Hari ini profession perguruan makin mendapat tempat. Profession perguruan kini tidak seperti dahulu. Dahulu orang jadi cikgu kerana minat yang mendalam dalam bidang yang murni ini. Sejak gaji dan kemudahan perbagai yang disediakan oleh kerajaan kepada para pendidik. Proffession yang pernah menjadi pilihan kedua atau terakhir ini kini mula naik di mata masyarakat. Maka ramailah para lepasan universiti yang menagnggur mencuba nasib untuk menjadi pendidik.
Tugas guru amat murni sekali. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik malah turut menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak murid dan masyarakat. Kerana murninya tugas guru itulah maka gelaran guru yang diberi dikenang orang sampai ke akhir hayat. Dahulu tamat darjah enam pun dah boleh jadi cikgu. Apatahlagi kiranya dia lulusan dari sekolah Inggeris. Maka besarlah jawatan keguruan yang bakal diperolehinya. Perubahan masa dan zaman mengubah lanskap perguruan. Sekitar tahun 80-an, bidang ini menjadi semakin menguncup. Ramai pelajar kurang meminati proffession sebegini kerana sedikitnya imbuhan yang diberi selain terpaksa bertugas di kawasan pedalaman yang amat memeritnya. Hanya mereka yang berjiwa guru sejati sahaja mampu memikul tugas berat ini. Maka ramailah guru-guru mengeluh. Ingat lagi saya...seorang guru pernah mengeluh " Kamu nanti jangan jadi cikgu...belajarlah rajin-rajin...biar jadi doktor ke jurutera ke...tapi jangan jadi cikgu...kerja cikgu susah...gaji sikit pula tu...cuti sekolah pun macam tak cuti" Itulah kata-kata dari segelintir guru.
Tapi kini tidak lagi...bidang ini kian menjadi rebutan...bidang ini bukan sahaja menjadi rebutan pelajar melayu malah turut melibatkan bangsa cina dan india. Pengalaman saya memberikan ceramah di Institut Pendidikan Guru Tengku Bainun mengejutkan saya apabila saya dapati hampir 60% bakal pendidik yang bakal diijazahkan terdiri daripada bangsa cina!!. Dahulu maktab merupakan pilihan terakhir pelajar lepasan SPM...Sekarang dengan elaun bulanan sebanyak RM 600++ bagi diploma dan RM 1000++ bagi kursus ijazah telah menyebabkan institusi perguruan ini menjadi pilihan ramai...Bagi graduan yang tak de kerje pula...mereka segera mohon KPLI untuk melayakkan mereka menjadi guru tetap berijazah. Mana tak mereka rebut...dengan bayaran gaji + elaun yang mencecah RM 3000 sebulan, kerje hanya dalam 6 jam sehari pastu ajar budak sekolah rendah...puh satu kerja yang lumayan...tambah pula perbagai esentif yang dijanjikan kerajaan membuatkan bidang ini makin digilai.
Sambutan ini tentunya satu yang positif...namun pihak kementerian sepatutnya mengambil peluang ini untuk menapis dan mempastikan agar hanya mereka yang betul-betul meminati bidang ini sahaja yang diberikan jawatan pendidik...bukan mereka yang hanya memilihnya selepas gagal mendapatkan tempat dibidang yang mereka minati!
Ini penting kerana hanya guru yang benar-benar meminati bidang ini sahaja dapat menghayati tugas sebagai pendidik. Guru dahulu dapat dilihat dengan raut wajahnya yang ikhlas, tingkahlakunya serta adab sopan yang ditunjukkan telah menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Cara berpakaian yang sopan ini menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Namun, guru-guru kini yang kebanyakannya memilihnya atas faktor pilihan kedua telah memusnahkan pandangan baik masyarakat terhadap profession perguruan. Guru kini ada yang berpakaian ketat dan jarang serta bergaya dengan suasana semasa yang kebanyakannya amat tidak sesuai untuk tontonan pelajar. Terdapat juga guru kini yang berkira dengan tugasan yang diberi, tidak kreatif serta malas melakukan tugasan bersama pelajar adalah kesan daripada sikap mereka yang tidak meminati bidang perguruan tetapi menjadi guru hanya kerana tak ada kerja serta tertarik dengan imbuhan yang ada padanya. Terdapat guru kini mengenakan caj bagi kelas tambahan yang diadakannya. Kesemua sikap negatif ini tentunya tidak akan dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar semakin keliru dengan sikap guru yang tidak mematuhi peraturan dan etika perguruan ini. Ketika minum di sebuah warung, seorang pakcik berkata:" Guru sekarang dengan guru dahulu jauh sangat bezanya...Cikgu dahulu boleh kemana sahaja...serba boleh...jadi imam boleh...baca tahlil boleh...Cikgu sekarang...semua tak boleh...jadi imam pun geleng kepala!!"
wallahua'lam
Jumaat, 8 Januari 2010
Guru Dulu Dan Sekarang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan