Selasa, 29 Disember 2009

Letihnyer..

Mmm...letih betul minggu ni...apa taknyer...ahad lepas baru abis program bersama Darussyifa' Ipoh....minggu ni pula ada mesyuarat dan ada beberapa program lain yang perlu diselesaikan.
Pada keseluruhannya saya sangat bersykur ke hadrat Allah kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberi dalam merealisasikan program hari keluarga lepas. Program ini dicadangkan lama dah...tapi duit baru dapat hari rabu sedangkan program akan bermula hari jumaat!! Pening..pening...nak beli hadiah...nak balut hadiah...rancang aktiviti dsbnya...kalau duit banyak senang...hadiah beli jer hamper kat supermarket...tapi duit sikit sedangkan hadiah kena banyak..tu yang pening skit tu..Tapi alhamdulillah semuanye nampak macam puas hati dan faham...saya kena buat program...aturkan majlis...buat signboard, pendaftaran peserta, urusetia permaian dan hadiah...saya mohon banyak2 kekuatan pada Allah agar program ini berjaya...dan Alhamdulillah Allah perkenankannya...walaupun letih tapi saya tetap seronok kerana berjaya juga melaksanakannya juga...

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Tahun Baru 1431H


Tahun Baru Hijrah akan muncul kurang 24 jam lagi...dimasa ini terkadang terkenang saya akan pengalaman-pengalaman diri ini dalam kembara di Bumi Allah. Pengalaman bersama rakan-rakan di Sekolah Rendah dahulu...Sekolah Menengah...pengalaman di berkhidmat di GPMS, Persatuan Ulama dan Darussyifa'...di Politeknik dan Universiti yang kesemuanya memberikan 1001 kenangan indah dan menarik...
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari...sekolah buruk dan serba kedhoifan inilah tempat mulanya saya menimba ilmu secara formal...Guru-gurunya baik, bertanggungjawab tetapi amat garang sekali...Masih ingat saya guru-guru matematik yang selalu menyingga dan sentiasa merotan pelajar yang tak hafaz sifir...mungkin sebab itu saya agak gerun dengan subjek tersebut. Guru bahasa Inggerisnya pula seorang berbangsa Cina. Tapi itulah keadaannya...walaupun serba kekurangan, namun sekolah ini sangat aktif melaksanakan aktivitinya. Saya dapat Keris Emas dalam pasukan pengakap sejak darjah lima lagi...Sekolah ini pada masa itu sangat aktif dan menyeronokkan...guru-guru yang sangat proaktif dan bertanggungjawab membuatkan saya seronok untuk ke sekolah. Disini lah saya bersahabat dengan Ahmad Husni b. Abdul Rahman al-Mubarak dan NorAzizi...Kami bertiga berkawan sejak dahjah 1 lagi..Husni sememangnya seorang yang bijak dalam agama. Dia selalu mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-Quran...dah le tu menang selalu pulak tu...Azizi pula seorang yang pandai dalam sains dan matematik..mereka berdua ni selalu mengharumkan nama sekolah...dah le tu...selalu berlumba dalam pelajaran. Setiap tahun, nama mereka berdua akan berada di tempat pertama dan kedua tertinggi di dalam sekolah...kalau tahun ni Husni nombor 1, Azizi akan nombor 2 dan kalau tahun ni Azizi nombor 1, Husni akan dapat nombor 2 dan begitulah setiap tahun...
Sedang saya pula....nombor corot....dah le tu...pemalu sangat dan tak pernah wakili sekolah seperti mereka...Saya pernah ingat sewaktu darjah satu dahulu, guru kelas saya mencalonkan saya untuk melakonkan watak dalam satu pentomen...tapi saya tak hadir pada saat-saat akhir....kecian cikgu tu...nasib baik Shamsul sudi menganti tempat saya...
Husni datang daripada keluarga yang dihormati. Ayahnya seorang Ustaz terkenal di Negeri Perak dan merupakan salah seorang ahli Majlis Syariah Negeri Perak. Kebetulan pula ayahandanya juga merupakan kenalan ayahanda saya..
Kalau di Perak, biasanya nama Dato' Abdul Rahman al-Mubarak sememangnya dikenali kerana ketegasan dan keilmuannya. Pernah satu ketika, saya dan Husni bersembang-sembang membincangkan perancangan kami pada masa hadapan. "Lepas UPSR nanti kamu nak masuk sekolah mana ?" tanya Husni.
"Sekolah Izuddin lah...saya minat nak pergi Mesir macam abang saya"Jawab saya ringkas.
"OOoo...saya pun nak masuk Izuddin lah...kita pergi Mesir sama-sama yer!!" Kata Husni..
Itulah antara perbualan kami...diingat-ingatkan balik...alahai masa tu baca al-Quran pun merangkak-rangkak ada hati nak ke Mesir...Husni lain la...dia bijak dan pandai...malah anak Ustaz yang tersohor pula..
Darjah 6, saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh..perpindahan yang terpaksa dilakukan...perpindahan ini telah menyebabkan saya terpaksa berpisah dengan dua sahabat baik saya ini dan seterusnya mendapat pengalaman baru di Sekolah baru...Sekolah baru saya ini jauh lebih besar dan lebih banyak kemudahan berbanding sekolah lama saya dahulu...Tentu sekolah ni best. Bisik hati saya...Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya...sekolah baru saya tidak seaktif sekolah lama saya...saya agak bosan dengan aktivitinya...disekolah ini pasukan pengakapnya syok-syok sendiri...tak de terlibat dengan aktiviti-aktiviti pengakap di Daerah..malah saya seorang sahaja yang ada Keris Emas...haa...boring betul!! Mula-mula masuk dah kena buli...kena pukul dan sebagainya...emmm...macam cerita tv pula...tapi saya sabo je la...tak de apa yang cedera pun...
Selepas tamat darjah 6, saya meneruskan persekolahan di SMK Kg Pasir Puteh...Sekolah ni masa tu baru buka dan saya adalah kumpulan ke dua pelajar sekolah tersebut dengan jumlah pelajar seramai 100++...ha..ha...Sekolah KG Pasir Puteh tau bukan Sekolah Menengah Jalan Pasir Puteh... Sekolah ni sekolah baru...jadi tentulah peralatannya juga serba kekurangan... Saya dapat tahu Husni masuk ke Sekolah Agama Persekutuan, Kajang manakala Azizi ke MRSM. Di Sekolah inilah bakat saya diasah guru...dari seorang yang tak tahu memimpin, saya diamanahkan memimpin pasukan Pengakap dan mewakili Sekolah dalam pertandingan Pidato, Forum Remaja dan sebagainya...Cikgu Shaiful, Cikgu Abdullah dan Ustaz Muzaffar antara guru yang banyak membantu saya di sekolah...
Tamat tingkatan 5, saya diperkenalkan dengan GPMS oleh rakan-rakan...di sini saya mengenali Dr Nordin Kardhi (Sekarang Tan Sri) yang kini menjawat jawatan Naib Canselor UUM. Saya mula mengenali OC, Nor Suhaili, Abg Man, Kak Teh, Tn Hj Zainal, Ujang, Along B, Datok Daniel,Saad, Us Ady, Angah dan ramai lagi...Di GPMS ni saya jadi urusetia...adalah pada sekitar tahun 1997 dulu...jadi urusetia tolong-tolong di dapur...siang-siang ikan...pastu tolong sapu sampah, angkat sampah, bakar-bakar...masa tu rasa segan jugak dengan Nor Suhaili yang selalu datang dengan member2 USM nyer...yerla saya ni hanya budak lepasan SPM jer dari sekolah biasa...itulah mentaliti saya pada masa tu...
Us Ady masa tu tengah sibuk dengan STAM nyer...dari hari ke hari..akhirnya saya diberi kepercayaan untuk menyampaikan tazkirah subuh...ambil tempat Suhaili kalau dia tak dapat datang...wah..wah...alhamdulillah.
Itulah penglibatan awal saya dengan aktiviti GPMS...banyak juga pengalaman yang saya dapat di GPMS ni...nanti ada masa saya tulis lagi...
Darussyifa' pula saya kenali lama dah...memang ada niat dan hajat nak jadi anak murid Tn Guru Dato' Dr Haron Din. Tuan Guru adalah tokoh ulama yang sangat saya kagumi sejak kecil lagi...Saya mula dengar nama Us Haron Din sejak darjah 6 lagi...dan mula meminatinya..banyak artikel berkenaan beliau yang saya simpan...dan sejak itu juga banyak buku-buku tulisanya yang saya beli...simpan duit sikit-sikit untuk beli buku Us Haron Din....Tak sangka pula Allah perkenankan hajat hati ini...dan saya mula masuk kelas Darussyifa' pada tahun 1998... Saya mula berkhidmat dengan Darussyifa' selepas diijazahkan...iaitu 4 tahun kemudian..
Darussyifa' banyak memberikan pengalaman pelik dan menarik kepada saya...perbagai sikap dan perangai bansa Melayu dapat saya ketahui...perbagai penyakit dan perkara pelik yang saya jumpa....Dahulu saya juga tidak berapa percaya kisah-kisah gangguan makluk halus yang sering diceritakan orang...kini saya amat mempercayainya.
Cerita kisah di Politeknik pula,...tak de banyak kisah yang menarik sebab saya tak berapa join aktiviti di Politeknik melainkan aktiviti yang berkaitan akademik semata-mata...Saya ambil Kejuruteraan Awam di Politeknik Ungku Omar dan menyambungnya di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) kemudiannya...kisah wahabi amat hebat ketika saya di POLIMAS. Bukan kerana fahaman ini menular di POLIMAS...tetapi ianya dikeranakan sikap seorang kawan saya yang amat taksub dengan fahaman tersebut....habis saya di bid'ahkannya dan yang kelakarnya dia akhirnya dia pula melakukan perbuatan yang awalnya dia kata BID'AH....(nanti ada masa saya tulis cerita ni...)
Cerita kat UM tak de sangat yang menarik...tapi di UTM kisahnya hanya berkisar kelas kami yang ceria...Bertugas di JPS turut memberikan pengalaman dan kisahnya sendiri....kesemua perkara ini mengigatkan saya detik-detik masa yang berlalu itu amat berharga...sedar..sedar saya akan melangkah ke tahun baru lagi...tahun baru 1431H...Semoga amalan pada hari ini lebih baik dari semalam...dan semoga kehidupan hari ini juga lebih bermakna dari sebelumnya....

Isnin, 14 Disember 2009

Antara Doa Dan Politik Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.



Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.



Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.

Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.

Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; “jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!

Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menginayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.

Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa. Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.

Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.

Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri.

Rabu, 9 Disember 2009

Misteri Wahhabi Di Malaysia Oleh Dr Asri Zainul Abidin- Satu Ulasan


Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.
ULASAN SAYA: Kenapa tuan Dr melihatnya dari kaca mata barat ? Apakah kaitan gerakan wahabi dengan barat ? Adakah barat terlibat memberikan dana kepada gerakan ini sehinggakan pandangan barat digunakan untuk menguatkan hujah? Bagaimana kesnya penentangan Raja Saud yang dikatakan disokong oleh golongan wahabi dan penjajah barat sehinggakan menjatuhkan khilafah Islam di Turki dahulu? bagaimana pula dengan pembunuhan para ulama akibat tidak sealiran dengan gerakan wahabi seperti yang didakwa oleh sesetengah pencatat sejarah? Lihatlah sejarah Wahabi dengan lebih terpeinci dan terbuka.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.
ULASAN SAYA: Apakah kes sebegini benar-benar terjadi atau hanya rekaan sang Dr semata-mata ? Tidak pernah saya jumpa lagi ada imam yang mengenakan bayaran tertentu hanya untuk zikir dan solat...janganlah tuan Dr memfitnah kelak nanti ia akan memakan diri.

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.
ULASAN SAYA: Benarkah ustaz menentang penentangan khurafat ? Ustaz mana tu tuan Dr ? ustaz wahabi ka ?? sebenarnya ustazlah yang menggalakkan penentangan khurafat..Kejayaan para ustaz, tok guru pondok dan alim ulama yang benar dari dahulu hingga sekaranglah yang menentang pemakaian tangkai termasuk lilitan benang ditangan, gambar dan sebagainya. Kalau dahulu mandi safar menjadi ibadat kini adat khurafat sedemikian sudah tidak dilaksanakan lagi atas usaha murni dakwah para ustaz yang benar. Ustaz yang pakai tangkai tu ustaz wahabi kot atau ustaz sesat...janganlah terus hukum...takkan tuan Dr yang ada phd pun tak boleh nak beza ustaz benar dengan ustaz sesat??

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.
ULASAN SAYA : Mana le ustaz tu tak label tuan Dr wahabi....sebab kalau tuan Dr bukan wahabi sepatutnya tuan Dr meraikan perbezaan pendapat. Ia hanya isu khilaf yang dah lama selesai. Para ustaz wahabi ni kalau sapa tak terima kata-katanya dituduh orang itu sesat, pelaku bid'ah yang akhirnya masuk neraka. Seolah-olah ustaz wahabi ni ada hak nak tentukan siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka. Kalau tuan Dr merasakan tuan Dr bukan wahabi sepatutnya tuan Dr berlapang dada. Isu khilaf ni kalau nak buat pun boleh tak buat pun boleh...jadi terserahlah sebab masing-masing ada hujah dan hadis. Wallahua'lam

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.
ULSASAN SAYA: Teguran untuk berrhati-hati dalam memberikan hujah sebegini saya setuju.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama.Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.
ULASAN SAYA : Saya setuju dengan pendapat tuan Dr tapi tuan Dr juga mestilah terbuka jika nak orang lain bersifat terbuka dengan tuan Dr.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.
ULASAN SAYA: Sebagai orang yang mempelajari ilmu agama janganlah sesekali kita terlibat dengan fitnah. Saya tidak tahu apa itu Ahbash seperti yang tertulis dalam banyak blog wahabi yang amat menentangnya. Sebagai manusia, saya mengigatkan tuan dan diri saya agar tidak mudah menuduh dan memfitnah serta menyatakan perkara yang tidak diketahui.
Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).
ULASAN SAYA: Mengapa tuan Dr hanya memetik kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain?

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.
ULASAN SAYA: La..tak kan tuan Dr tak tahu tentang perkara ni berada dalam khilafiyyah ?? jadi apa salah pula kalau nak pakai mazhab lain? Ia hanya usaha untuk cari redho Allah semata-mata. Allah Maha Tahu..tapi dalam urusan harian biasa eloklah guna satu mazhab yang kita benar-benar arif akan mazhab tersebut...kerana setiap mazhab ada sebab-sebab dan hujjah khusus yang perlu diteliti dan diselidiki.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.
ULASAN SAYA: Pandangan jangan sampai memaksa orang mengikut pandangan kita semata...kalau macam tu sapa tak marah ? Beruk kat hutan pun marah!!
Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.
ULASAN SAYA: Dr hanya becakap ikut suka Dr sahaja....

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.
ULASAN SAYA: Sememang beginilah yang berlaku di akhir zaman. Ahli agamalah yang akan merosakkan agamanya. Ahli agama yang cepat melatah serta memaksa orang menerima pandangannya semata-mata serta menidakkan khilafiyyah agama seolah-olah agama ini jumud dan sempit...tapi peliknya dituduhnya orang yang menggalakkan perluasan fikiran sebagai jumud pula?? Kadang-kadang dalam dakwah ini kita perlu nyatakan satu mazhab sahaja...contohnya bagi golongan tua mereka sudah tidak mampu untuk buat perbandingan mazhab lagi...mereka tak mahu pening-pening...mereka nak tahu boleh ke tak boleh halal ke haram....tak nak dengar pendapat ni kata boleh dan pendapat ni kata tak boleh...mereka bukan budak universiti yang perlu banyak maklumat untuk buat perbandingan.

Ulasan Dr Mohd Asri Asri Terhadap Kenyataan Mufti Selangor

Saya Tidak Lebih Baik Daripada Nabi Musa, Mereka Yang Lalai Itu Tidak Lebih Buruk Dari Firaun -Dr Asri


Melihat kepada kenyataan Yang Diraikan Tuan Mufti Selangor, saya kira beberapa sudut pandangan ingin saya berikan;

Pertama: saya menghormati perbezaan dan hak beliau untuk memberikan pendapat. Saya tidak akan mempertikaikan hak bersuara dan memberi pendapat selagi ia diuruskan dengan kematangan intelektual, bukan dengan kerakusan kuasa.

Kedua: Dalam sejarah dakwah, insan-insan yang lebih baik daripada kita bahkan tidak dibandingkan dengan kita iaitu para nabi telah pergi berjumpa dan berbicara dengan mereka yang jauh lebih buruk, zalim dan sangat menderhakai Allah dibanding sesetengah mereka yang lalai hari ini.

Bacalah al-Quran, contohnya, bagaimana Nabi Musa diperintahkan Allah untuk berjumpa Firaun di istana Firaun yang penuh dengan kesyirikan dan kezaliman. Nabi Musa a.s telah pergi, bertemu, menasihati dan berbicara dengan Firaun.

Adakah sesiapa yang merasakan dirinya lebih baik daripada Nabi Musa a.s. dan masyarakatnya lebih buruk daripada Firaun? Dakwah itu mulia kerana tujuannya mulia di mana pun ia pergi. Adakah hanya orang masjid sahaja yang patut mendengar ajaran Islam sementara yang lain dibiarkan hanyut?! Saya rasa tidak demikian, dakwah ini bersifat merakyat dan merentasi segala sempadan.

Ketiga: Malanglah dakwah ini jika ‘golongan bergaji’ atas nama agama hanya ingin duduk dalam bilik berhawa dingin dan atas kerusi empuknya sahaja. Lantas menganggap jijik untuk turun ke padang. Malanglah dakwah ini jika setiap hanya mengukurnya dengan kerja rasmi atau kadar gajinya.

Lebih malang lagi, jika kita menerima gaji lebih besar dari kerja dakwah yang dijalankan. Jika baginda Nabi Muhammad s.a.w tidak pergi ke setiap pelosok masyarakat baginda dan hanya duduk di masjid dan rumah mewah sahaja, tentulah Islam tidak berkembang dan tersebar. Kita patut mencontohi Nabi s.a.w. dan tidak boleh bongkak dan membesar diri. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak bergaji, sedangkan kita bergaji dan berkereta mewah.

Keempat: Saya berterima kasih dengan sokongan yang tidak putus dari berbagai pihak yang ingin menyertai dan berkerjasama dalam usaha dakwah ke serata tempat termasuk pusat-pusat hiburan. Sokongan artis, ahli politik dan anak-anak muda amat memberangsangkan. Sokongan ini bukan untuk kepentingan saya, tetapi untuk masa depan kesedaran dakwah untuk umat ini.

Kelima: Saya akur dengan kesibukan tugas yang ada. Bukanlah semesti saya akan pergi sentiasa ke tempat-tempat tersebut. Namun sebagai rangsangan awal dan galakan kepada usaha-usaha mendekati sasaran dakwah maka saya insyaAllah akan cuba mendapatkan masa yang sesuai untuk memulakan langkah awal dan galakan. Selepas itu menyusun program ke arah membantu hal tersebut.

Keenam: Saya berharap setiap individu muslim meneruskan usaha menyampaikan kebaikan Islam. Jangan takut dengan halangan isu tauliah, tetapi takutlah Allah jika kita gagal menyampaikan kesedaran, kebenaran, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar.

ULASAN SAYA: Dr Asri dalam perkara pertama menyatakan kononnya beliau menghormati perbezaan pendapat. Jika benar sedemikian mengapa Dr Asri mengeluarkan artikel-artikel yang memburuk-burukkan Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari di dalam Mingguan Malaysia dalam ruangan Minda Mufti satu ketika dahulu. Demikian juga tulisan-tulisan Dr Asri sama ada melalui akhbar mahupun buku-buku yang ditulis termasuk cara dan adab yang beliau tonjolkan ketika perbahas dengan Dr Abdul Aziz Hanafi di INTIM satu ketika dahulu...Semua ini menunjukkan Dr Asri seolah-olah tidak menghargai perbezaan pendapat yang ada dalam Islam.
Dalam perkara keenam pula, bukankah Dr Asri pernah menulis sebuah artikel yang menyentuh tentang dakwah yang kononnya dicemari oleh orang Islam sendiri? Seolah-olah hanya orang agama sahajalah yang layak berdakwah...kenapa kini tulisan lebih bersifat umum pula ? wallahua'lam.

Penahanan Mohd. Asri disokong


JOHOR BAHRU 3 Nov. – Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

“Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

“Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

“Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri,” katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.


http://www.utusan.com.my/

Isnin, 7 Disember 2009

Penyakit pHD Masyarakat Melayu


Petang, seorang wanita ditemani ibunya datang menemui saya di Changkat Larang. "Ustaz, nak minta ustaz tolong tengok kan saya ni...ada sakit apa..."
Kata wanita tersebut pada saya.
"Kenapa? puan sakit apa? "
"Begini ustaz, saya ada masalah keluarga. Masalah dengan suami saya..sebelum datang ke sini, saya telah berjumpa dengan seorang ustaz...untuk memulihkan hubungan kami...tapi lepas jumpa ustaz tu, perkara sebaliknya yang berlaku!! hubungan saya dan suami makin teruk...sekarang kami dah berpisah". balas wanita berusia akhir 30-an tersebut kepada saya.
Awak jumpa ustaz tu kat mana??
Tak nak...taknak..ustaz..jangan tanya...saya takut...saya sakit sekarang...saya tak nak sakit lagi!! balas wanita itu apabila mendengar soalan saya.
"Ustaz tu yang buat saya jadi macam ni!! dia yang porak perandakan rumahtangga saya!!
"Mana awak tahu ustaz tu yang porak perandakan rumahtangga awak ?"
Lepas saya berubat dengan ustaz tu...rumahtangga saya jadi makin teruk...sehingga kepada penceraian kami...saya dan suami sentiasa bergaduh...tak boleh berjumpa kami akan bergaduh tanpa sebab yang khusus..." Sebenarnya suami saya ada wanita lain...wanita ni lah yang bawa saya jumpa ustaz tu..katanya nak cuba selamatkan rumahtangga kami...rupa-rupanya jadi lagi teruk!! Sekarang suami pergi dengan perempuan tu..."
"Lepas kejadian tu, saya pergi jumpa seorang ustaz yang lain pula...ketika itulah saya meracau dan jin dalam badan saya menyatakan bahawa saya dibuat oleh ustaz yang pertama...ustaz tu kata dia nak kahwin dengan saya....!!"
"Ustaz kedua menasihatkan saya agar mendapatkan rawatan pada mereka yang betul-betul mengamalkan perubatan islam sebenar"
"Saya sekarang rasa runsing ustaz...saya selalu sedih dan kenangkan suami dan kehidupan kami dahulu...bahu saya rasa berat sangat...saya tak nak lagi tanggung semua ni....tolong saya ustaz" wanita itu terus merintih.
Saya bacakan beberapa istighfar pada kepalanya...sedang kalimah istighfar dilafazkan..tiba-tiba wanita tersebut mengilai dengan sekuat hatinya....ngilaian persis seperti seekor pontianak !! Pak Abu yang membantu saya terus lari meninggalkan saya bersama ustaz Zul...Ngilaian wanita tersebut semakin kuat dan membingitkan telinga...ustaz Zul lantas segera membantu dengan membacakan ayat qursyi pada kakinya...
"Keluar!! bentak saya dengan kuat..
"Tak nak...he he he he he...."
"Sakitlah..." kata wanita tersebut!!
"Kalau sakit keluar cepat !! saya meneruskan beberapa ayat al-Quran...
Dari ngilaian akhirnya bertukar kepada jeritan kesakitan dan akhirnya terus senyap!!
Wanita itu akhirnya bangun dalam keadaan sedar.
"kamu tadi ngilai macam pontianak!! kamu sedar tak?" soal ibunya
"Tak..." balasnya
"Ustaz macam mana nak buat ustaz...tak boleh ke keluarkan jin ni terus ??" tanya ibunya
Jin ni dah keluar makcik..cuma anak makcik perlukan kekuatan...buatlah zikir dan pohonlah perlindungan kepada Allah. Insyallah jin tidak akan masuk lagi dalam tubuhnya. Air ni buat minum dan mandi ye makcik". Jawab saya ringkas
Ini adalah satu daripada beberapa pengalaman terbaru saya...pengalaman sebegini amat biasa bagi mereka yang terlibat dalam dunia rawatan. Perbagai penyakit hasad dan dengi sememang nya wujud dalam masyarakat melayu kita...ada yang lebih hebat lagi..bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan...pastikan perawat yang dijumpai tidak melakukan kerja-kerja syirik kepada Allah seperti penggunaan tangkal dan sebagainya...jangan mudah terpedaya dengan gelaran ustaz...kerana pada hari ini ada 1001 macam ustaz yang tidak diketahui kebenaran ke 'ustaz' annya. Saya menasihati wanita dan ibunya juga kepada sesiapa sahaja yang pernah terlibat dengan rawatan kes sebegini agar tidak mempercayai kenyataan jin yang keluar dari mulut pesakit disebabkan fitnah yang keluar dari mulutnya amat besar.
wallahua'lam

Jumaat, 4 Disember 2009

AIDS kian membimbangkan

PULAU PINANG 3 Dis. - Peningkatan pembawa virus HIV/AIDS di kalangan wanita di negara ini semakin membimbangkan dan ia berpunca daripada aktiviti seksual bebas.

Pada tahun lalu wanita yang menjadi pembawa virus itu meningkat sebanyak 19.1 peratus berbanding 9.4 peratus pada 2002.

Kes jangkitan HIV/AIDS menerusi kegiatan seksual tidak selamat dan bebas turut meningkat kepada 29.8 peratus tahun lalu berbanding 18.9 peratus tahun 2002.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagaimanapun bilangan jangkitan penyakit itu secara keseluruhannya mencatatkan trend penurunan.

Katanya, kes HIV/AIDS tertinggi dilaporkan pada tahun 2002 iaitu 6,978 atau bersamaan dengan 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini.

"Pada tahun lalu, statistik kes menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 13.3 kes per 100,000 penduduk dan tahun ini juga dijangka menurun lagi kepada 11 kes per 100,000 penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari AIDS Sedunia dan Persidangan HIV/AIDS 2009 Peringkat Kebangsaan bertemakan Banteras AIDS, Kotakan Janji, di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat Majlis AIDS Kebangsaan, Datin Paduka Marina Mahathir; Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Teh Lei Choo dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Ismail Baba.

Tiong Lai berkata, bagi membendung trend peningkatan penyakit itu di kalangan wanita, pihak terlibat digesa mencari jalan bagi mewujudkan kesedaran kepada kumpulan sasaran supaya tidak mendekati seks bebas.

Menurutnya, ia merupakan inisiatif terbaik kepada wanita sekali gus mampu melindungi keselamatan mereka dan anak-anak.

"Pada masa sama golongan lelaki juga perlu memberi sokongan dan kerjasama kerana peranan mereka sebagai pembuat keputusan,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Khamis, 3 Disember 2009

BANJIR OH BANJIR






Banjir dikatakan berlaku apabila air dalam kuantiti yang banyak mula menakung dipermukaan bumi dan tidak dapat disalirkan keluar dengan selamat. Menurut Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, terdapat dua kategori banjir. Banjir Monsun merupakan banjir yang sering berlaku pada bulan atau masa tertentu yang mengalami pusingan tertentu. Banjir ini biasanya wujud di kawasan-kawasan rendah dan lembah dan akan surut seperti sediakala apabila melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh PenciptaNya. Banjir kategori kedua pula dikenali sebagai banjir kilat. Ia berlaku akibat daripada pembangunan manusia yang tidak terancang. Banjir sebegini biasanya berlaku dalam tempoh yang amat singkat. hanya beberapa minit sahaja mampu menenggelamkan sesuatu bandar akibat pengaliran air yang tidak teratur. Banjir kilat biasanya berlaku di bandar serta mendatangkan kerosakan yang amat tinggi. Bagi penduduk di kawasan lembah, biasanya banjir monsun sering berlaku. Penduduk-penduduk disekitar kawasan bertanah rendah sebegini biasanya sudah maklum akan kejadian banjir yang biasa ditempuhi. Atas sebab ini, mereka akan membina rumah-rumah bertiang agar dapat menyelamatkan kerosakan harta benda mereka. Bot-bot atau sampan juga sering kelihatan dibawah rumah mereka.

Pada kebiasaannya aliran air hujan akan dikeluarkan sama ada melalui proses pengaliran ke laut atau melalui resapan ke dalam bumi. Sekiranya proses-proses ini berjalan lancar, maka dengan kehendak Allah, banjir tidak akan berlaku. Namun ketiktentuan proses tersebut menyebabkan berlakunya banjir. Mengikut kajian, banjir merupakan satu proses alam yang sentiasa berlaku akibat perubahan kitaran hidrologi. Kuantiti air hujan juga punyai pusingan tertentu dalam tempoh beberapa tahun. Namun akibat pembangunan tidak terancang yang dilakukan oleh manusia menyebabkan kitaran hidrologi ini terganggu menyebabkan kandungan kuantiti hujan yang turun mungkin berubah dan bertambah. Perubahan keadaaan permukaan bumi serta sistem salirannya yang tidak terancang juga menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat. Sesungguhnya Allah menciptakan setiap tumbuhan dan setiap makhluk ciptaannya dengan perbagai faedah dan kegunaan. Tumbuh-tumbuhan amat penting selain membekalkan oksigen kepada manusia, membekalkan sumber perabut dan bahan binaan, ia juga penting dalam memelihara aliran hidrologi serta menghidupkan tanah. Pokok-pokok yang tumbuh melata di hutan amat berfungsi untuk mengurangkan kejadian banjir selain pokok tersebut menyedut air untuk kegunaannya, tumbuhan sebegini juga turut memudahkan resapan air ke permukaan bumi mengikut kadar waktu (time consentrantation) yang sesuai. Hujan yang turun ke bumi tidak akan terus menghentam tanah sebaliknya akan sangkut di celah-celah daun dan dahan pokok dan barulah mengalir ke tanah menyebabkan aliran air yang meresap ke dalam tanah tidak terlalu drastik. Jika aliran ini turun ke dalam saliran atau sungai, permukaan lilitan basah yang ada di sungai juga akan meresapkannya ke dalam bumi selain mengalirkan aliran air ini ke laut secara pelahan-lahan tanpa kesesakan. Kesemua suasana ini menyebabkan aliran berlaku secara baik dan teratur yang menyebabkan tidak berlakunya banjir. Lengkokan sungai turut membantu melambatkan aliran air ke laut seterusnya menjamin aliran yang teratur dan beransur-ansur. SubhanalLah...agung sungguh penciptaanNya sehinggakan setiap lengkok sungai dan setiap tumbuhan ada fungsi dan kepentingannya dalam memelihara alam.


Namun, kerakusan manusia dan kemaksiatan yang dilakukannya menyebabkan bala kepada manusia dan alam ini. Kewujudan bandar-bandar yang tidak terancang telah menyebabkan permukaan bumi di lapisi dengan lapisan yang tidak telap air. lapisan-lapisan seperti jalan-jalan raya berbitumin (bertar), permukaan bersimen dan konkrit dan dataran-dataran awam menyebabkan aliran resapan air ke bumi terganggu. Penebangan pokok menyebabkan berlakunya pengurangan oksigen dan pertambahan gas karbon dioksida yang mendadak sehingga meninggalkan kesan rumah hijau sehingga mewujudkan pemanasan global (Global warming) seterusnya meningkatkan paras ketinggian air laut. kajian mendapati purata peningkatan air laut berlaku setiap 1 mm bagi setiap tahun. Tarahan lereng-lereng bukit serta aktiviti membina longkang konkrit dan pelurusan sungai menyebabkan aliran air semakin laju ke laut sehingga menyebabkan kesesakan aliran. Kesesakan aliran ini serta pengurangan penyerapan air bumi yang berlaku ditambah pula dengan kehilangan kawasan tadahan dan kawasan penampan akibat penebangan pokok dan penggondolan hutan menyebabkan banjir-banjir besar mudah berlaku. Benarlah firman Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 41:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

Namun demikian, perlulah juga diyakini kejadian banjir adalah juga atas keizinan Allah S.W.T. Sungguhpun fakta-fakta sains menyebut akan punca-punca diatas, ketentuan Allah juga boleh menyebabkan banjir berlaku atau sebaliknya tanpa ketentuan diatas. Ini kerana hujan dan air serta tumbuhan dan tanah (bumi) yang menyebabkan banjir itu sendiri adalah merupakan makhluk Allah yang sangat taat menjunjung perintahnya. Sungguhpun begitu kebiasaanya Allah menurunkan bala kepada kita dengan disertakan logik sains supaya kita berfikir disamping ia turut menguji tahap keimanan kita. Bagi mereka yang tidak beriman, golongan-golongan orentalis akan mendakwa kejadian banjir hanyalah putaran kejadian alam atau hukum fizik (sunnahtullah) semata-mata sedangkan bagi orang beriman tetap menyakini turunnya banjir adalah atas peringatan Allah dan ujianNya terhadap hamba-hambaNya. Perlulah diperhalusi dan memuhasabah diri apakah ada perbuatan maksiat mahupun sifat-sifat mazmumah seperti tamak, rakus, ego dan sebagainya yang menyebabkan turunnya bala Allah tersebut.Sifat tamak dan kerakusan manusia ini berpunca daripada hasutan syaitan di hati manusia. Hasutan ini menyebabkan manusia melakukan maksiat kepada Allah sehingga mengundang bala dari Allah. Firman Allah :



Sesungguhnya angkuhnya manusia menentang hukum Allah bukan kerana tiada peringatan yang disampaikan kepada mereka tetapi penentangan ini adalah disebabkan kelalaian mereka terhadap akhirat dikeranakan hawa nafsu mereka. Firman Allah:-


Semoga artikel ringkas ini dapat memberi manfaat. Walahua'lam

Isnin, 2 November 2009

Dr Asri : Peringatan & Cabaran

Dr Asri b. Zainul Abidin merupakan nama seorang ustaz yang mula meningkat sejak akhir-akhir ini. Beliau seorang yang pemidato yang bagus sepanjang karearnya sebagai seorang ustaz. Nama ini pertama kali saya dengar sewaktu suatu majlis debat yang dilakukan di UKM satu ketika dahulu. Seingat saya pada masa itu Us Asri sedang melanjutkan pengajiannya di dalam Sarjana (Hadis) di USM. Beliau diundang sebagai salah seorang ahli panel selain saudara Astora Jabat serta wakil daripada pemuda UMNO. Debat pada hari itu sungguh hebat dimana Us Asri telah menjuarai perdebatan tersebut dengan mengemukakan hujjah yang bertubi-tubi keatas saudara Astora Jabat. Pada masa itu, Saudara Astora Jabat merupakan salah seorang penulis di Utusan Malaysia. Banyak tulisan-tulisan Astora Jabat dilihat menongkah arus serta boleh mengelirukan masyarakat awam dengan gaya tulisan yang kelihatan seolah-olah akademik. Bukan Ustaz Asri sahaja, malah mejoriti ustaz dan alim ulama di Malaysia tidak menyetujui tulisan Astora Jabat yang dilihat boleh mengelirukan masyarakat itu. Pada majlis tersebut Ustaz Asri menggunakan beberapa petikan yang ditulis oleh Astora untuk digunakan hujah. Maka tergagap-gagaplah saudara Astora menjawabnya. Jawapan Astora pada hari itu mudah...ia menyatakan segala tulisannya bukan pandangannya dan bukan kalamnya tetapi merupakan pandangan dan kalam ulama' muktabar seperti Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah dan sebagainya. Hari ini, Allah telah menunjukkan segalanya. Allahlah yang memuliakan hamba-hambaNya. Setelah berjaya mendapatkan phd dalam bidang hadis. Ustaz Asri mula berubah dengan drastik sekali. Umum mengetahui pengajian phd hadis amat sedikit di Malaysia. Mungkin merasakan dirinya bertuah kerana memiliki phd sedemikian, Dr Asri mula menunjukkan sikapnya. Ujian Allah atasnya mula berlaku. Dr Asri mula mendapat tempat melalui tulisannya di majalah-majalah, sehinggakan dia dilantik menjadi Mufti Perlis.Dengan kedudukan dan pangkatnya, Dr Asri mula memberika fatwa yang perbagai. Mula menyebarkan fahaman yang mempersoalkan perkara-perkara khilafiyyah yang sepatutnya sudah tidak diperbesarkan lagi. Amat mustahil seorang mufti tidak mempelajari ilmu adab dan akhlak dalam ber iktilaf? Tetapi malangnya ilmu adab ini ditinggalkan kerana merasakan tanggungjawabnya besar sebagai seorang mufti. Maka keluarlah isu tangkapan khalwat, anak tak sah taraf serta isu-isu yang membabitkan politik negara. Sesungguhnya nabi mengigatkan kita agar setiap urusan hendaklah dilaksanakan oleh ahlinya. Justeru ambillah saranan nabi ini. Seorang ulama kadangkala ia hanya faqih dalam satu bidang sahaja walaupun tidak dapat dinafikan adanya juga ulama yang faqih dalam perbagai bidang. Urusan politik biarlah diulas sedalamnya oleh ulama' yang arif dengan politik dan amat memahami masalah serta hal ehwal berkenaannya. Ulama yang tidak mendalami bidang politik barangkali hanya boleh memberikan pandangan yang sedikit kerana dikhuatiri pandangan tersebut tidak menepati isu yang dihadapi. Demikian jugalah pandangan dalam isu yang lain seperti fiqh dan sebagainya. Kita tidak mungkin mampu untuk menjadi orang yang serba tahu...kerana kita hamba Allah yang lemah. Kalau semua ilmu kita tahu....seolah-olah kita tidak perlukan orang lain dalam dunia ini sedangkan ianya amat sukar berlaku dalam kehidupan ini.Dr Asri semakin giat menulis dan berceramah...disana sini muncul dimulutnya isu bid'ah mem bid'ah...dia dinobatkan oleh para pengikutnya sebagai "PAKAR HADIS". Insafilah wahai teman...renungkanlah dirimu apakah layak dikau digelar sedemikian ? Apakah sama phd hadis dengan gelaran Imam, Hafiz dan al-Hujjatul Islam ?? Berapa ribukah hadis yang engkau dah hafaz ?? Saya sering terbaca dan mendengar kritikan melampau tuan Dr terhadap seorang ulama' Islam seperti al Hujjatul Islam al Imam al-Ghazali dimana tuan melemparkan perbagai tuduhan melampau terutamanya dalam tulisan masyhur beliau seperti Ihya' Ulumiddin. Begitu juga tulisan jahat dan sinis tuan Dr terhadap lepasan pondok. Apakah tuan Dr merasakan dengan memiliki phd maka khatamlah sudah ilmu agama ini dipelajari ?? tahukah tuan Dr ulama' dahulu mempelajari ilmu agama ini bukan 10 atau 15 tahun tetapi mengambil masa puluhan tahun untuk menghabiskannya. Ulama dahulu sebelum mendalami agama, mereka telah pun menghafaz keseluruhan al-quran pada usia yang muda seawal 9 tahun. Mereka mendalami pula ilmu bahasa arab, fiqh, hadis dan sebagainya. Ilmu hadis pula dihafaz dengan bilangan yang amat banyak yang sukar sekali dilakukan pada masa kini. Malah kesemua ilmu diambil dengan berguru dan bukan dengan membaca buku karangan semata-mata...Tidak setanding phd dengan al Hafiz. Jadi janganlah merasa takjub dengan sijil yang dimiliki. Pada masa kini sikap tuan memakan diri...kata-kata Astora Jabat telah tuan gunakan dalam sesi kuliah, ceramah dan tulisan tuan. Tuan Dr menggunakan kalimah bukan kalam saya....tapi kalam......untuk membenarkan tindakan dan hujah saudara. Astora Jabat mungkin tersenyum puas melihat situasi saudara. Kini sebahagian masyarakat melabelkan tuan Dr sebagai Wahabiy kerana pandangan saudara yang dilihat mirip sedemikian...sungguhpun saudara tidak mengakuinya tetapi mereka tetap yakin dengan perlabelan mereka.
Kesan tulisan dan ceramah saudara amat besar. Minda masyarakat kini sudah mula tidak menghormati ustaz dan tuan guru. Tulisan saudara betul. Ustaz, tuan guru, tok kiyai dan sebagainya adalah manusia biasa yang tidak suci dan maksum serta bebas melakukan kesilapan. Tetapi gaya penulisan yang agak biadap telah menyebabkan sebahagian masyarakat langsung tidak menghormati ustaz dan ulama'. Malah hasil tulisan saudara mengajar manusia melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai jahat. Tulisan saudara menyebabkan manusia tidak lagi ingin berzikir, tidak lagi berdoa. Tiada lagi doa berjemaah...dan tiada lagi amalan membaca al-Quran beramai-ramai..akhirnya manusia hidup dengan nafsu-nafsi...hidup sendiri-sendiri...pada mereka yang jahil agama...mereka menggunakan kalam saudara bahawa sesungguhnya setiap hukum yang dikeluarkan oleh ulama hanyalah pandangan mereka semata-mata yang mana pandangan tersebut belum tentu benar. Jika inilah yang saudara ajarkan...maka akan ada mereka yang jahil meninggalkan perintah agama dengan beranggapan semua hukum yang dikemukakan adalah pandangan semata-mata. Terlalu banyak jasa tuan Dr dalam memecah belahkan masyarakat Islam kini....Pengalaman saya, seorang rakan yang amat menyanjungi dan meminati saudara menyatakan kepada saya agar melakukan amalan tanpa mengikuti mana-mana mazhab...kerana imam syafie sendiri belum tentu betul..sambil mengejek-ngejek nama Imam Syafie dengan kalimah Pie...PiiEE...saya hanya berdoa moga mereka ini dikurniakan hidayah Allah dalam menunjukkan perkara sebenar. Semoga Allah mengampunkan kita semua dan mengurniakan hidayahNya.

JAIS tahan bekas Mufti Perlis

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.

Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.

Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.

Semalam, Mohd. Asri yang mengadakan sidang akhbar di sini mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Mohd. Asri yang juga kolumnis `Minda Dr. Maza’ dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, 3 Jun 2009

Assalamualaikum....

Alhamdulullah...pembukaan laman blog saya semoga dapat membantu menyebarluaskan dakwah Islam kepada semua...blog ini juga merupakan sebuah catatan dan pandangan saya sebagai hamba Allah yang sangat lemah...moga ianya memberikan manfaat untuk semua..Sesungguhnya setiap coretan yang baik yang terdapat di dalam blog ini adalah dari Allah semata-mata sedang segala kesilapan dalamnya merupakan kesilapan dan kejahilan penulis. wallahua'lam

Nama : Raihan Samsudin
Negeri Kelahiran : Perak Darul Ridzuan
Pendidikan : S.K Kuala Pari, Ipoh
S.K Pengkalan Pegoh, Lahat
SM Kg Pasir Puteh, Ipoh
Politeknik Ungku Omar, Ipoh
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra
Institut Ad-deen
Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia

Meminati bidang pengajian Islam tetapi Allah mentakdirkannya memasuki bidang Kejuruteraan. Namun hasrat hati ini tidak pernah padam untuk mendalami ilmu pengajian Islam...moga dipermudahkan Allah hendaknya...Amin...Pernah terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sama ada melalui program anjuran GPMS Perak mahupun Darussyifa'. Mendapat Ijazah Perubatan Islam Darussyifa' daripada Tn Guru Prof. Dato' Dr Haron Din. Pernah berkhidmat di Darussyifa' Ipoh sekitar tahun 2001-2003 dan Darussyifa' Kemunting sekitar tahun 2003 hingga 2005. Terlibat dalam penubuhan Darussyifa' Parit Buntar. Selain Tuan Guru Prof. Dato' Dr Haron Din, Prof. Madya Us. Salleh b. Hj Ahmad yang merupakan pakar syariah di Universiti Malaya antara barisan ulama yang saya sangat kagumi. Prof Madya Us. Alias antara pensyarah yang sangat kelakar dan menghiburkan...moga segala perjalanan ini sentiasa tunduk dan patuh pada perintah Nya..Terima kasih buat ibubapa, guru-guru, para pensyarah di UM terutamanya Prof Madya Us Saleh, A.F Us. Dr Rushdi Ramli yang ikhlas memberikan ilmu, A.F Us Dr Ahmad Husni dari Kolej Islam Perak dan para pensyarah UTM (Prof Madya Dr Khairi, Prof Madya Dr Zainal, Dr Sharidan dari Fakulti Matematik &Sains), (Dr Norhazilan, Dr Ali, Prof. Madya Mohd For, Prof Madya Dr Mohamad) serta semua rakan dan kenalan dalam memberi ilmu dan pengalaman kepada saya selama ini... Blog ini adalah coretan pandanga dan catatan dari insan kerdil dalam kembara di bumi Allah dalam mendapatkan keredhoannya...