Dikala sakit inilah beberapa rakan ayah yang lama dahulu datang menjengguk. Us Roslan Shahrum (Allahyarham Y.B Parlimen Bukit Gantang) dan rombongan datang menziarah sehingga ke akhir hayatnya. Kegawatan politik yang melanbda UMNO dan BN memungkinkan terjadinya telahan ayah apabila Dato Exco akhirnya tersungkur di kawasan yang diwakilinya.. ketika itu baru dia datang menjenggguk kami sekeluarga. Memang benar....itulah dunia...
Setakat ini saya masih ingin mendalami ilmu dan amat berharap agar lontaran tulisan saya ini bersumberkan ilmu dan wahyu. Saya tidak dapat membantu permintaan-permintaan dari pihak GPMS atau individu tertentu yang inginkan bantuan saya untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai jawatankuasa PAS diperingkat kawasan mahupun cawangan atau bahagian sekalipun disebabkan saya bukan ahli PAS serta tidak mampu mendapatkannya. Saya mengkagumi para ustaz yang mampu membahagikan masa mereka dalam sektor yang perbagai...namun saya masih belum mampu ke arah itu. Ketika ini saya juga merasakan diri ini agak sibuk dengan perbagai urusan kerja, urusan belajar, urusan kebajikan dan kemasyarakatan serta dakwah yang menyebabkan saya sibuk dan sibuk. Institut GPMS pun dah makin sukar untuk saya hadir dan bantu akibat kekangan masa. Moga Allah membantu saya ke arah itu. Antara tokoh ulama' yang saya hormati adalah Tuna Guru Dato' Dr Haron Din. Beliau mengajarkan ilmu dan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira fahaman politik. Tetapi atas kapasitinya sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, maka media sering mengfitnah kenyataan beliau. Mengelakkan diri dari terus difitnah, maka beliau mengambil keputusan agar kurang menyatakan pendiriannya pada media. Di Darussyifa' ilmu Allah ini bukan sahaja diajar pada orang PAS tapi juga pada orang UMNO, orang Tabligh dan sesiapa sahaja yang dahagakan ilmu Allah. Lihatlah Y.Bhg Dr Amran Kassimin merupakan anak muridnya yang juga ahli UMNO. Tan Sri Yusof Noor juga merupakan anak muridnya malah ramai lagi ahli -ahli UMNO yang berlutut menadah kitab pada beliau. Saya percaya ramai lagi kenyataan ulama'-ulama' yang ikhlas diputar-belitkan kenyataan mereka oleh media hanya kerana mereka tidak sependapat dengan kehendak kerajaan. Sesungguhnya inilah harga yang mahal yang terpaksa dibayar oleh ulama'. Sejarah ulama' sentisa dibayangi dengan ketegasan dihadapan pemerintah sebagaimana yang terjadi pada Imam yang Empat. Imam Hanafi, Imam maliki, Imam Syafie dan Imam Hambali...malah ianya juga yang ditimpakan pada semua pejuang-pejuang Islam kerana inilah janji Allah kepada pejuang-pejunagnya....Jika dahulu nabi sendiri pun berhadapan dengan ujian demikian...maka demikian jugalah akan ditempuhi oleh para pewarisnya. sabdaan nabi yang bermaksud :" Sampaikanlah dariku walau satu ayat"
dan para ulama' mengigatkan agar menyampaikan pesanan agama ini walaupun ia amat pahit untuk dilaksanakan.
wallahua'lam

0 ulasan: