Sabtu, 23 Januari 2010

Lepas SPM saya kerja...kawan-kawan sibuk masuk universiti...saya masih macam tu juga..hah..ha...masa ni la saya dijemput kawan-kawan ke Institut GPMS...Institut ni saya mula kenal masa form 4...cikgu suruh saya pergi wakili sekolah untuk kursus perkaderan..masa tu...saya tak tahu menahu langsung tentang GPMS. Kalau tak silap saya kursus tu dilaksanakan pada tahun 1995. Pada keseluruhannya kursus tu ok...tapi yang sedikit kelakarnya pada hari akhir program.
Dr N K yang isi slot tu...masa tu Dr ni mengajar di UPM...dan katanya dia selalu keluar dalam RTM slot Selamat Pagi Malaysia. Saya masih ingat, Dr NK ada menceritakan pengalamannya mengemukakan pandangan berhubung masalah pelajar yang suka ponteng sekolah dan lepak2 kat pusat video game..(Masa tu ni la isu yang top sekali kat Malaysia!! Ha ha) So, Dr NK cakap kalau nak budak-budak ni datang kelas senang jer...buat je Pusat Video Game kat Sekolah atau kat kelas ker...abis cerita...tapi kata-kata Dr tu tak kluar kat Tv...RTM cepat2 potong!!
Saya masa tu memang rasa terkejut juga dgn cadangan Dr ni...hah...masa sessi soal jawab....saya tanya Dr...kalau macam tu lah kata-kata tuan Dr...macam mana pula kalau pelajar ponteng kelas dan hisap rokok kat tandas?? adakah kerana nak suruh mereka masuk kelas maka kita bekal dan benarkan mereka merokok dalam kelas??
Soalan saya mendapat tepukan gemuruh dari rakan-rakan...Dr hanya diam sahaja dengan wajah selambanya tak ubah dengan wataknya kini yang memang begitu dalam rancangan Bicara Siswa di TV1 pada tahun 2005. Dr NK bangun...dia tak jawab soalan saya sebaliknya dia tanya saya "Saya nak tahu...saudara yang bertanya bayar tak zakat fitrah setiap tahun?? Kalau mak bapak yang bayar...baik la renung-runungkan diri tu...malu le sikit...awak tu lelaki"
Saya terpingga-pingga dengan soalan bodoh tu dan sampai sekarang tuan Dr tidak menjawab soalan saya...bila fikir dan renung balik...hah..hah..kelakar betul masa tu...ya la ilmu pun tak de...
Balik dari kursus, saya terus tanya Us Adnan di Sekolah...Us Adnan jawab...zakat fitrah baik lelaki mahupun perempuan adalah di bawah tanggungjawab bapa untuk membayarnya...tidak disuruh anak membayarnya kecuali jika anak dah bekerja.!!Lepas tu saya cari lagi jawapan dari perbagai sumber...dan saya dapat tahu sememangnya zakat fitrah asalnya wajib dibayar bila dah baligh tapi umumnya di negara kita ni ayah la yang bayar selagi mana anak tak kerja dan masih bersekolah..(tapi kalau dah 20 ke atas tu bayar sendiri la..)Cuma apa yang pelik kenapa soalan tu yang tak de kaitan langsung tuan Dr utarakan....sengaja diutarakan bagi mengalih isu untuk menjawab soalan....ni la dia Dr NK dan tindakan yang sama dia buat masa mengelolakan rancangan bicara siswa dan yang sama juga dia buat bila debat Anwar Ibrahim dengan Menteri di RTM satu masa dulu...tapi tuan Dr kena smash dengan DS Anwar....ha..ha..ha...
Sekarang tuan Dr dah jadi VC kat salah sebuah IPTA...tah la...hidup ni kena ada ilmu dan carilah ilmu banyak-banyak agar tak tersilap dan langkah...Cogankata GPMS 'Belajar Terus Belajar' sepatutnya perlu dihayati oleh seluruh ummat Islam kerana ianya menepati hadis rasulullah yang bermaksud: " Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad". Hadis ni jelas meminta ummat Islam menuntut ilmu kerana proses poembelajaran ini adalah satu proses yang berterusan.
Masa lepas SPM ni la saya selalu ke Institut GPMS...tentang cerita ni ada masa saya tulis khusus masa saya kat GPMS...
Kerja kilang juga memberi pengalaman pada saya...saya kerja kilang kasut bersama dengan beberapa mat-mat bangla...selang beberapa hari seorang pekerja baru berbangsa cina masuk kerja...Semasa waktu rehat, saya berpeluang bersembang dengannya. Hasil perbualan ini saya dapati orang cina amat membantu dan bekerjasama sesama bangsa mereka..dalam soal gaji, walaupun kerja yang saya lakukan adalah sama dengan orang cina lakukan, tapi gaji saya jauh lebih rendah daripada pekerja cina tersebut....Saya kerja tak lama sebab geram punya pasal...so saya berhenti...Lepastu bekerja kat kilang beras...sebenarnya bukan kilang beras tapi tempat pembungkusan beras...lepas bungkus beras kami akan edarkan...so jadi le saya kelendan lori sekejab...hantar beras dari batu gajah sampai ke pantai remis...nazri pula hantar beras sampai ke cameron highland...Kerja anta beras ni agak berat sikit kerjanya...jadi saya tak lama juga kerja kat sini...akhirnya lepas 2 bulan kerja berhenti lagi...dan saya kerja kat kilang elektronik. Kilang jepun bernama MIK kat Kawasan Perindustrian Pengkalan. Kerja kilang elektronik ni ada banyak seksyen...saya kena buat inspection barang...chek guna mikroskop...hah...leceh betul. Keliling pula pekerja perempuan...(tapi semuanyer pangkat kakak dan makcik) Kebanyakan makcik yang kerja kat kilang tu kenal saya sebab ayah saya pengerusi surau dan antara orang yang disegani di tempat tinggal saya. Jadi kami anak beranak memang dikenali orang...walaupun kami tak kenal mereka....ha..ha...ha.
Kerja kat kilang ni pun ada cerita yang tersendiri...kat sini saya ada beberapa pengalaman lain pula..saya kerja tak lama...sebab boring dan menyampah...antara sebab kuat saya berhenti ialah para pekerja muslim yang menghadiri solat jumaat akan dikenakan potongan gaji....dulu masa mula-mula masuk dulu tak ade pun peraturan ni...bila peraturan baru tu wujud...mmm..saya pun apa lagi...blah la...apa dia ingat kilang ni jer yang boleh bagi saya kerja ?? kerja ni semua Allah yang bagi...apabila ada perkara yang bertentangan dengan suruhanNya....kita kena keluar cari tempat lain...sebab rezeki Allah yang punya dan Allah lah yang bagi kat kita semua. Wallahua'lam

Khamis, 21 Januari 2010

The Excorcism of the Emily Rose :Satu Ulasan Ringkas


Semalam saya menonton filem The Excorcism of the Emily Rose di TV 2. Sebenarnya saya lama dah tak tengok tv...bukan apa...hati ni memang malas sangat nak tengok tv. Sekarang ni tengok berita pun tidak. Bukan saya nak kata saya ni baik sangat...sampai tak tengok tv langsung...tapi memang itu lah hakikatnya...Alhamdulillah Allah beri kekuatan dan cabut rasa nak tengok tv pada saya. Adik saya pernah tonton filem ni dulu dan minta saya ulas berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit diakibatkan gangguan makhluk halus. Filem Excorcism of the Emily Rose ni dikatakan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976. Emily dalam filem tu sebenarnya Anneliese Michel yang lahir pada tahun 1952. Kisah ni berlaku di Jerman.

Rasanya tak perlu la saya cerita tentang kisah ni...apa yang penting tajuk perbincangan kita tadi. Berdasarkan pengalaman saya merawat kes-kes gangguan, saya sedikit bersetuju dengan sebahagian jalan cerita dalam filem tersebut dan saya akui ianya adalah perbuatan makhluk halus atau demons. Kes-kes gangguan makhluk halus seperti serangan histeria dan sebagainya sekiranya dirujuk kepada khidmat doktor psikateri akan memaklumkan bahawa kemungkinan pesakit tersebut mengalami masalah skizofrenia atau depression sehingga mengakibatkan halusinasi. Saya mendapati pesakit-pesakit yang dikenakan ilmu sihir seringkali mengalami gangguan halusinasi dan merasa takut terutamanya di waktu malam bermula maghrib dan ke atas. halusinasi yang mereka alami seperti terlihat kelibat orang sepantas kilat, terasa sering diekori malah ada yang mendakwa mendengar suara-suara ghaib adalah perkara yang sering terjadi kepada pesakit-pesakit ini. Pesakit sihir juga sering mengalami gangguan tidur malah terdapat pesakit yang meraskan dirinya tidak pernah tidur sepanjang malam. Kita akan dapat melihat fizikal pesakit yang tidak bermaya dan mata yang lebam membengkak akibat kurang tidur. Kes-kes sebegini diakui oleh pengamal perubatan sebagai pesakit skizofrenia ataupun depression. Pesakit sebegini umumnya dibekalkan dengan ubat-ubatan yang boleh melemahkan dan melalaikan fikiran serta tindak balas pesakit. Selain itu, pengalaman saya juga mendapati pesakit-pesakit yang diserang histeria juga adakalanya di katakan diserang epilepsi oleh para pengamal perubatan moden. Epilepsi atau sawan yang berlaku ke atas pesakit menyebabkan pesakit menjerit dan hilang kawalan dalam melakukan tindakan. Kesemua fakta ini saya dapati terkandung juga di dalam filem tersebut dan saya akui sebenarnya terdapat perbezaan antara pesakit skizofrenia dengan pesakit gangguan walaupun secara keseluruhannya terdapat banyak persamaan dari sudut simptomnya. Saya amat bersetuju sekiranya pesakit gangguan tidak diberi ubatan yang boleh melemah dan melalaikan fikiranya kerana tindakan tersebut menyebabkan pesakit tidak dapat bertindakbalas melawan gangguan jin yang ada pada dirinya. Pengalaman saya merawat juga mendapati bagi kes-kes gangguan makhluk halus, biasanya jin akan mengawal otak pesakit menyebabkan pesakit tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menuruti kehendak jin tersebut. Sains mengajarkan bahawa otak merupakan sumber tindakan manusia. Tindakan jin mengawal otak menyebabkan sesetengah pesakit gangguan sedar melakukan sesuatu perkara biarpun dirinya tidak mahu berbuat demikian, dia hanya mampu melihat tanpa dapat mengawal mulutnya menuturkan sesuatu pertuturan. Kawalan jin terhadap manusia menyebabkan jin menggunakan kesemua yang ada pada diri manusia yang dirasuki tersebut. Selain mendoakan dan merawat pesakit dengan kaedah yang dibenarkan syara', keyakinan dan motivasi pada pesakit adalah perkara utama agar pesakit dapat beramal dengan zikrullah yang menjadikan sumber kekuatan pesakit dalam mendapat kesembuhan daripada gangguan tersebut. Inilah juga yang ingin diberitahu dalam filem terseut dan saya amat bersetuju dengannya berdasarkan pengalaman yang ada pada saya. Saya pernah mengendalikan sebuah kes yang mana pesakit didakwa oleh pihak Hospital mengalami masalah insomia. Pihak Doktor telah membekalkan kepada pesakit ubat tidur bagi mengatasi masalah tersebut. Masalah pesakit tidak selesai malah rujukan kepada doktor seterusnya menyatakan pesakit bukan mengalami insomia tetapi migrin. Ubat migrin menyebabkan pesakit terus tidur dan terlena dalam tempoh yang lama. Masalah pesakit mula berubah daripada tidak boleh tidur kepada boleh tidur tetapi mengalami sakit kepala yang teramat sangat serta halusinasi yang menakutkan. Pesakit akhirnya dirujuk kepada Doktor Pakar dan Doktor tersebut mendakwa pesakit tidak mengalami masalah migrin. Doktor mengesorkan agar air tulang belakang pesakit diambil untuk mengetahui masalah sebenar pesakit. Doktor tersebut mengandaikan pesakit berkemungkinan mengalami Epilepsi.
Keluarga persakit membenarkan ujian dilakukan dan hasil ujian mendapti pesakit tidak mengalami apa-apa penyakit fizikal langsung. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, para doktor telah membuat kesimpulan bahawa "pesakit tidak sakit sebaliknya hanya buat-buat sakit dan berkemungkinan pesakit mengalami masalah depression atau mungkin penyakit skizofrenia. Pesakit disyorkan untuk dirujuk kepada psikateri di Tanjung Rambutan". Keluarga presakit mula sangsi dengan laporan perubatan doktor tersebut seterusnya mengambil tindakan menerima rawatan di Darussyifa'. Saya antara individu terlibat dalam merawat pesakit dan akhirnya pesakit sembuh 3 tahun selepas menerima rawatan. Alhamdulillah.
Sedikit maklumat tambahan, saya hanya bersetuju dengan sebahagian jalan cerita kisah ini seperti yang di filemkan namun, kisah kuda dan perbagai binatang keluar ketika upaca rawatan dilakukan serta suasana kilat sambar menyambar adalah satu penambahan dalam filem tersebut untuk menaikkan mood penonton. Begitu juga diakhir filem kononnya Emily berjumpa dengan Marry adalah satu dakyah dan pembohongan dalam filem tersebut.Wallahua'lam

Selasa, 19 Januari 2010

Alam Persekolahan..

Alam persekolahan tentunya memberikan seribu satu kenangan untuk semua. Kisah persekolahan saya semasa di sekolah rendah tentunya tak banyak yang menarik...rasa-rasanya artikel lalu ada menceritakan serba sedikit mengenainya...Saya merupakan antara pelajar yang pasif di sekolah rendah. Meminati agama tetapi tiada dorongan kuat ke arah itu. Abang saya (Us KAS) banyak membantu saya secara tak langsung dalam meminati bidang agama ni...dia selalu bawa saya jumpa kawan-kawannya di izuddin dan beberapa program lain yang berkaitan. Dulu masa zaman al-arqam dulu...abah selalu nasihatkan abang agar tidak terjebak dengan jemaah tersebut...abah bimbang takut-takut al-arqam tidak mengambarkan jemaah Islam sebenar...takut ianya menyeleweng..teguran abah ini sebab abang banyak bawa majalah-majalah al-arqam di dalam rumah...banyak lagu-lagu nasyid dari kumpulan al-arqam turut dibawa masuk...serban besar juga abang suka pakai mirip ahli kumpulan al-arqam...Isu al-arqam ni memang pelik...ramai yang comfiuse...jemaah ni nampak ok..ia mula kecoh dan dijauhi bila kerajaan mengharamkannya. Pada saya sekiranya benar jemaah ni mengamalkan ajaran salah...maka perlu ada penjelasan dan penerangan di mana salahnya serta perlu juga diadakan pemurnian keatasnya..Saya percaya pihak Kerajaan telah mengadakan pemurnian aqidah ke atas jemaah ini termasuk Ashaari sendiri tetapi ramai juga masyarakat luar sana termasuk dari kalangan ustaz-ustaz tertanya-tanya dimanakah kesesatan aqidah ahli al-arqam yang didakwa itu...tiada pun satu artikel yang diperolehi dengan jelas menunjukkan amalan dan ajaran serta aqidah mereka menyeleweng dibuktikan kepada umum...Tindakan ini tentunya menyebabkan rakyat mula rasa simpati kepada jemaah ini. Semua ini berlaku kerana pengharaman al-Arqam dibuat apabila ketua mereka Hj Ashaari Mohamad mendakwa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke lima selepas Tun Dr Mahadhir. Ekoran tindakan pengharaman itu ia dilihat seolah-olah bermotif politik. Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan pencegahan awal sekiranya mengetahui jemaah tertentu mengamalkan ajaran menyeleweng. Saya tidak mahu membincangkan perihal al-Arqam ini...sesungguhnya ia telah berlalu dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.
Bakat kepimpinan saya mula di garap ketika darjah 6 dimana saya diberikan tanggungjawab oleh Guru Pengakap saya pada masa itu, Cikgu Hashim. Saya diminta mengajar dan mengatur program pengakap sekolah. Sejak itu hinggalah ke sekolah menenggah, saya banyak terbabit dalam mewakili sekolah dalam kategori pengakap. Saya pegang jawatan Ketua Pengakap Sekolah dari Darjah 6 hingga Tingkatan 4. Saya mula terbabit mewakili sekolah dalam ajara pidato pula semasa tingkatan 4. Tingkatan 4 hingga 5 dilantik jadi pengawas sekolah...Memanglah...saya tak sehebat rakan-rakan yang lain. Tentunya saya tak sehebat Husni. Tapi saya yakin Allah akan bersama-sama orang yang ikhlas...dan saya cuba menjadi hamba-hambaNya yang ikhlas...
Selepas tamat tingkatan 5, saya bekerja di kilang berhampiran rumah saya...Sedang kawan-kawan yang lain sibuk urusan masuk ke Universiti...saya masih terkontang-kanting mencari kerja...maklumlah...result tak berapa bagus....nak jumpa kawan-kawan pun malu...nak jumpa cikgu sekolah lagi le malu...Walaupun saya dan Husni dah berpisah lama...tapi Allah takdirkan setiap tahun kami pasti berjumpa...Perjumpaan yang tak pernah dirancang!! Kami selalu terjumpa di Masjid!! Pernah satu kali...ayah saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bota...ayah dimasukkan wad di Hospital Ipoh...saya seperti biasa akan datang menziarahi ayah di wad...ketika turun dari lif untuk ke kafetaria saya terserempak Husni!! Assalamualaikum...datang ziarah siapa ? Tegur saya kepada Husni ahhh...ana nak ziarah ayah ana...dia masuk wad 5. Anta datang sini ziarah siapa ??
Laa...ayah ana pun di wad 5...kenapa dengan ayah anta ? tegur saya lagi..
Ayah ana kemalangan kat kampung....kena langgar dengan kereta sendiri"...
Inilah pertemuan yang berlaku antara kami...semuanya secara kebetulan...
Selepas SPM Husni menyambungkan pengajian pra di Matrikulasi UM. Katanya dia akan ke Madinah selepas tamat kursus bahasa arab tersebut... Saya tanya kenapa tak pergi Mesir ?? Dia jawab...Mesir susah...suasana macam kampung sikit...belajar kat al-Azhar macam belajar kat pondok...kalau pergi Madinah...untung-untung dapat tajaan dari Arab Saudi...balasnya sambil tersenyum.. Husni melanjutkan pengajian Syariah di Universiti Islam Madinah...dan seperti telahannya...dia balik Malaysia setiap tahun kerana dapat tajaan daripada Kerajaan Arab Saudi.
Bersambung....

Isnin, 11 Januari 2010

Guna Nama Allah....

Kecoh-kecoh pasal guna nama Allah.
Penerangan tentang guna nama Allah ni rasanya ramai ustaz-ustaz dah kan..Secara peribadi saya juga setuju dengan mewujudkan satu peraturan baru untuk melarang penggunaan perkataan Allah ini buat agama lain di Malaysia. Dan bukan perkataan Allah sahaja malah perlu dibabitkan dengan perkataan-perkataan lain yang dianggap boleh menjurus memesongkan pegangan aqidah umat Islam Malaysia seperti sajadah, Makkah dan sebagainya.
Namun saya tidak setuju kiranya ia hanya berhenti setakat ini sahaja. Perlu ada tindakan selanjutnya diambil. Pada saya peraturan semata-mata tidak akan menjamin masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah kristianisasi. Perlu ada tindakan lanjut khususnya penerapan ilmu agama yang lebih mendalam dan ditekankan dengan lebih sempurna sama ada diperingkat sekolah mahupun universiti. Pihak Jabatan Kemajuan Islama Malaysia (JAKIM) dan Jabatan-Jabatan Agama di Setiap Negeri di Seluruh Malaysia serta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya mengambil tindakan bersama kearah menerapkan kefahaman agama yang lebih mendalam kepada masyarakat. Saya percaya dengan penerapan ilmu yang sebenar akan dapat membantu masyarakat Islam daripada terpengaruh dengan dakyah-dakyah kuffar. AJK Masjid dan Surau sepatutnya menggunakan kesempatan daiatas kes ini untuk melipat gandakan kuliah dan ceramah di Surau Dan Masjid. Pihak Jabatan Agama sepatutnya segera memberikan kebenaran kepada para ustaz yang ikhlas dalam berdakwah untuk menyampaikan mesej agama yang sebenar. Tolaklah fahaman politik yang sempit demi agama. Kementerian Pelajaran sepatutnya membuat kajian dan penambahbaikan ke atas ilmu aqidah yang diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Menengah. Kemenbterian Pengajian Tinggi pula sepatutnya mengarahkan seluruh universiti swasta dan kerajaan agar mewajibkan setiap pelajarnya mengambil m,ata pelajaran pendidikan Islam. Setiap universiti tentunya punyai kepakaran dalam menggubal silibus berkenaan. Kementerian Pelajaran mungkin juga boleh menjadikan subjek pendidikan Islam ini sebagai subjek wajib bagi semua peperiksaan utama agar para pelajar lebih mengambil berat akan ilmu akhlak, aqidah dan feqah ini.
Sekiranya ilmu yang diberi bewrjaya menanam aqidah yang mantap, saya percaya dan yakin masyarakat Islam tidak akan mudah terpedaya dengan 1001 dakyah yang di datangkan dari mana-mana pihak. Malah pihak kristian yang menggunakan kalimah Allah ini pula yang akan gusar takut-takut penganut mereka yang akan bertukar kepada Islam. Ini lebih baik dan utama berbanding mengenakan undang-undang yang amat terbatas. Masyarakat Islam yang memahami Islam Sebenar tidak mungkin menjual agamanya...tidak mungkin menjual negaranya. Hanya kembali kepada Islam ianya akan selesai.Perlaksanaan undang-undang hanyalah terbatas..Kita mungkin boleh haramkan melalui cetakan di majalah atau akhbar...tetapi bagaimanapula dengan tulisan-tulisan mereka di internet? tentunya kita menghadapi kesukaran untuk membendungnya. Malah media cetak yang diharamkan oleh KDN juga kadang-kadang mudah didapati dipasaran. Kalau begitu sukarnya usaha ini tak dapat tidak untuk membendungnya hendaklah diterapkan kefahaman agama dengan sebenar-benarnya tanpa disekat sedikit pun...malah kalau nak yang terbaik lagi...laksanakan sahaja undang-undang Allah...tentulah segala permasalahan akan hilang akibat rahmat Allah yang bakal diturunkan. wallahua'lam

Jumaat, 8 Januari 2010

Guru Dulu Dan Sekarang





Hari ini profession perguruan makin mendapat tempat. Profession perguruan kini tidak seperti dahulu. Dahulu orang jadi cikgu kerana minat yang mendalam dalam bidang yang murni ini. Sejak gaji dan kemudahan perbagai yang disediakan oleh kerajaan kepada para pendidik. Proffession yang pernah menjadi pilihan kedua atau terakhir ini kini mula naik di mata masyarakat. Maka ramailah para lepasan universiti yang menagnggur mencuba nasib untuk menjadi pendidik.
Tugas guru amat murni sekali. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik malah turut menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak murid dan masyarakat. Kerana murninya tugas guru itulah maka gelaran guru yang diberi dikenang orang sampai ke akhir hayat. Dahulu tamat darjah enam pun dah boleh jadi cikgu. Apatahlagi kiranya dia lulusan dari sekolah Inggeris. Maka besarlah jawatan keguruan yang bakal diperolehinya. Perubahan masa dan zaman mengubah lanskap perguruan. Sekitar tahun 80-an, bidang ini menjadi semakin menguncup. Ramai pelajar kurang meminati proffession sebegini kerana sedikitnya imbuhan yang diberi selain terpaksa bertugas di kawasan pedalaman yang amat memeritnya. Hanya mereka yang berjiwa guru sejati sahaja mampu memikul tugas berat ini. Maka ramailah guru-guru mengeluh. Ingat lagi saya...seorang guru pernah mengeluh " Kamu nanti jangan jadi cikgu...belajarlah rajin-rajin...biar jadi doktor ke jurutera ke...tapi jangan jadi cikgu...kerja cikgu susah...gaji sikit pula tu...cuti sekolah pun macam tak cuti" Itulah kata-kata dari segelintir guru.
Tapi kini tidak lagi...bidang ini kian menjadi rebutan...bidang ini bukan sahaja menjadi rebutan pelajar melayu malah turut melibatkan bangsa cina dan india. Pengalaman saya memberikan ceramah di Institut Pendidikan Guru Tengku Bainun mengejutkan saya apabila saya dapati hampir 60% bakal pendidik yang bakal diijazahkan terdiri daripada bangsa cina!!. Dahulu maktab merupakan pilihan terakhir pelajar lepasan SPM...Sekarang dengan elaun bulanan sebanyak RM 600++ bagi diploma dan RM 1000++ bagi kursus ijazah telah menyebabkan institusi perguruan ini menjadi pilihan ramai...Bagi graduan yang tak de kerje pula...mereka segera mohon KPLI untuk melayakkan mereka menjadi guru tetap berijazah. Mana tak mereka rebut...dengan bayaran gaji + elaun yang mencecah RM 3000 sebulan, kerje hanya dalam 6 jam sehari pastu ajar budak sekolah rendah...puh satu kerja yang lumayan...tambah pula perbagai esentif yang dijanjikan kerajaan membuatkan bidang ini makin digilai.
Sambutan ini tentunya satu yang positif...namun pihak kementerian sepatutnya mengambil peluang ini untuk menapis dan mempastikan agar hanya mereka yang betul-betul meminati bidang ini sahaja yang diberikan jawatan pendidik...bukan mereka yang hanya memilihnya selepas gagal mendapatkan tempat dibidang yang mereka minati!
Ini penting kerana hanya guru yang benar-benar meminati bidang ini sahaja dapat menghayati tugas sebagai pendidik. Guru dahulu dapat dilihat dengan raut wajahnya yang ikhlas, tingkahlakunya serta adab sopan yang ditunjukkan telah menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Cara berpakaian yang sopan ini menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Namun, guru-guru kini yang kebanyakannya memilihnya atas faktor pilihan kedua telah memusnahkan pandangan baik masyarakat terhadap profession perguruan. Guru kini ada yang berpakaian ketat dan jarang serta bergaya dengan suasana semasa yang kebanyakannya amat tidak sesuai untuk tontonan pelajar. Terdapat juga guru kini yang berkira dengan tugasan yang diberi, tidak kreatif serta malas melakukan tugasan bersama pelajar adalah kesan daripada sikap mereka yang tidak meminati bidang perguruan tetapi menjadi guru hanya kerana tak ada kerja serta tertarik dengan imbuhan yang ada padanya. Terdapat guru kini mengenakan caj bagi kelas tambahan yang diadakannya. Kesemua sikap negatif ini tentunya tidak akan dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar semakin keliru dengan sikap guru yang tidak mematuhi peraturan dan etika perguruan ini. Ketika minum di sebuah warung, seorang pakcik berkata:" Guru sekarang dengan guru dahulu jauh sangat bezanya...Cikgu dahulu boleh kemana sahaja...serba boleh...jadi imam boleh...baca tahlil boleh...Cikgu sekarang...semua tak boleh...jadi imam pun geleng kepala!!"
wallahua'lam

Selasa, 5 Januari 2010

Di mana boleh cari ramai Melayu?



19 Muharram 1431H
Email : yamin saman

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Sumber: Cina Islam