Selasa, 27 April 2010

Sejarah Ringkas:Bahagian 1

Sejarah Negara kita telah dilakarkan dengan perbagai rencah dan ragam. Tanah Melayu, satu ketika dahulu dikatakan terkenal dengan pelabuhan antarabangsanya yang memungkinkan proses asimilasi budaya berjalan dengan lebih rancak. Sebelum kewujudanya tanah ini tentunya didiami oleh penduduk asli yang mengamalkan kepercayaan animisme. Namun, kehadiran penduduk Melayu sedikit sebanyak mengubah segalanya. Sungguhpun bangsa Melayu pada ketika itu turut mengamalkan kepercayaan tersebut, namun kehadiran penjajahan demi penjajahan di nusantara akibat serangan daripada kerajaan Majapahit serta kewujudan-kewujudan kerajaan awal di Tanah Melayu telah merancakkan proses perubahan ini. Kerajaan-kerajaan yang menjajah seringkali membawa agama dan isme-isme mereka lalu bertapaklah kepercayaa hindu dan budha. Kehadiran bangsa Melayu ke semenanjung juga punyai teori yang berbagai. Ada yang mendakwa Bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar China dan ada pula mendakwa ia berasal daripada kepulauan-kepulauan di Indonesia. Apapun hujahnya, kehadiran bangsa keatas sesuatu tempat yang baru seringkali mewujudkan sikap etnosentrisme. Sikap sebegini akhirnya membentuk sikap penjajahan yang akan menerapkan nilai-nilai budaya dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Biasanya pengembangan agama-agama di dunia dilakukan melalui penjajahan. Namun bagi agama Islam, pengembangan tidak semestinya berlaku akibat penjajahan semata malah ia turut berlaku dalam penjelajahan daripada golongan agama dan para pedagang ke serata dunia.
Rasullullah pernah bersabda dengan maksudnya ”Agama rakyat bergantung kepada agama pemerintah”. Sabdaan ini amat bertepatan sekali apabila Islamnya Parameswara yang memerintah Melaka pada masa itu telah membawa kepada pengembangan fahaman Islam ke atas rakyat Melaka dan Tanah Melayu pada masa itu. Pemerintahan Siam yang mengamalkan agama Budha tetantunya amat tidak senang dengan agama para penduduk di Selatan Thailand sehingga berlakunya pembunuhan berdarah sehingga kini. Benarlah sabdaan baginda. Para pemerintah memainkan peranan penting dalam sesebuah fahaman dan rakyat umumnya hanya akan menuruti (mejoritinya) apa-apa slogan, fahaman, agama yang dibawakan oleh pemerintah.
Wujudnya Tanah Melayu dengan aman dan damai telah dicemburui oleh Barat yang melihatnya sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara. Sikap etnosentrisme yang ada pada penjajah barat beserta misinya Gold, Glory & Gospel menjadikan sikap mereka lebih tamak lagi dalam menjajah Tanah Melayu dikeranakan semua misinya ini akan tercapai melalui penaklukan Tanah Melayu yang merupakan Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Pusat Penyebaran Islam. Tempat yang stategik ini amat penting buat British dalam merialisasikan wawasannya. Justeru, British dengan kecerdikannya tidak melakukan penjajahan ini melalui kapal perang sebaliknya melakukan dengan lebih terancang melalui syarikat-syarikat perdaganggan seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris. Persaingan penjelajahan dan penjajahan antara British dan Belanda menyebabkan kedua-dua syarikat perniagaan tersebut terus berlumba antara satu sama lain. Penjajahan Inggeris melalui syarikat perdagangannya dilakukan di Tanah Melayu sedang penjajahan Belanda dilakukan di kepulauan Indonesia.
Inggeris cuba menakluki Tanah Melayu dengan penuh keberadapan dengan melakukan dan membawa imej baik kepada para penduduknya. Inggeris menawan hati raja-raja Melayu yang memerintah ketika itu dengan membawakan perbagai kebaikan dan pembangunan. Jika dilihat dari persektif yang positif, kedatangan British ke Tanah Melayu telah memangkinkan perbagai pembangunan teknologi dan ekonomi buat negara. Namun, perkembangan ekonomi dan teknologi yang dibawa ke Tanah Melayu bukan untuk penduduk ini tetapi hanya untuk mencapai kekayaan British semata-mata. Penaklukan British yang dilakukan dengan penuh teliti ini menyebabkan perbagai kuasa pemerintah Tanah Melayu ini kian terurai sedikit-demi sedikit tanpa disedari. Dasar Ekonomi British yang menginginkan keuntungan besar-besaran memandangkan permintaan Bijih Timah yang tinggi pada masa itu telah menyebabkan migrasi orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Masyarakat dan pembesar Melayu ketika itu tidak menyedari bahaya migrasi besar-besaran tersebut. British tidak menggunakan tenaga kerja Melayu barangkali bimbang hasratnya menakluki negara ini diketahui. Ini kerana jika tenaga kerja untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah terdiri daripada masyarakat tempatan, tentunya masyarakat tempatan merasakan diri mereka diperhambakan oleh British dan dibimbangi akan menjadi penyebab keatas penentangannya. Justeru, British membawa masuk orang-orang Cina agar orang-orang Melayu terus lena dengan kuasa kebanggan mereka. Migrasi bukan sahaja berlaku dari kalangan orang-orang Cina malah turut membabitkan orang-orang India yang mana dasar jus soli yang dilakukan ini telah membawa kejayaan kepada British dalam menakluk Tanah Melayu. Sesetengah buku-buku sejarah menyatakan penjajahan Tanah Melayu bermula dengan kehadiran Penasihat-Penasihat (Resident) Inggeris ke Tanah Melayu sedang sebenarnya kehadiran Inggeris itu sendiri telah membawa kepada permulaan penjajahan tersebut. Ini kerana kehadiran mereka bukanlah untuk berdagang tetapi dengan niat untuk menjajah negara ini. Kehadiran penasihat-penasihat Inggeris ini sebenarnya menguatkan lagi penguasaan mereka. Inggeris amat mengetahui budaya dan agama sesuatu bangsa umumnya tidak harus dicampuri, justeru dalam usaha menakluk dan berkongsi kuasa secara tehormat, British menawarkan khidmat nasihat (yang wajib dipatuhi) oleh raja-raja Melayu kecuali hal ehwal yang melibatkan agama dan adat budaya Melayu sahaja. Pentadbiran British di Tanah Melayu ini akhirnya disedari juga oleh para pembesar Melayu yang akhirnya membawa kepada penentangan kepada Inggeris. Banyak teori-teori penentangan itu dikaitkan. Di Pangkor misalnya, pembunuhan Resident British J.W.W Birch di Pasir Salak menjadi satu tanda tanya. Bagaimana Resident yang tinggal di Pangkor ditemui mati di Pasir Salak pula. Penentangan-penentangan ini agak terlambat kerana British telah pun mengusai kesemuanya.Sejarah penentangan ke atas British ditulis dengan menyatakan golongan-golongan penentang seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Sagor, Tok Kenali, Tok Janggut dan sebagainya sebagai militan dan pengganas. Mereka ini dilabel oleh British dengan label yang negatif kerana sikap dan semanggat menentanggannya. Tentu sahaja label ini terlalu subjektif. Bagi golongan British, mereka tidak merasakan diri mereka salah malah mereka bangga dengan sikap penjajahan mereka. Mereka mendakwa kehadiran mereka adalah baik kerana ingin mengubah pemikiran dan cara hidup penduduk asal negara ini. Semangat ’Beban Orang Putih’(White Man Burden) atau merasakan tangggungjawab mereka untuk merencana atau mengubah cara hidup dan pegangan agama masyarakat setempat. Sebab itulah mereka turut membawa mubaligh dan gereja serta mewujudkan sekolah-sekolah aliran Inggeris. Sifat berasakan diri mereka betul dan bagus tanpa melihat dari kaca mata penduduk setempat menyebabkan mereka melabel para penentang mereka sebagai penjahat dan pengganas. Penialain yang sebaliknya pasti berlaku pada penduduk kampung yang merasakan nama-nama besar seperti Mat Saleh, Tok janggut dan sebagai sebagai Wira Melayu atau Pahlawan Melayu yang gigih mempertahankan Tanah Air daripada penjajah. Silibus sejarah dahulu dimuatkan dengan kisah-kisah pengganas mengikut kaca mata Inggeris yang bertujuan untuk menguatkan pentadbiran dan penguasaan di Tanah Melayu.



bersambung....

UTM sekali lagi diiktiraf organisasi terbaik R & D

KUALA LUMPUR 26 April - Kecemerlangan, kreativiti dan inovasi membolehkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi diiktiraf sebagai institusi penyelidikan dan pembangunan (R & D) terbaik di negara ini melalui Anugerah Harta Intelek Negara 2010.

Universiti itu sebelum ini telah dua kali diiktiraf sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan terbaik melalui anugerah sama bagi kategori organisasi pada 2006 dan 2009.

Ia ekoran usaha berterusan UTM dalam menggalakkan penyelidiknya mempergiat aktiviti penyelidikan yang memberi penekanan kepada penghasilan harta intelek dan pengkomersialan produk.

Anugerah yang dimenangi bagi kali ketiga itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2010 di sini hari ini.

Sebagai penerima anugerah itu, UTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, piala dan sijil penghargaan.

Anugerah tersebut turut mengiktiraf individu dan pelajar atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Pensyarah Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim dinobat sebagai pemenang utama kategori 18 tahun ke atas bagi anugerah tersebut kerana mencipta kaedah kegunaan industri dalam Sains Kimia.

Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, empat pelajar Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak iaitu Mohd. Faris Mohd. Redzuan, Muhammad Ridzwan Akoailah, Ahmad Rejab Abd. Rahim dan Mohd. Hazrul M. Najib pula menjadi pemenang utama anugerah itu bagi kategori bawah 18 tahun.

Mereka yang menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan diiktiraf kerana berjaya mencipta sejenis bahan binaan yang mesra alam.

Rabu, 14 April 2010

Mari Mengenali Ulama':Sheikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib


al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan. al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.
Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh. Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.
Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990
Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-

• asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
• asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
• asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
• asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
• asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
• asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
• asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
• asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
• asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
• asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
• asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
• asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
• asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
• asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
• asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
• asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
• asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
• al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
• asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
• asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
• asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
• al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
• al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
• al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
• al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
• asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi
MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.
Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah
MENGHASILKAN KARYA ILMIAH

Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

Kitab tulisan beliau: MENGHASILKAN KARYA ILMIAH

Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

MAJLIS PENGAJIAN BELIAU Dl TANAH AIR MALAYSIA

Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.
Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mendiri bakal ulama. Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mendiri bakal ulama.

KELEBIHAN BELIAU

Yang pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar, banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam pengajarannya. Adapun kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat member kesan sekali kepada para hadirin. Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada muridnya bahkan terlebih utama lagi beliau memberi didikan adab semasa belajar. Itu merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya.
[gambaq ni adalah gambaq Shaikh Yasin al-Fadani. Salah satu daripada sanad hadits musalsal yang dikontroversikan oleh simakhluq penulis fitnah di MM tu, Shaikh Nuruddin terima dari Shaikh Yasin]

IRSYADAT AL FADHIL

(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)
• Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
• Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
• Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
• Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
• Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
• Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
• Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
• Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
• Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
• Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Jumaat, 9 April 2010

Pendidikan Seks ?


Apakah yang dimaksudkan dengan subjek kesihatan reproduktif yang dimaksudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bukankah pendidikan sedemikian telahpun di ajar dalam matapelajaran sains di sekolah-sekolah. Jika dibaca petikan laporan dibawah, pihak berkenaan nak minta agar ianya diajar pada pelajar seawal 12 tahun. Saya kira ianya memang telah diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam...tapi mungkin ramai yang tak perasan...sebab ia tidak menekankan sangat pada hubungan seks. Jika pendidikan sedemian benar-benar perlu untuk diajarkan pada usia seawal 12 tahun, barangkali kaedah penyampaiannya perlu betul-betul diteliti. Kalau dilihat poster-poster keselamatan yang ada di Sekolah-Sekolah Rendah pun rasanya ada menerangkan serba ringkas tentang mengelakkan diri daripada orang asing atau mengelakkan diri dari perkara-perkara yang menjuruskan kepada kejadian rogol dan perkara berkaitan. Matapelajaran ini agak sensitif kerana umumnya semua makhluk Allah tahu bagaimana nak melakukan hubungan seks. Malah haiwan yang tak masuk sekolah pun tahu. Subjek-subjek sebegini jika benar perlu diajarkan, kandungan silibusnya perlu diteliti dengan sedalam mungkin agar jika dilaksanakan kelak dapat menjauhkan para pelajar dengan aktiviti tidak sihat yang membawa kepada hubungan seks luar nikah. Di negara barat, subjek sebegini sememangnya telah diajarkan pada usia yang lebih awal lagi, namun kita tidak boleh terlalu mengikut barat dan keperluan bagi pendidikan tersebut mungkin perlu tetapi hendaklah mengikut acuan dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan Sunnah bukan sahaja mengajarkan pendidikan seks malah turut meminta agar dikuatkuasakan peraturan Allah (Hukum Hudud Allah) yang mana dengan perlaksanaan hukuman ini pasti akan menjauhkan masyarakat dari gejala zina dan pembuangan bayi. Ini kerana dengan perlaksanaannya kelah akan menjamin pencegahan dari Allah. Inilah yang dijanjikan Allah di dalam al-Quran. Penelitian dengan serapi mungkin kandungan dan kaedah perlaksaannya perlu diperhalusi sedalam-dalamnya agar apabila dilaksanakan kelak ia tidak menjadi pisau yang memakan tuan. Agar ilmu yang diajarkan kelak bukan menjadi pemangkin kepada peningkatan zina yang lebih 'advance' akibat pengetahuan pencegahan kehamilan yang tinggi di dalam masyarakat. Jika ini berlaku, budaya ketimuran akan hancur dengan digantikan budaya songsang barat dengan peningkatan masalah sosial seperti penzinaan. Mungkin mengajarkan ilmu kaedah pencegahan kehamilan dapat mengurangkan kehamilan luar nikah dan buang anak tetapi ianya dikhuatiri juga dapat meningkatkan kadar penzinaan yang amat ditentang agama. Sesungguhnya perlakuan zina adalah satu penyebab kepada kepanasan bumi dan kemarau dan ianya juga merupaka tanda-tanda kecil untuk menuju hari kiamat. Jangan apabila dilaksanakan nanti, orang menyatakan ilmu pendidikan seks ni bukan nak halang zina tapi nak ajar orang buat zina tanpa mengandung...jadi tak de la orang buang anak!! biarlah pendidikan ini lebih kepada mengajarkan para pelajar menjauhkan diri dari perbuatan yang menjuruskan zina kerana menghampiri zina itu adalah HARAM. Bayangkan al-Quran sebut 'Jangan hampiri zina'. Bukannya jangan buat zina. Kalau hampir pun haram...buat lagi besarlah haramnya... Hampir zina bagaimana? berpakaian menjolak mata dan tidak menutup aurat itu antaranya. Berkata-kata lucah..membaca dan menontonnya juga adalah perbuatan yang menghampirkan diri kepada zina. Semua itu Haram. Jika tak buat zina...tentu tak ada kejadian hamil luar nikah...dan tentu tak ada anak luar nikah...dan tentu tak ada anak luar nikah yang dibuang merata-rata...Pendidikan sebegini rasanya lebih baik daripada kita ajarkan bagaimana nak buat seks tanpa hamil....ajar guna kondom...guna pil-pil pencegah kehamilan...bukankah pil-pil sebegini boleh memudaratkan pengguna atau pengamalnya. Banyak kajian menunjukkan penggunaan pil-pil sebegini boleh terdedah kepada penyakit barah dan sebagainya wallaha'lam.






Segera ajar subjek kesihatan reproduktif
KUALA LUMPUR 8 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa supaya pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada murid sekolah seawal usia 12 tahun disegerakan.

Menurutnya, pengajaran subjek itu perlu dipercepatkan bagi membendung gejala kehamilan luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.

"Pengajaran mengenai kesihatan reproduktif tidak boleh dilengahkan. Walaupun ada subjek mengenainya namun ia tidak cukup mendalam. Kita mesti ajar mereka secara ilmiah, saintifik dan berhemah.

"Justeru saya meminta Kementerian Pelajaran agar mengambil berat isu ini dan pertingkatkan masa pengajaran untuk subjek tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen Kami Prihatin di KL Sentral di sini, hari ini.

Shahrizat berkata, pihaknya telah mengesyorkan modul kesihatan reproduktif ini kepada Kementerian Pelajaran namun masih tertangguh kerana ramai menganggap isu tersebut sebagai sensitif dan tabu.

Sedangkan kata beliau, kehamilan luar nikah turut berlaku kepada remaja yang berumur 14 atau 15 tahun kerana tidak mengetahui risiko akibat melakukan hubungan seks.

"Seandainya remaja mengetahui mengenai tubuh mereka, maka perkara seperti kehamilan luar nikah bukan sahaja dapat dikawal malah mengurangkan kes pembuangan bayi," tegasnya.

Sabtu, 3 April 2010

Doa Amalan Sebagai Ikhtiar Untuk Menghindari Wabak Selsema Babi (H1N1)


Satu ikhtiar untuk mengelak wabak selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada keluarga kita. Sila amalkan doa berikut tiga kali diwaktu pagi dan tiga kali diwaktu malam (selepas solat maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan kita terhadap Allah. Jangan ada sedikit pun keraguan kita kepada pertolongan Allah. Wallahua'lam

Jumaat, 2 April 2010

Politik Tak ada dalam agama??

Pada 2.04.2010, sepertibiasa di radio 3 Ipoh ada mengudarakan rancangan secara langsung soal jawab agama yang mana para pendengar boleh mengemukakan soalan pada panel jemputan. Seorang pengaju soalan antaranya bertanyakan tentang sikap ibunya yang sering menyatakan hal-hal agama sambil mengaitkan dengan politik. Persoalannya apakah politik tidak ada dalam agama ? Jawapan dari ahli panel jemputan ialah Tidak boleh mencampuradukkan politik dengan agama. Malah panel menyatakan orang yang mengajar hadis atau feqah dan dicampurkan dengan politik adalah tidak amanah pada ilmu. Penulis akan menulis satu artikel ringkas berkenaan perkara diatas sepertimana amanah ilmu yang sepatutnya. wallahua'lam