Kecoh-kecoh pasal guna nama Allah.
Penerangan tentang guna nama Allah ni rasanya ramai ustaz-ustaz dah kan..Secara peribadi saya juga setuju dengan mewujudkan satu peraturan baru untuk melarang penggunaan perkataan Allah ini buat agama lain di Malaysia. Dan bukan perkataan Allah sahaja malah perlu dibabitkan dengan perkataan-perkataan lain yang dianggap boleh menjurus memesongkan pegangan aqidah umat Islam Malaysia seperti sajadah, Makkah dan sebagainya.
Namun saya tidak setuju kiranya ia hanya berhenti setakat ini sahaja. Perlu ada tindakan selanjutnya diambil. Pada saya peraturan semata-mata tidak akan menjamin masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah kristianisasi. Perlu ada tindakan lanjut khususnya penerapan ilmu agama yang lebih mendalam dan ditekankan dengan lebih sempurna sama ada diperingkat sekolah mahupun universiti. Pihak Jabatan Kemajuan Islama Malaysia (JAKIM) dan Jabatan-Jabatan Agama di Setiap Negeri di Seluruh Malaysia serta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya mengambil tindakan bersama kearah menerapkan kefahaman agama yang lebih mendalam kepada masyarakat. Saya percaya dengan penerapan ilmu yang sebenar akan dapat membantu masyarakat Islam daripada terpengaruh dengan dakyah-dakyah kuffar. AJK Masjid dan Surau sepatutnya menggunakan kesempatan daiatas kes ini untuk melipat gandakan kuliah dan ceramah di Surau Dan Masjid. Pihak Jabatan Agama sepatutnya segera memberikan kebenaran kepada para ustaz yang ikhlas dalam berdakwah untuk menyampaikan mesej agama yang sebenar. Tolaklah fahaman politik yang sempit demi agama. Kementerian Pelajaran sepatutnya membuat kajian dan penambahbaikan ke atas ilmu aqidah yang diajarkan dalam subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Menengah. Kemenbterian Pengajian Tinggi pula sepatutnya mengarahkan seluruh universiti swasta dan kerajaan agar mewajibkan setiap pelajarnya mengambil m,ata pelajaran pendidikan Islam. Setiap universiti tentunya punyai kepakaran dalam menggubal silibus berkenaan. Kementerian Pelajaran mungkin juga boleh menjadikan subjek pendidikan Islam ini sebagai subjek wajib bagi semua peperiksaan utama agar para pelajar lebih mengambil berat akan ilmu akhlak, aqidah dan feqah ini.
Sekiranya ilmu yang diberi bewrjaya menanam aqidah yang mantap, saya percaya dan yakin masyarakat Islam tidak akan mudah terpedaya dengan 1001 dakyah yang di datangkan dari mana-mana pihak. Malah pihak kristian yang menggunakan kalimah Allah ini pula yang akan gusar takut-takut penganut mereka yang akan bertukar kepada Islam. Ini lebih baik dan utama berbanding mengenakan undang-undang yang amat terbatas. Masyarakat Islam yang memahami Islam Sebenar tidak mungkin menjual agamanya...tidak mungkin menjual negaranya. Hanya kembali kepada Islam ianya akan selesai.Perlaksanaan undang-undang hanyalah terbatas..Kita mungkin boleh haramkan melalui cetakan di majalah atau akhbar...tetapi bagaimanapula dengan tulisan-tulisan mereka di internet? tentunya kita menghadapi kesukaran untuk membendungnya. Malah media cetak yang diharamkan oleh KDN juga kadang-kadang mudah didapati dipasaran. Kalau begitu sukarnya usaha ini tak dapat tidak untuk membendungnya hendaklah diterapkan kefahaman agama dengan sebenar-benarnya tanpa disekat sedikit pun...malah kalau nak yang terbaik lagi...laksanakan sahaja undang-undang Allah...tentulah segala permasalahan akan hilang akibat rahmat Allah yang bakal diturunkan. wallahua'lam
Isnin, 11 Januari 2010
Guna Nama Allah....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan