Jumaat, 9 April 2010

Pendidikan Seks ?


Apakah yang dimaksudkan dengan subjek kesihatan reproduktif yang dimaksudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bukankah pendidikan sedemikian telahpun di ajar dalam matapelajaran sains di sekolah-sekolah. Jika dibaca petikan laporan dibawah, pihak berkenaan nak minta agar ianya diajar pada pelajar seawal 12 tahun. Saya kira ianya memang telah diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam...tapi mungkin ramai yang tak perasan...sebab ia tidak menekankan sangat pada hubungan seks. Jika pendidikan sedemian benar-benar perlu untuk diajarkan pada usia seawal 12 tahun, barangkali kaedah penyampaiannya perlu betul-betul diteliti. Kalau dilihat poster-poster keselamatan yang ada di Sekolah-Sekolah Rendah pun rasanya ada menerangkan serba ringkas tentang mengelakkan diri daripada orang asing atau mengelakkan diri dari perkara-perkara yang menjuruskan kepada kejadian rogol dan perkara berkaitan. Matapelajaran ini agak sensitif kerana umumnya semua makhluk Allah tahu bagaimana nak melakukan hubungan seks. Malah haiwan yang tak masuk sekolah pun tahu. Subjek-subjek sebegini jika benar perlu diajarkan, kandungan silibusnya perlu diteliti dengan sedalam mungkin agar jika dilaksanakan kelak dapat menjauhkan para pelajar dengan aktiviti tidak sihat yang membawa kepada hubungan seks luar nikah. Di negara barat, subjek sebegini sememangnya telah diajarkan pada usia yang lebih awal lagi, namun kita tidak boleh terlalu mengikut barat dan keperluan bagi pendidikan tersebut mungkin perlu tetapi hendaklah mengikut acuan dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan Sunnah bukan sahaja mengajarkan pendidikan seks malah turut meminta agar dikuatkuasakan peraturan Allah (Hukum Hudud Allah) yang mana dengan perlaksanaan hukuman ini pasti akan menjauhkan masyarakat dari gejala zina dan pembuangan bayi. Ini kerana dengan perlaksanaannya kelah akan menjamin pencegahan dari Allah. Inilah yang dijanjikan Allah di dalam al-Quran. Penelitian dengan serapi mungkin kandungan dan kaedah perlaksaannya perlu diperhalusi sedalam-dalamnya agar apabila dilaksanakan kelak ia tidak menjadi pisau yang memakan tuan. Agar ilmu yang diajarkan kelak bukan menjadi pemangkin kepada peningkatan zina yang lebih 'advance' akibat pengetahuan pencegahan kehamilan yang tinggi di dalam masyarakat. Jika ini berlaku, budaya ketimuran akan hancur dengan digantikan budaya songsang barat dengan peningkatan masalah sosial seperti penzinaan. Mungkin mengajarkan ilmu kaedah pencegahan kehamilan dapat mengurangkan kehamilan luar nikah dan buang anak tetapi ianya dikhuatiri juga dapat meningkatkan kadar penzinaan yang amat ditentang agama. Sesungguhnya perlakuan zina adalah satu penyebab kepada kepanasan bumi dan kemarau dan ianya juga merupaka tanda-tanda kecil untuk menuju hari kiamat. Jangan apabila dilaksanakan nanti, orang menyatakan ilmu pendidikan seks ni bukan nak halang zina tapi nak ajar orang buat zina tanpa mengandung...jadi tak de la orang buang anak!! biarlah pendidikan ini lebih kepada mengajarkan para pelajar menjauhkan diri dari perbuatan yang menjuruskan zina kerana menghampiri zina itu adalah HARAM. Bayangkan al-Quran sebut 'Jangan hampiri zina'. Bukannya jangan buat zina. Kalau hampir pun haram...buat lagi besarlah haramnya... Hampir zina bagaimana? berpakaian menjolak mata dan tidak menutup aurat itu antaranya. Berkata-kata lucah..membaca dan menontonnya juga adalah perbuatan yang menghampirkan diri kepada zina. Semua itu Haram. Jika tak buat zina...tentu tak ada kejadian hamil luar nikah...dan tentu tak ada anak luar nikah...dan tentu tak ada anak luar nikah yang dibuang merata-rata...Pendidikan sebegini rasanya lebih baik daripada kita ajarkan bagaimana nak buat seks tanpa hamil....ajar guna kondom...guna pil-pil pencegah kehamilan...bukankah pil-pil sebegini boleh memudaratkan pengguna atau pengamalnya. Banyak kajian menunjukkan penggunaan pil-pil sebegini boleh terdedah kepada penyakit barah dan sebagainya wallaha'lam.






Segera ajar subjek kesihatan reproduktif
KUALA LUMPUR 8 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa supaya pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada murid sekolah seawal usia 12 tahun disegerakan.

Menurutnya, pengajaran subjek itu perlu dipercepatkan bagi membendung gejala kehamilan luar nikah yang menjurus kepada pembuangan bayi.

"Pengajaran mengenai kesihatan reproduktif tidak boleh dilengahkan. Walaupun ada subjek mengenainya namun ia tidak cukup mendalam. Kita mesti ajar mereka secara ilmiah, saintifik dan berhemah.

"Justeru saya meminta Kementerian Pelajaran agar mengambil berat isu ini dan pertingkatkan masa pengajaran untuk subjek tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen Kami Prihatin di KL Sentral di sini, hari ini.

Shahrizat berkata, pihaknya telah mengesyorkan modul kesihatan reproduktif ini kepada Kementerian Pelajaran namun masih tertangguh kerana ramai menganggap isu tersebut sebagai sensitif dan tabu.

Sedangkan kata beliau, kehamilan luar nikah turut berlaku kepada remaja yang berumur 14 atau 15 tahun kerana tidak mengetahui risiko akibat melakukan hubungan seks.

"Seandainya remaja mengetahui mengenai tubuh mereka, maka perkara seperti kehamilan luar nikah bukan sahaja dapat dikawal malah mengurangkan kes pembuangan bayi," tegasnya.

0 ulasan: