Khamis, 21 Januari 2010

The Excorcism of the Emily Rose :Satu Ulasan Ringkas


Semalam saya menonton filem The Excorcism of the Emily Rose di TV 2. Sebenarnya saya lama dah tak tengok tv...bukan apa...hati ni memang malas sangat nak tengok tv. Sekarang ni tengok berita pun tidak. Bukan saya nak kata saya ni baik sangat...sampai tak tengok tv langsung...tapi memang itu lah hakikatnya...Alhamdulillah Allah beri kekuatan dan cabut rasa nak tengok tv pada saya. Adik saya pernah tonton filem ni dulu dan minta saya ulas berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit diakibatkan gangguan makhluk halus. Filem Excorcism of the Emily Rose ni dikatakan berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1976. Emily dalam filem tu sebenarnya Anneliese Michel yang lahir pada tahun 1952. Kisah ni berlaku di Jerman.

Rasanya tak perlu la saya cerita tentang kisah ni...apa yang penting tajuk perbincangan kita tadi. Berdasarkan pengalaman saya merawat kes-kes gangguan, saya sedikit bersetuju dengan sebahagian jalan cerita dalam filem tersebut dan saya akui ianya adalah perbuatan makhluk halus atau demons. Kes-kes gangguan makhluk halus seperti serangan histeria dan sebagainya sekiranya dirujuk kepada khidmat doktor psikateri akan memaklumkan bahawa kemungkinan pesakit tersebut mengalami masalah skizofrenia atau depression sehingga mengakibatkan halusinasi. Saya mendapati pesakit-pesakit yang dikenakan ilmu sihir seringkali mengalami gangguan halusinasi dan merasa takut terutamanya di waktu malam bermula maghrib dan ke atas. halusinasi yang mereka alami seperti terlihat kelibat orang sepantas kilat, terasa sering diekori malah ada yang mendakwa mendengar suara-suara ghaib adalah perkara yang sering terjadi kepada pesakit-pesakit ini. Pesakit sihir juga sering mengalami gangguan tidur malah terdapat pesakit yang meraskan dirinya tidak pernah tidur sepanjang malam. Kita akan dapat melihat fizikal pesakit yang tidak bermaya dan mata yang lebam membengkak akibat kurang tidur. Kes-kes sebegini diakui oleh pengamal perubatan sebagai pesakit skizofrenia ataupun depression. Pesakit sebegini umumnya dibekalkan dengan ubat-ubatan yang boleh melemahkan dan melalaikan fikiran serta tindak balas pesakit. Selain itu, pengalaman saya juga mendapati pesakit-pesakit yang diserang histeria juga adakalanya di katakan diserang epilepsi oleh para pengamal perubatan moden. Epilepsi atau sawan yang berlaku ke atas pesakit menyebabkan pesakit menjerit dan hilang kawalan dalam melakukan tindakan. Kesemua fakta ini saya dapati terkandung juga di dalam filem tersebut dan saya akui sebenarnya terdapat perbezaan antara pesakit skizofrenia dengan pesakit gangguan walaupun secara keseluruhannya terdapat banyak persamaan dari sudut simptomnya. Saya amat bersetuju sekiranya pesakit gangguan tidak diberi ubatan yang boleh melemah dan melalaikan fikiranya kerana tindakan tersebut menyebabkan pesakit tidak dapat bertindakbalas melawan gangguan jin yang ada pada dirinya. Pengalaman saya merawat juga mendapati bagi kes-kes gangguan makhluk halus, biasanya jin akan mengawal otak pesakit menyebabkan pesakit tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menuruti kehendak jin tersebut. Sains mengajarkan bahawa otak merupakan sumber tindakan manusia. Tindakan jin mengawal otak menyebabkan sesetengah pesakit gangguan sedar melakukan sesuatu perkara biarpun dirinya tidak mahu berbuat demikian, dia hanya mampu melihat tanpa dapat mengawal mulutnya menuturkan sesuatu pertuturan. Kawalan jin terhadap manusia menyebabkan jin menggunakan kesemua yang ada pada diri manusia yang dirasuki tersebut. Selain mendoakan dan merawat pesakit dengan kaedah yang dibenarkan syara', keyakinan dan motivasi pada pesakit adalah perkara utama agar pesakit dapat beramal dengan zikrullah yang menjadikan sumber kekuatan pesakit dalam mendapat kesembuhan daripada gangguan tersebut. Inilah juga yang ingin diberitahu dalam filem terseut dan saya amat bersetuju dengannya berdasarkan pengalaman yang ada pada saya. Saya pernah mengendalikan sebuah kes yang mana pesakit didakwa oleh pihak Hospital mengalami masalah insomia. Pihak Doktor telah membekalkan kepada pesakit ubat tidur bagi mengatasi masalah tersebut. Masalah pesakit tidak selesai malah rujukan kepada doktor seterusnya menyatakan pesakit bukan mengalami insomia tetapi migrin. Ubat migrin menyebabkan pesakit terus tidur dan terlena dalam tempoh yang lama. Masalah pesakit mula berubah daripada tidak boleh tidur kepada boleh tidur tetapi mengalami sakit kepala yang teramat sangat serta halusinasi yang menakutkan. Pesakit akhirnya dirujuk kepada Doktor Pakar dan Doktor tersebut mendakwa pesakit tidak mengalami masalah migrin. Doktor mengesorkan agar air tulang belakang pesakit diambil untuk mengetahui masalah sebenar pesakit. Doktor tersebut mengandaikan pesakit berkemungkinan mengalami Epilepsi.
Keluarga persakit membenarkan ujian dilakukan dan hasil ujian mendapti pesakit tidak mengalami apa-apa penyakit fizikal langsung. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, para doktor telah membuat kesimpulan bahawa "pesakit tidak sakit sebaliknya hanya buat-buat sakit dan berkemungkinan pesakit mengalami masalah depression atau mungkin penyakit skizofrenia. Pesakit disyorkan untuk dirujuk kepada psikateri di Tanjung Rambutan". Keluarga presakit mula sangsi dengan laporan perubatan doktor tersebut seterusnya mengambil tindakan menerima rawatan di Darussyifa'. Saya antara individu terlibat dalam merawat pesakit dan akhirnya pesakit sembuh 3 tahun selepas menerima rawatan. Alhamdulillah.
Sedikit maklumat tambahan, saya hanya bersetuju dengan sebahagian jalan cerita kisah ini seperti yang di filemkan namun, kisah kuda dan perbagai binatang keluar ketika upaca rawatan dilakukan serta suasana kilat sambar menyambar adalah satu penambahan dalam filem tersebut untuk menaikkan mood penonton. Begitu juga diakhir filem kononnya Emily berjumpa dengan Marry adalah satu dakyah dan pembohongan dalam filem tersebut.Wallahua'lam

0 ulasan: