Kau masih tersenyum mengubat lara serindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita dipangkuan isterimu Humairah
Menunggu.... saat ketikanya diangkat roh mu bertemu yang Esa
Tangan dicelup dibejana air kau sapu dimuka mengurangkan pedih...
Beralun zikir menutur kasih pada ummah dan akhirat....
Dan tibalah waktu ajal bertarung penuh ketenangan jiwa mu berlalu
Linagan.... air mata syahdu ini pemergian mu........
Oh sukarnya untuk ummat menerima bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia....kan mati akhirnya.....
Tak terlafas kata mengungkap hiba gerhanalah seluruh semasta...
Walaupun kau telah tiada bersemarak cintamu selamanya....
Ya Rasululullah.... Kau tinggalkan kami warisan yang abadi....
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu.....
INTEAM
Sabtu, 27 Februari 2010
PEMERGIANMU
Khamis, 25 Februari 2010
Perarakan Maulidur Rasul : Ulasan Us. Zaharuddin
Berikut saya nyatakan ulasan Us. Zaharuddin Abd Rahman berkenaan Perarakan Maulidur Rasul Moga ianya mendapat membuka minda kita semua tanpa prasangka dan prejudis. Buanglah sikap politik kepuakan dan ambillah jalan agama yang lebih selamat. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua.-Raihan
Baru-baru ini timbul sedikit pertikaian apabila disebut kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Ia dijadikan isu politik oleh ahli politik. Walaupun telah dijelaskan bahawa hal itu tidak benar, saya suka untuk mengulas amalan tersebut dari perspektif bukan politik kepartian, tetapi melalui perspektif yang sedikit berbeza. Adakah jika benarlah dibatalkan perarakan itu, adakah ia merupakan satu isu besar dari sudut agama serta tanda tidak menghormati baginda Rasul dan Islam?
Seumur hidup saya, saya belum dan tidak pernah menyertai kumpulan perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul. Saya tidak berhasrat untuk membicarakan persoalan perbezaan dan perdebatan hukum tentang perarakan seperti itu. Saya kira hal ini setiap tahun akan menjadi polemik dan kerap dijadikan bahan perdebatan yang akhirnya menjadi medan memperlekeh antara satu sama lain atau lebih buruk, menyemai titik kebencian di antara satu sama lain. Saya ada pandangan dan pendirian dalam hal sama ada bid'ah atau tidak sebuah perarakan Maulidur Rasul, Namun cukuplah memadai tulisan-tulisan dari mereka yang telah mengulas panjang lebar.Tulisan ini hanya saya sasarkan untuk kita sama-sama fikir dan fahami tentang keutamaan atau yang ‘sepatutnya' sahaja.
Sebagaimana kita tahu dan faham, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya bertujuan untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w atau yang lebih penting adalah perlantikan baginda menjadi Rasulullah. Setakat mengenang tarikh kelahiran semata-mata tanpa mengenengahkan inti risalah, mesej dan perjuangan yang dibawa oleh baginda Nabi adalah suatu kesilapan dalam pendekatan dan memahami keutamaan.
Justeru itu, bagi mereka yang TEGAS berpegang kepada KEHARUSAN menyambut Maulidur Rasul, atas alasan-alasan yang mereka yakini, aktiviti yang paling wajar ketika itu tentunya adalah semua jenis majlis yang mengenengahkan inti perjuangan Nabi seperti mengajak kepada tauhid Allah dan menjauhi syirik, meyakini akhirat dan hidup di atas dunia bersesuaian dengan keyakinan tersebut, mematuhi hukum-hakam dalam bidang hubungan manusia dengan manusia sama ada dari sudut akhlak, nikah kahwin, muamalat kewangan dan hukuman jenayah.
Ruang inilah yang perlu dimaksimumkan ketika menyambut Maulidur Rasul. Itulah tanda kita sedang benar-benar memperingati baginda. Itulah sebuah penghargaan dan syiar yang benar-benar tepat mengenai sasaran sebuah sambutan terhadap baginda Nabi. Kerana itu juga merupakan inti dan kandungan perjuangan Rasulullah yang mulia selama 23 tahun kehidupannya sebagai seorang Rasul dan Nabi terakhir bagi seluruh bangsa manusia.
Jika demikian, bagaimana cara untuk mengengahkan semua itu kepada masyarakat? Sambutan maulidur Rasul sangat mesti mensasarkan objektif mengajar mereka yang belum tahu, mengingat mereka yang lupa, mengukuh pegangan mereka yang telah dan masih ingat serta membetul mereka yang tersasar dari kehidupan yang ditunjuk oleh Rasul mereka.
Kita ingin menyambut Maulidur Rasul dengan mengembalikan ingatan masyarakat kepada tatacara kehidupan yang layak untuk mendapat belas Allah dan syafaat Nabi di akhirat.
Persoalannya, adakah sebuah perarakan dengan pakaian seragam, mengangkat sepanduk puji-pujian, sambil berselawat mampu membawa kita ke arah objektif itu? Jika itulah upacara utamanya, saya kira ia benar-benar sebuah antiklimaks serta TIDAK memberi banyak manfaat dari sudut akhiratnya, di tambah pula lagi di ketika wujudnya pertikaian pada sambutan Maulidur Rasul itu sendiri. Jika begitu, apa yang patut dibuat?
Bagi saya, banyak perkara yang lebih utama, wajar dan tepat untuk dilakukan. seperti program kuliah dan ceramah sama ada di peringkat masjid, surau, sekolah, universiti sememangnya sudah tentu menjadi pilihan utama. Kerana itulah satu cara yang terulung dan paling klasik dalam menyampaikan sebuah mesej untuk mengingat, menegur, meneguh dan membetul.
Memang benar, sebahagian besar perkara di atas memang sudah menjadi amalan, namun apa yang perlu diubah adalah cara dan kaedah itu masih tidak diketengahkan dan dijadikan sebuah klimaks sambutan Maulidur Rasul. Sebaliknya ia hanyalah inisiatif kecil-kecilan pihak-pihak tersebut sahaja, sedang ruang dan peluang yang dipunyai oleh pihak pemerintah sama ada negara atau negeri menunjukkan mereka punyai ruang kuasa yang jauh lebih besar.
Justeru, gunakanlah kuasa itu untuk membesar skala program yang lebih patut diatas, jangan dibazir dengan sebuah perarakan tanpa mesej yang jelas
Biasanya coverage program-program ceramah terlalu kecil, berbadning sebuah perarakan yang diwajibkan setiap jabatan kerajaan menghantar wakil.
Adalah lebih tepat jika pihak kerajaan pusat menggunakan ruang Televisyen untuk memasuki rumah jutaan rakyat bagi menyampaikan mesej perjuangan Rasulullah, syarikat gergasi GLC dan swasta wajar boleh menyumbangkan sedikit dari keuntungan mereka untuk menaja program-program kesedaran di ruang TV. Itu yang sepatutnya berbanding memberi tajaan kepada peraduan yang entah apa-apa dan konsert penuh maksiat.
KEPELBAGAIAN DAN KREATIVITI
Jika ingin menarik minat pelbagai latarbelakang, muda dan tua, berpendidikan tinggi dan rendah. Saya kira kreativiti diperlukan untuk mempelbagaikan majlis penyampaian mesej dan risalah Rasulullah itu. Konsert Islam seperti Konsert Maulidur Rasul berserta selingan nasihat dan ceramah ringkas mungkin munasabah walau ditentang oleh beberapa pihak yang menolak nasyid secara total. Majlis sebegitu jauh lebih baik berbanding perarakan beserta selawat tanpa sebarang ingatan dan nasihat.
Atau boleh juga kita menunjuk syiar Islam dan kecintaan kepada Rasul, melalui perhimpunan mega seluruh kakitangan kerajaan negeri dan jabatannya di sebuah stadium, tidak perlu berarak, apa yang perlu adalah duduk mendengar dan menghayati mesej-mesej dari sang penceramah berwibawa atau melalui forum, atau boleh beserta selingan nasyid. Majlis penaugerahan tokoh boleh diteruskan. Majlis peringkat kebangsaan boleh disiar secara langsung di televisyen, bagi menambah jangkauan liputan kepada mereka yang lebih suka berada di rumah.
Hari tersebut juga perlu disambut dengan usaha menutup pusat-pusat hiburan dan rancangan hiburan di media yang jelas bertentangan dengan mesej dari kebangkitan Rasulullah.
Itulah tugas seorang pemimpin disemua peringkat, rumahtangga, masyarakat, negeri dan negara. Lagi besar kuasanya, lebih besar tanggungannya di sisi Allah.
Nabi s.a.w bersadba :
ما من أمير يلي أمور المسلمين ثم لا يجهد لهم وينصح لهم إلا لم يدخل معهم الجنة
Ertinya : Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya dari kalangan Muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh dalam untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak memasuki syurga ( Riwayat Muslim)
Atau dalam riwayat lain disebut hukumannya sebagai
فلم يحطها بنصحه لم يجد رائحة الجنة
Ertinya : dan apabila mereka tidak menasihatkan rakyatnya dengan nasihat kebaikan, nescaya diharamkan baginya bauan syurga (amat jauh dari syurga sehingga bauannya pun tidak diperoelhi apatah lagi syurga itu sendiri)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, menurut pandangan saya, sambutan Maulidur Rasul melalui perarakan walau ia telah dilaksana turun temurun di Malaysia, ia tidaklah mampu menunaikan hak baginda Rasullullah dan Islam itu sendiri. Ia jelas, tersasar dari objektif utama perjuangan Rasulullah, apa yang sepatutnya lebih ditumpukan dan disalurkan peruntukan besar adalah program meningkat kesedaran terhadap inti perjuangan dan mesej Islam.
Justeru, jikalau ada mana-mana negeri yang membatalkannya sekalipun lalu diganti dengan sebuah acara yang lebih menepati maksud sambutan Maulidur Rasul seperti himpunan ceramah dan sebagainya, ia adalah lebih baik.
Semoga kita semua mampu lebih beringat dan faham mesej perjuangan baginda Rasulullah bersempena sambutan hari lahir baginda.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Rabiul Awwal 1431 H
19 Feb 2010
Rabu, 24 Februari 2010
Perutusan Maulidur Rasul dari Tn Guru Prof. Dato’ Dr Haron Din : Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan
MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.
Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.
Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.
Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengan cara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.
Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun ‘pengharaman arak’ untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.
Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.
Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan.”
Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.
Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.
* Dato’ Dr Haron Din
Isnin, 22 Februari 2010
Aktiviti Lepas SPM
Lepas saya berhenti kerja kilang...saya cadang nak masuk pondok. Belajar agama dalam-dalam kat pondok...tapi masa tu, keluarga tak mengizinkan. Kebetulan pula ayah saya sedang sakit...adik semua sambung belajar...
tahun 1997 memang agak teruk...masa tu ekonomi Malaysia tengak merudum teruk...ramai lepasan Universiti tak de kerja. Masa tu la saya mula belajar berniaga. Berniaga secara kecil-kecilan. Saya jual kuih-muih, nasi lemak dan bihun di sebelah pagi. Petang nya pula mengajar al-Quran dari rumah ke rumah.
Pertama kali jual memang rasa malu...ye la...tak pernah berniaga...memang le macam tu...tapi lepas dua hari...alhamdulillah. Kuih biasanya ada orang hantar..saya cuma ambil percent sahaja.
Nas pula kerja di Pasaraya. Masa saya jual kueh, kalau hari sabtu atau ahad...abang Man mesti datang beli nasi lemak yang saya jual...terkejut juga saya...kalau saya datang ke Institut GPMS mereka tanya :"Raihan nasi lemak ada lagi tak ??"
Duit jual nasi lemak saya simpan dan bagi pada mak...saya pun tak xde apa-apa yang memerlukan saya kepada duit...Petang mengajar mengaji di rumah orang...Dapat la sikit...dan duit tu saya guna untuk belajar di beberapa tempat secara sambilan.
Selang beberapa bulan kemudian, Nas datang ke rumah :"Assalamualaikum, Raihan..Nampaknya ni minggu last aku jumpa hang..."
"Kenapa? " tanya saya
"Aku dapat sambung belajar lah...Aku akan pergi ILP KL Isnin ni....aku doakan nanti hang pula akan sambung belajar" Kata Nas lagi
"Alhamdulillah...tahniah la Nas". Jawab saya
Dalam mengisi masa lapang, setiap minggu saya akan pergi ke Institut GPMS bagi mengisi slot kuliah subuh dalam aktiviti yang mereka anjurkan.
Selang minggu depannya pula saya pula mendapat surat tawaran menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar.
Mungkin ianya adalah berkat doa daripada kedua orang tua saya.
Masa belajar kat Poli...memanglah saya rasa agak tidak selesa...maklumlah...dah lama tak belajar...
Kat Politeknik...saya tak aktif langsung...saya berulang alik dari rumah ke Politeknik. Ayah masa tu sadang sakit...saya perlu sentiasa ada kat rumah untuk tengok-tengokkan ayah...Bawa ayah ke Hospital...urut ayah..Jaga orang sakit ni kena banyak sabar...apatah lagi ianya melibatkan orang yang tua. Orang tua biasa lah...
Pernah satu kali...waktu final exam...saya langsung tak boleh nak study dek disebabkan ayah yang sentiasa sakit dan perlukan perhatian...Orang lain sibuk study masa tu...tapi saya sepanjang malam bersengkang mata untuk jaga ayah...ayah kata: "Abah kesian tengok kamu...ayah doakan moga kamu dapat jawab soalan esok dan semoga kamu lulus dalam peperiksaan".
Memang la...doa ayah itu makbul dan ia menjadi kenyataan. Saya dapat jawab soalan esoknya walaupun saya tak baca buku...Allah Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya.
Saya tidak hendak sangat bercerita panjang tentang diri ini...Saya bersyukur ke hadrat Allah...rupa-rupanya lambatnya saya menyambung pengajian ada hikmah yang bersar yang Allah kurniakan kepada saya. Saya rasa cukup bertuah kerana saya dapat menjaga ibu dan ayah sedang adik beradik yang lain sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sibuk dengan keluarga masing-masing...mereka hanya mampu datang menjenguk. Ayah tidak pasti lagi akan berapa lama hayatnya...Sesungguhnya Allah kurniakan kepada saya peluang untuk menjaga kedua orang tua saya...Jika saya sambung belajar terus dahulu...mungkin masa ayah sedang sakit...hanya ibu seorang yang melihatnya...kesian ibu...ibu yang sentiasa prihatin pada keluarganya. Adanya saya...boleh juga tengok-tengokkan ayah...tolong urut dan picitkan kepalanya...sapukan ubatnya dan bawa berbual bagi mengisi kerungsingan di kepalanya.
Ketika di Hospital...saya dan ibu bergilir-gilir menunggu ayah di wad. Kadang-kadang...bangun pagi, lepas solat di Surau Hospital...saya terus bergegas ke Kelas. Itulah rutin harian ku selama beberapa bulan. Adik-beradik yang lain tentunya tidak memahami situasi itu...mereka tidak merasai situasi itu...
Sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani amat memahami situasi itu..dan Allah telah mentakdirkan agar ayah pergi buat selama-lamanya pada hari Jumaat yang mulia sebelum Asar. Waktu tu saya solat jumaat di Masjid Negeri, ayah sempat berpesan agar saya kirimkan salamnya pada rakan lamanya Sheikh Mohd Nor Mansor al Hafiz yang pada masa itu merupakan Imam Besar Masjid Negeri Perak. Ketika saya pulang ke rumah, ayah mula menunjukkan tanda-tandanya...aku dan ibu segera mengajarkan kalimah tauhid kepada Ayah..tidak lama kemudian...ayah jatuh terkulai di pembaringan...dalam situasi gawat itu, saya cepat-cepat merasakan detik nadi di lehir ayah...denyutan nadi itu masih bergerak...badannya agak panas sedikit...Saya segera pergi keluar meminta bantuan orang untuk membawanya ke hospital. Rumah Cikgu Raof saya ketuk berulang-ulang kali dan memaklumkan kepada Cikgu Raof. Cikgu Raof segera datang kerumah dengan kereta proton Iswaranya memangku dan membawa masuk ayah untuk ke Hospital...Sepanjang perjalanan kami tidak putus-putus membacakan al fatihah dan mendoakan ayah. Di Hospital Ipoh, ayah segera dimasukkan ke wad kecemasan dan diberi rawatan sepenuhnya oleh doktor bertugas. Ibu berada disamping ayah ketika para doktor melakukan rawatan sedang saya segera ke pondok telefon memaklumkan semua ahli keluarga akan berita mencemaskan ini.. Selang 45 minit kemudian, ibu datang kepadaku sambil mencucurkan air mata dan aku faham akan apa yang berlaku...Doktor memaklumkan kepada saya yang mereka telah mencuba sedaya upaya dan situasi ayah yang lemah serta takdir Allah telah menentukan segalanya.
Ayah telah kembali kepada Allah buat selama-lamanya. Berita ini turut saya sampaikan kepada abang saya yang berada di Mesir dan dia turut bergegas pulang ke Malaysia pada hari tersebut juga.
Pemergian ayah sesungguhnya telah meninggalkan satu kenagan pahit dalam hidup saya memandangkan ayah seorang yang banyak mengajar kami mengenal kehidupan...ayah secara tidak langsung telah melatih kami dalam banyak perkara dalam agama. Sebelum pergi...ayah sempat mengarang dua buah kitab untuk tatapan kami sekeluarga. Kitab pertama adalah berkaitan aqidah dan tasawwuf manakala kitab kedua berkisar hal-hal berkaitan ibadah.
Ayah pergi pada hari yang terbaik. Hari raya mingguan ummat Islam. Moga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Jenazah ayah turut dikunjungi oleh Almarhum Ust Dato' Abdul Rahman al Mubarak (ahli Majlis Fatwa Negeri Perak yang juga ayah kepada kawan saya Us Husni)
Sabtu, 20 Februari 2010
Jangan Jahil Tentang Umpatan
Artikel ini adalah satu penerangan ringkas tentang umpatan. Pada asasnya mengumpat merupakan satu tindakan menceritakan perihal sesuatu perkara yang benar tentang seseorang atau sesuatu kejadian. Ini bersandarkan hadis baginda rasulullah s.a.w :-
Berdasarkan pengertian hadis ini jelas menunjukkan apa-apa cerita benar atau laporan benar tentang sesuatu kejadian adalah juga dikira sebagai umpatan. Manakala seandainya sesuatu cerita itu direka-reka dan dikaitkan dengan seseorang maka ianya adalah satu pendustaan dan FITNAH. Menurut para ulama', mengumpat tidak hanya tertumpu kepada cerita-cerita perihal seseorang, malah ianya juga dikira mengumpat dengan menceritakan keburukan atau kecacatan fizikal yang ada pada seseorang. Mengumpat juga tidak hanya dengan menggunakan mulut dan lidah malah mengumpat boleh juga berlaku dengan riak wajah seperti memuncungkan mulut, menjuihkan bibir, pergerakan mata yang umumnya pihak yang melihat tahu siapakah orang yang dimaksudkan dalam perbuatan tersebut. Mengumpat juga boleh berlaku dalam tulisan di dada akhbar, majalah dan internet sama ada melalui blog, laman sesewang, face book dan sebagainya. Segala bentuk perbuatan ini adalah dikira mengumpat.
Persoalannya adakah mengumpat itu dibenarkan atau tidak?
Umpatan atau laporan perihal keburukan seseorang yang mana orang tersebut tidak mengetahuinya mahupun diketahuinya jika dilakukan bertujuan untuk mengaibkannya sedang dia seorang hamba yang barangkali akan bertaubat adalah merupakan satu perbuatan yang HARAM. Ini kerana asas hukum bagi mengumpat ini adalah HARAM berdasarkan ayat berikut:-
dalam satu ayat yang lain Allah menyebut:-
Sungguhpun begitu, Islam bukanlah agama rigid yang mengikat penganutnya dengan seribu penjara PENGHARAMAN. Setiap perkara yang Haram adakalanya Harus berdasrkan ketetapan dan petunjuk rasulullah. Sungguhpun perbuatan mengumpat ini Haram, dalam keadaan tertentu ianya di HARUSKAN. Umpatan yang diharuskan ini dilakukan bagi mendapatkan keadilan. Sekiranya Umpatan ini Haram SERATUS PERATUS, maka tidak perlulah buat laporan polis keatas kecurian yang berlaku, sedangkan membuat laporan polis merupakan satu umpatan yang dibenarkan demi mendapatkan keadilan. Demikian juga mendapatkan khidmat kaunseling mahupun aduan-aduan di pejabat nikah cerai atau dimahkamah kesemuanya itu merupakan umpatan dan ia adalah dibenarkan dalam mendapatkan keadilan. Terlalu banyak kisah dan petunjuk nabi perihal masalah ini.
Selain itu, mengumpat juga dibenarkan dalam usaha mencegah sesuatu keburukan yang berlaku. Bagi mereka yang menyokong dan pengamal maksiat yang sedia difahami dan dimaklumi. Malah para penyokong dan pelaku Maksiat ini bangga dan terus terangan menyampaikan fahaman dan ajaran salahnya sama ada melalui perbuatan, tulisan, ceramahnya, konsertnya atau apa sahaja. Para pengamal Maksiat ini tidak lagi HARAM untuk DIUMPAT. Ini bersandarkan perintah rasul s.a.w :-
Mengumpat juga dibenarkan dengan tujuan untuk mendapatkan fatwa atau memberi fatwa berhubung sesuatu permasalahan.Malah mengumpat dibenarkan sebagai satu kaedah untuk mengigatkan kaum muslimin agar tidak terjebak dengan perbuatan mungkar dan maksiat. Mengumpat turut dibenarkan keatas orang-orang yang bermegah dan berbangga ke atas maksiat yang tidak malu menentang hukum dan agama Allah sepertimana sabda nabi s.a.w :-
Terlalu banyak hadis-hadis yang menerangkan dengan jelas manakah umpatan yang HARAM dan makah pula bentuk-bentuk umpatan yang di HARUS kan.Jangan DIKERANAKAN JAHIL AGAMA...Semua umpatan diHARAMnya.. Sesungguhnya di zaman fitnah ini orang sudah tidak dapat membezakan manakah yang benar dan batil dan seringkali kita tertipu dengan perbagai bentul racun-racun fitnah yang berleluasa. Ulama' yang adil dicerca dan ditohmah sedangkan para pelaku maksiat diagung-agungkan dan diangkat sebagai pembawa kebenaran. Sungguhpun Islam membenarkan umpatan keatas ahli Maksiat, namun umpatan tidak lebih hanya bertujuan untuk menegur atau mengelakkan ummat Islam dari terus terjebak dengannya. Seandainya pihak yang dimaksudkan itu telah bertaubat, ketika itu umpatan kejahatannya Haram diceritakan kerana Islam mengajarkan setiap muslim berkasih kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. Kita tidak boleh membenci batang tubuh manusia selamanya...yang hanya dibenci adalah sikapnya yang menentang Allah dan rasul...apabila dia telah kembali kepada Allah dan Rasul maka wajib diterima perdamaian dan Haram diceritakan keburukannya yang lampau. Wallahua'lam
Rabu, 17 Februari 2010
Mari Megenali Ulama: Tuan Guru Dato' Prof Dr Haron Din
Tuan Guru Dato' Prof. Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.
Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.
Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.
Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.
Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.
Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.
Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.
Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.
Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .
Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.
Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.
Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.
Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan. Us Haron Din merupakan pengasas dan penasihat utama Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Darussyifa'. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dan pengubatan, beliau telah banyak membantu masyarakat dalam menjawab persoalan fiqh. Us Haron Din terlibat secara langsung dalam penerbitan teks silibus pendidikan Islam Pasukan Polis Diraja Malaysia dengan buku bertajuk: Manusia Dan Islam. Us Haron juga banyak memberi khidmat nasihat kepada masyarakat dan orang perseorangan termasuk Kerajaan Malaysia dalam hal-hal yang melibatkan bala bencana. Tugas beliau selaku ulama' kini telah memungkinkan beliau membantu dalam mengislamkan ramai saudara baru disamping membantu ribuan masyarakat yang menghadapi perbagai masalah kesihatan. Pada hari selasa merupakan hari khas rawatan bersama beliau di Darussyifa' Bangi dimana pada hari tersebut, dianggarkan lebih 500 orang hadir untuk mendapatkan rawatan perbagai penyakit. Namun demikian, Us Haron hanya akan mendoakan bagi 200 oarang pesakit pertama sahaja. Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah selamanya buat Tuan Guru tercinta atas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada masyarakat Malaysia, negara dan seluruh ummat Islam di dunia yang mendapat khidmat bantuan Tuan Guru. Moga Allah tempatkan Tuan Guru di kalangan hamba-hambanya yang benar dan ikhlas.
Tuan Guru sedang merawat pesakit di Darussyifa'
Tuan Guru Dato' Prof. Dr Haron Din dalam satu majlis mengislamkan saudara baru
Ketegasan Tuan Guru dalam menegakkan hukum amat dikagumi
RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Maulidurrasul:Adab & Akhlak
Membaca akhbar-akbar perdana kini kerap menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan akan tidak melaksanakan perarakan maulidur rasul pada tahun ini dan majlis ini digantikan pula dengan satu perhimpunan . Sebagai orang luar, saya tidak tahu apa permasalahan sebenar dan isu sebenar dan tulisan ini bukan untuk mengulas isu yang berlaku di Pulau Pinang. Ia hanya pandangan saya semata-mata terhadap sambutan maulid yang dilaksanakan setiap tahun itu semata-mata. Saban tahun, tanggal 12 Rabiul Awal akan diadakan sambutan maulid yang bertujuan mengajar rakyat agar sentiasa memperingati rasulullah dan perjuangannya. Sambutan yang dibuat turun temurun ini merupakan satu adat yang digalakkan dalam Islam sebagai satu cara menanam semangat dan cinta pada Rasulullah s.a.w.
Adat-adat sebegini amat ditentang oleh kelompok wahabiy. Para ustaz Wahabiy amat tidak setuju majlis-majlis dan cuti pada hari tersebut dengan melabelkannya sebagai Bid'ah. Ini kerana nabi sendiri tidak pernah menyambut ulangtahun kelahirannya. Malah para sahabat juga tidak pernah melakukan demikian. Melakukannya adalah merupakan satu pengagungan yang melampau keatas makhluk...itulah hujjah mereka !!! Kata mereka lagi melakukan perarakan dan sambutan di atas kelahiran nabi juga merupakan adat bid'ah yang dilakukan oleh kaum dan pelampau fahaman syiah...Inilah hujjah wahabiy...Perayaan dengan mengistiharkan cuti pada hari kelahiran nabi sememangnya tidak berlaku di zaman rasulullah dan para sahabat...namun, disebabkan ummah hari ini yang makin jauh dengan petunjuk nabi...maka satu inisiatif yang baik agar ummat berterusan mengingati seterusnya menghayati perjuangan nabi maka pemerintah dan atas nasihat ulama' telah memutuskan agar diadakan satu cuti khas dan diadakan pengisian yang baik bagi mencapai matlamat tersebut.Kaedah usul fiqh menetapkan satu-satu adat yang baik adalah diterima dalam Islam...tetapi ingat juga adat yang mendatangkan maksiat adalah HARAM sungguhpun pada asalnya ia nya adalah baik. Di negara kita dan dikebanyakan negara di nusantara, biasanya pada hari tersebut diadakan majlis perarakan sambil berselawat dan membawa sepanduk yang tertulis kata-kata yang memuji nabi. Di masjid dan disuraunya pula diadakan ceramah agama yang menceritakan perihal nabi. Hampir setiap tahun inilah agenda yang diadakan. Pada pendapat saya, masyarakat kini bukan seperti masyarakat dahulu....masyarakat kampung yang akan terkenang dengan adanya perarakan-perakan...sepatutnya agenda penyampaian dakwah ini perlu diubah kepada aktiviti yang lebih bermanfaat dan memberi kesan. Barangkali dakwah perdana dengan pengisian majlis ilmu yang lebih mantap, qiamullail, hiburan islam yang menitikkan pemisahan lelaki dan wanita atau apa-apa sahaja yang dilihat dapat meningkatkan kefahaman islam dan keperibadian perlu ditonjolkan bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap hari-hari kebesaran Islam. Kaedah yang lebih kreatif perlu dilakukan dalam penyampaian mesej dakwah ini. Lihatlah bagaimana satu jemaah al-Arqam satu ketika dahulu dengan gaya kreatifnya dapat menarik ramai pengikut untuk mengikutinya...malah kelompok-kelompok terpelajar turut terpengaruh dengan kaedah dakwah yang kreatif yang dibawa mereka. Mereka berjaya membuang tanggapan salah masyarakat perihal pakaian Islam, tudung dan jubah...malah niqab. Mereka berjaya membawa mesej syariat ini tidak membawa kemunduran sebaliknya syariat inilah yang membawa kemajuan. Slogan 'Dunia Baru Islam" mereka kedengaran disana-sini. Gaya dakwah menyeluruh ini telah membantu masyarakat tidak melihat Islam pada ruangan yang sempit...tidak hanya berarak...berarak...dan berarak... dalam berarak tertinggal juga solat zohor...jumaat nanti akan ada juga majlis perarakan ini...takut dek sibuk berarak...tertinggal pula nak solat jumaat!! Perbagai alasan diberi untuk tak nak solat jumaat..."baju aku berpeluhla...macam mana nak solat ni.." "tak pasti seluar ni bersih ke tidak.." dan macam-macam lagi...Ini kerana setiap kali majlis maulid kita buat perakan, bila awal muharram pun buat perarakan.....apakah kita ini cukup dengan perarakan semata-mata? Sedang perarakan maulid bukanlah sunnah nabi..sedang majlis ilmu itu adalah sunnah nabi yang amat digalakkan.Kenapa kita melakukan perbuatan yang bukan dari nabi dan meninggalkan perbuatan yang terang-terangan bersumber dari nabi sedang perbuatan yang nabi tak buat itu kita dakwa untuk nabi. Bukankah ianya merupakan satu yang amat pelik? Jika benar kita mencintai nabi banyak lagi sunnah nabi yang perlu ditegakkan dan diperkenalkan...Kita berarak tapi dalam perarakan ada campur baur antara lelaki dan perempuan...yang berarak kumpulan lelaki sedang pemengang sepanduknya wanita...wanita dieksploitasi dalam medan yang kononnya dakwah...ini bukan dakwah tapi dakyah!! Sedang si wanita pula berpakaian hanya cukup menutup aurat tetapi tidak menepati kaedah menutup aurat yang disyariatkan Islam!!Apakah rasionalnya majlis perarakan sedang peserta perarakan juga tidak memahami Islam dan sepanduk yang dibawa...Berarak hanyalah satu perbuatan kosong yang tidak membawa erti apa-apa...hanya berseronok dan bersorak dalam majlis yang bercampur baur antara lelaki dan perempuan. Jika dahulu, elemen perarakan mungkin dapat diterima sebagai satu cara dakwah...namun, pada hari ini kaedah ini mungkin boleh diubah-suai agar mesej dakwah itu dapat dihayati...Jika kita hanya berarak dan bersorak...bukankah ia menghabiskan masa dan duit ?? Pahala yang dicari tentu dosa yang diperolehi akibat tindakan yang tidak menepati al-Quran dan Assunnah.. Mungkin benar juga kata golongan Wahabiy yang menghujah: " Perarakan maulid adalah bid'ah yang mendatangkan dosa yang besar kerana ia melalaikan masyarakat kepada satu perbuatan yang sia-sia...dengan berarak ke sana-kesini sedang orang yang berarak sendiri tidak memahami sepanduk yang dibawa..."
Saya tidak kata berarak itu salah, kerana setiap perkara dan perbuatan itu tidak salah dan berdosa kecuali ada unsur-unsur yang membawa kepadanya. Berarak itu mungkin boleh dijadikan satu kaedah dakwah...tetapi ianya perlulah dilakukan dengan kaedah yang lebih realistik dan tidak hanya berarak sepertimana masa-masa sebelumnya...hendaklah diperbagaikannya dan jika perlu diubah...ubahlah dengan kaedah yang lebih menarik dan kreatif sesuai dengan al-Quran dan Al-Sunnah serta keadaan semasa masyarakat kini. Kaedah dakwah jika masih statik seperti dahulu dikhuatiri Islam hanya dikenali melalui perarakannya sahaja yang dilakukan bukan kerana ingin memperingati nabi...tetapi dilakukan kerana ianya dilihat sebagai adat yang boleh menguntungkan negara semata mata...melalui kontrak baju...kontrak sepanduk...kontrak gerai serta penarikan pelancong semata-mata..Jika inilah yang berlaku...maka tindakan sedemikian pastinya tidak mendatangkan kesan disanubari ummat Islam. Kepada Alah kita berdoa agar kita sentisa dikurnia kemaafan diatas kesilapan demi kesilapan ini dan moga Allah kurniakan hidayah kepada kita semua agar tindakan yang benar sentiasa berjaya. Wallahua'lam
Jumaat, 12 Februari 2010
Aduka Taruna: Akibat Kejahilan Memahami Agama...
Kisah Aduka Taruna yang ditangkap polis akibat menghina Sultan dilihat dalam perbagai perspektif oleh banyak pihak...namun melihat tulisan-tulisannya di internet...jelas menunjukkan kejahilannya dalam memahami agama. Ops...tulis nama ni dah mengumpat ust!! Mengumpat ni DOSA !! Kata seorang hamba Allah yang berlagak alim tapi rupanya JAHIL JUGA dalam agama!! kesian-kesian
Saya tidak hairan akan kewujudan insan-insan sebegini kerana ia telah dicorakkan oleh mereka-mereka disana...media-media cetak dan elektronik serta golongan kelompok penyokong berfahaman WAHABIY serta mereka-mereka yang mendalami agama tanpa memahami intipati agama ini mereka menulis buku dan menulis di internet dengan gaya penulisan yang memukau pembaca sehingga mewujudkan golongan seperti Aduka Taruna ini. Mereka ini sanggup memfitnah para sahabat nabi termasuk isteri baginda yang tercinta.
Jika dahulu seorang ustaz yang merupakan bekas mufti menghina seorang ustaz yang lain hanya kerana sebuah hadis yang dia perselisihkan....berapa ramai pula golongan agama yang berfahaman Wahabiy ini yang secara terang terangan menghina pelajar agama keluaran PONDOK? berapa ramai juga kelompok ustaz Wahabiy ini yang menghukum kitab karangan Al-Hujjatul Islam al-Imam al Ghazali sebagai bid'ah dan mengandungi hadis mauduk ?? Berapa ramai para ustaz aliran wahabiy ini yang meminta agar dibuang sahaja kitab-kitab kuning kerana didakwa mengandungi Bid'ah dan sebagainya. Ulama yang ikhlas dihina sedang ulama yang sombong dibela...Jika sahabat nabi pun mereka hina apalah sangat dengan para ulama'? Hujjah mereka : " Dia hanya seorang ulama yang merupakan manusia biasa, bukan nabi yang maksum justeru tentu bisa sekali melakukan kesilapan"
Melihatkan porak peranda akhlak ini Saya teringant salah satu tanda-tanda akhir zaman iaitu apabila kelompok ummat(pada zaman ini) menghina kelompok ummat terdahulu"
Ingatlah...sungguhpun zaman ini canggih dan hebat...namun, kenyataannya ummat zaman terdahulu adalah lebih hebat pada penilaian agama. Insyallah satu artikel ringkas akan ditulis berkenannya kelak. wallahua'lam
Khamis, 4 Februari 2010
Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kematian ngeri lagi misteri membabitkan ahli keluarga. Kalau selang beberapa minggu yang lalu kita dikejutkan pembunuhan yang sama berlaku di Gemencih, kini berlaku di Terengganu pula. Aksinya hampir sama. Mangsanya juga ahli keluarga....Saya dapati kalau kes kematian membabitkan keluarga melayu, biasanya ia mesti berlaku sama ada akibat penagihan dadah atau rompakan...namun kes-kes sebegini yang melibatkan pembunuhan ahli keluarga yang dikatakan pembunuh merupakan anak yang baik tapi telah melakukan pembunuhan kejam...Dalam kes semalam, pembunuh mengaku diarah berbuat demikian oleh suara-suara tertentu....yang semua ini ada kemungkinan berkait rapat dengan makhluk halus. Ya, tak ade orang lagi mati kerana kena cekik dek hantu...!! tak de lagi kes-kes seperti dalam filem seram orang melayu...itu hanya dogengan semata-mata!!..tapi orang boleh mati akibat dibunuh oleh orang yang dirasuk hantu!!! ini adalah satu kenyataan yang tak dapat dinafikan...Namun, kes gangguan makhluk halus seperti histeria, sihir dan sebagainya tidak pernah ke tahap membunuh...saya percaya ada kemungkinan unsur lain yang menyebabkan kes pembunuhan ini berlaku. Kebarangkalian gangguan ini berpunca daripada aktiviti menuntut ilmu salah atau ilmu sihir yang dilakukan oleh sipenuntut menyebabkan akhirnya ia bertindak ganas sedemikian siapa yang tahu ?? Wallahua'lam. Saya juga tidak dapat mengiyakan kenyataan ini adakah ia punca kes pembunuhan sekeluarga yang berlaku semalam juga kes-kes yang seumpamanya....
Orang dahulu kata: "jangan belajar ilmu agama dalam-dalam sangat....nanti GILA ISIM!!" Ini adalah ungkapan yang TIDAK BENAR dan jauh menyimpang dengan konsep agama ini yang menyeru ummatnya agar menuntut ILMU!!... Sebenarnya bukan menuntut ILMU AGAMA yang menyebabkan seseorang itu GILA ISIM...tapi yang menyebabkan ia GILA ISIM adalah kerana menuntut ilmu salah lagi sesat yang dikaitkan dengan AGAMA sedang ia bukan bersumber dari AGAMA. Maka orang kampung mudah tertipu dan terhasillah ungkapan SYAITAN tersebut....wallahua'lam
Isnin, 1 Februari 2010
Blog ini hanyalah catatan dan pandangan peribadi saya. Ia hanyalah satu pandangan yang barangkali betul dan barangkali salah. Sesungguhnya yang benar tentulah dari Allah s.w.t. Terus terang saya nyatakan, saya tidak berniat untuk mengata dan mengutuk sesiapa tetapi coretan pandangan ini yang terkadang menyentuh individu tertentu adalah apa yang berlaku dan terjadi. Saya tidak mengutuk tetapi itu realiti yang berlaku. Mungkin ada yang terasa apabila orang yang mereka kenali ditegur dan demikian juga saya kerana saya kenal mereka dari aspek yang sedikit dan mereka mengenali mereka dalam aspek yang barangkali lebih luas lagi. Namun, kesilapan adalah satu kesilapan yang tidak boleh ditukar kesilapan itu kepada satu kebenaran. namun kesilapan boleh diterima selagi mana ada usaha untuk membetulkannya kembali. Kesilapan dan tersilap adalah satu perbuatan yang dimaafkan dalam agama.Hakikat perjuangan perlu dihahami dalam kaca mata Islam dan Aqidah. Ilmu mengenal Allah hanya akan tercapai dihati apabila aqidah diutamakan. Sungguhnya dalam ilmu aqidah ini ada tasawwuf dan syariah yang tidak boleh dipisah-pisahkan. GPMS,KPKPIM, KPKIP, GIM,PUM, ABIM, UMNO, BN, PKR mahupun PAS atau apa-apa nama pertubuhan baik dari sudut politik, kebajikan, pelajar atau apa-apa sahajalah hanyalah satu medium untuk kita galas dan laksanakan amanah ALLAH dimuka bumi ini.Saya akan ulas isu ini dalam tulisan yang akan datang. Moga ianya dapat difahami dalam suasana minda yang terbuka. Terima kasih juga atas teguran tertentu ke atas blog ini barangkali...disebabkan blog ini barangkali dikunjungi...maka penulis tidak lagi menyebut nama mereka yang berkenaan...moga Allah mengampuni dosa dan kesilapan penulis dan merahmati mereka yang sentiasa berpesan kepada kebenaran
Sekali lagi catatan pengalam ini menyambung perihal perjalanan hidup saya selepas SPM. Semasa di Kilang elektronik ni, seorang kakak tidak bertudung kepala serta berpakaian t-shir dengan jins ketatnya. Dah tiga hari dia kerja kat kilang ni. Dok pula depan saya!! Saya tanya: " Kenapa Kak tak pakai tudung?
Kakak tu tiba-tiba marah :"Woi!! Suka hati akulah nak pakai apa!! Bukan aku kacau sesiapa pun. Jangan suka tengok pada luaran!!! Akak ni luar jer macam ni tapi dalam elok...akak rocks...rocks memang macam ni!! Lagi pun buat ape la pakai tudung kalau hati jahat....suka mengumpat !! ngata orang !! buat apa pakai tudung kalau suka buat maksiat!! couple sana couple sini...akak macam ni tapi tak pernah buat semua tu..!!!"
Saya terdiam...masa tu bulan ramadhan. Saya kata "Bukan apa kak...sekurang-kurangnya...sempena bulan ramadhan ni...kak pakaila tudung....hormatilah bulan mulia ni kak". Dia mula marah lagi :"Ala adik....al-Quran pun tak tengok luaran apa al-Quran kata "Laikrohafiddeen"....Akak ni dalam ISLAM tau...nampak jer Rock tapi akak sokong Nik Aziz!!
Wow...hebat...bagi dalil lagi...hah..hah...
Ini lah ayat popular yang sering diutarakan oleh mereka yang menolak ajaran Islam. Mereka menggunakan ayat agama untuk menidakkan hukum agama!! Tindakan berani ini amat bahaya sekali. Tapi saya tak salahkan kak ni...dia mungkin dapat gambaran salah tentang hukum agama ini.
Esoknya saya beri sepucuk surat kepada kak ini. Saya tulis...saya mohon maaf banyak-banyak atas isu aurat ni...saya tahu kak sensitif...tapi saya tegur kerana saya orang Islam dan bertanggungjawab menegurnya. Tugas tegur ni bukan tugas ustaz, bukan tugas JAIP tapi tugas Semua !!
Pertamanya jangan akak HUKUM samakan orang menutup aurat dengan perbuatan buruk mereka. Sesungguhnya perbuatan maksiat yang mereka lakukan adalah satu hukum yang lain sedangkan menutup aurat adalah satu hukum yang lain pula!!
Seorang wanita yang menutup aurat tapi jika ia melakukan maksiat, Allah akan hukum mereka atas dosa maksiat yang dilakukan yang tentunya setiap dosa itu berbeza sedangkan seorang wanita yang tidak menutup aurat sungguh pun dirinya seorang yang baik tetap akan dihukum Allah atas dosanya kerana tidak menutup aurat tersebut. Rugilah jika akak sebagai oarang yang baik, yang tidak pernah lakukan maksiat, tak pernah mengumpat dan mengutuk tiba-tiba turut dihukum hanya kerana AURAT !! Islam tidak menghalang berhibur tetapi berhiburlah dengan jalan yang dibenarkanNYA. Islam tidak larang berpakaian tetapi berpakaianlah mengikut Syariat Nya.
Akak kata akak Islam...macam mana kalau pakaian akak tak ikut ISLAM?? Akak kata akak sokong Nik Aziz tapi akak tak buat pun apa yang dia suruh...Sesungguhnya dosa mendedahkan aurat tu amat besar kak...Tentang dalil yang akak bagi tu sebenarnya salah belaka... Akak, jangan tafsir al-Quran membuta tuli...berdosa BESAR tu. Al-Quran ada disiplin dalam penafsirannya...sebab tu kalau nak tafsir al-Quran kena faham ilmu lughah, ilmu balaghah, ilmu nahu, sorof, as babun nuzul, ilmu usul tafsir dan ilmu hadis serta perbagai cabang ilmu islam yang lain. Sesungguhnya al-Quran hanya boleh ditafsir oleh al-Quran itu sendiri dan oleh al Hadis. Berkenaan ayat tu, akak tengok tafsiran ulama berkenaan ayat tersebut. Allah tak paksa dalam agama...Allah tak paksa langsung...tetapi apabila kita dah masuk atau tergolong dalam orang Islam...kita wajib laksanakan keseluruhan titah perintah Allah ini...Wajib kita tutup aurat dan wajib kita laksanakan semua suruhanNya. Akak lihat ayat selepasnya pula :" Kerana telah jelas perkara (jalan) yang benar dan jalan yang salah.Barangsiapa yang ingkar kepada Thorut (Syaitan, Perlembagaan Manusia) dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat yang tidak akan putus,Dan Allah Maha Mendegar lagi Maha Mengetahui.
Surat tersebut saya kirimkan pada akak tersebut....lepas baca surat tu....tiga hari akak ni tak tegur saya...dan pada minggun-minggu terakhir saya ingin meninggalkan kilang ini...akhirnya akak ini akur juga...berpakaian menutup aurat. Dia mengucapkan terima kasih atas teguran keatasnya selama ini....
Dan Allah takdirkan pada minggu lepas ketika saya ingin membayar di Kaunter sebuah pasaraya di Pasir Puteh, Seorang kakak di kaunter menegur: "Assalamualaikum ust?... Saya diam sejenak memikir....ohhh...rupanya kakak di kilang tu....masih istiqomah nanmpaknya dengan tudung dan pakaian muslimahnya...sambil menjawan saya tersentum....alhamdulillah...dan saya tinggalkan pasaraya itu.
Jumlah pesakit mental meningkat
Membaca ruangan surat pembaca di Berita Harian pagi tadi berkenaan tajuk diatas adalah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Minggu lepas, seorang pesakit mental datang menemui rakan saya untuk mendapatkan rawatan mingguannya. Sebelum ini pesakit yang sama pernah datang menemui saya. Alhamdulillah, sakit mentalnya kini kian beransur pulih. Sungguhpun pesakit mengakui masih mengambil pil-pil dari Hospital Psikitri, tetapi dos nya makin berkurangan serta kadang-kala tidak mengambilnya lagi kerana yakin dengan bantuan Allah untuk memulihnya. Pesakit telah menghidapi penyakit ini dalam tempoh yang sekian lama. Dirinya berasa seolah-olah sangat was-was dalam tindakan serta merasakan dapat mendengar bisikan hati orang lain. Malah pesakit juga mendakwa tertekan akibat bisikan-bisikan yang didengarnya ditelinga setiap waktu. Semua pengalaman dirinya ini menyebabkan dirinya sukar tidur malam, merasa rungsing dan kebinggungan yang akhirnya menjejaskan kesihatan fizikalnya. Setelah dirujuk ke Hospital berkenaan, pesakit akhirnya diberhentikan kerja atas alasan gangguan kesihatan. Sokongan keluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat perlu ketika ini dimana kesihatannya ini amat membimbangan masyarakat. Sakit Mental merupakan satu penyakit yang amat digeruni dan mengaibkan. Sesiapa sahaja yang mengetahui dirinya seorang pesakit mental pastinya akan menjauhkan diri. Malah kisah pembunuhan antara ahli keluarga juga sering kali dikaitkan dengan sifat ganas akibat penyakit ini. Selain menerima rawatan di Hospital, tindakan pesakit dan keluarga mendapatkan rawatan di Darussyifa' yang menggunakan terapi berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah adalah satu pilihan yang tepat. Pesakit kini kian beransur pulih. Malah bisikan-bisikan ditelinganya sudah tidak didengarinya. Pesakit mula kelihatan normal dan kembali normal seperti biasa. Namun, panas yang dijangka berpanjangan tidak berlaku apabila hujan mula di tengahari. Setelah bertahun berkongsi penderitaan bersama anak dan isteri jumaat lepas menyaksikan dimana isteri tercintanya mula menyatakan hasrat INGIN BERPISAH atas alasan:-
1. Suaminya seorang GILA
2. Malu kerana penyakit GILA suaminya itu pada rakan-rakan dan ahli keluarga
3. Sakit Mental suaminya itu membataskan aktiviti SOSIALnya.
4. Takut dicederakan oleh suaminya.
Malah, lebih terkejut lagi apabila tindakan isterinya itu mendapat sokongan keluarga isterinya dan rakan sepejabat. Saya mengucap panjang apabila mendengar kisah sebegini. Setelah diselidiki, saya mendapat tahu bahawa terdapat orang ketiga yang menginginkan siisteri. Orang ketiga berkenaan seorang teruna dikatakan sanggup mengahwini isterinya dan menjaga ketiga-tiga anak mereka. Berdasarkan sumber maklumat diatas, saya menyatakan berikut:-
1. Hukum mengahwini isteri orang adalah SATU DOSA YANG AMAT BESAR.Saya dapati sejak kebelakangan ini, sifat orang Melayu ISLAM di Malaysia ni amat tidak mengambil berat perihal HUKUM HAKAM ISLAM. Orang sanggup mengurat gadis yang telah menjadi tunangan orang sedangkan ia merupakan juga perbuatan yang HARAM malah lebih teruk lagi cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan islam sehingga sanggup menyunting BINI ORANG adalah merupakan satu DOSA YANG LEBIH BESAR!!
2.Persoalan adalah di teruna benar-benar ikhlas akan berkahwin setelah diceraikan serta benar-benar ingin bertanggungjawab pada anak-anak isteri adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipercayai secara membabi buta kerana ia hanyalah andaian masa hadapan yang belum berlaku lagi.
3. Sekiranya si teruna itu benar-benar ikhlas dan budiman, bukan lah dengan cara cuba meruntuhkan keluarga orang lain, sebaliknya boleh dalam aspek lain yang dibenarkan syarak. Sesungguhnya Islam lebih menggalakkan agar si teruna mengahwini anak dara.
4. Situasi suami yang hampir pulih ini sepatutnya menguatkan lagi siisteri kepada ketentuan Allah setelah bertahun-tahun bersama-sama mengharungi kesusahan dan kesedihan. Sekiranya isteri merasa susah dengan tindakannya selama ini telah mengsia-siakan amalan dan usahanya merawat suami selama ini. Janganlah mengambil tindakan yang boleh memusnahkan amal ibadahnya pula.
5. Keluarga siisteri sepatutnya tidak menyokong tindakan anak perempuan mereka yang jelas HARAM dan BERTENTANGAN DALAM ISLAM. Anak menantu juga merupakan anak kita dan sebahagian keluarga kita. Jangan dibuang hanya kerana dia sakit mental. Bagaimana pula jika anak perempuan kita yang sakit mental ?? apakah kita sanggup buangnya pula???
6. Dakwaan siisteri dia malu dengan suami pada kawan-kawan dan ahli keluarga nya adalah satu alasan yang remeh dan menggelikan. Persoalannya kenapa sekarang baru rasa MALU ?? kenapa tidak masa mula-mula suami sakit dahulu ?? Pada saya semua alasan ini timbul adalah angkara hati telah tertarik pada orang ketiga.
7. Dakwaan siisteri bahawa khuatir suami bertindak ganas seperti yang berlaku pada laporan di akhbar baru-baru ini tentang kes pembunuhan yang melibatkan pesakit mental juga merupakan alasan semata-mata. Persoalannya apakah suami pernah melakukan tindakan ganas sepanjang dia sakit pada diri isteri mahupun anak-anak ?? Saya mungkin bersetuju jika isteri ingin bercerai secara FASAKH sekiranya suami benar-benar ganas dan atas sebab keselamatan, namun saya tidak bersetuju sekali jika suami hanya sakit mental dan tidak pernah menunjukkan elemen keganasan tersebut.
8. Dakwaan isteri bahawa sakit suaminya telah membataskan kegiatan sosialnya juga menunjukkan ceteknya pengetahuan istetinya dalam hal agama. Sesungguhnya isteri amat disuruh mentaati suami selagimana ia tidak bertentangan dengan perintah Allah. Kehidupan isteri sebenar adalah di sisi suami bukan di sisi oarang lain. Lihatlah pada anak-anak yang sedang membesar. Jangan dihancurkan masa depan mereka dengan PENCERAIAN. Sesungguhnya kehidupan masa hadapan tidak boleh dibayangkan dengan angan-angan. Boleh jadi perkahwinan dengan pemuda itu kelak akan lebih menyeksakan.
9. Perlu diingat, umumnya budaya masyarakat Melayu di Malaysia amat tidak serasi bagi keluarga lelaki yang mempunyai anak teruna untuk dikahwinkan dengan wanita lebih berusia darinya yang mempunyai tiga orang anak serta bergelar isteri orang. Saya khuatiri tindakan siteruna tersebut punyai niat yang menyeleweng kerana perkara yang baik tidak akan bermula dengan tindakan yang tidak baik. Jika awal-awal lagi sudah tidak baik. Awal-awal lagi sudah nak ambil isteri orang...apakah ingin diharapkan akhiran yang baik sedangkan permulaannya tidak baik?? Sesungguhnya suamimu kini telah beransur sembuh dan ketika ini dia amat perlukan sokongan padu dari mu dan pohonlah pada Allah kekuatan dan kebahagiaan moga dirimu tersenarai dalam penerima anugerah SYURGA ALLAH hendaknya.
Semoga siisteri memahami dan moga Allah kurniakan limpah hidayah padanya. Wallahua'lam
Jumlah pesakit mental meningkat
STATISTIK salah satu kajian yang dilakukan mendapati kira-kira tiga juta daripada 26 juta penduduk negara kita mengalami gangguan mental. Misalnya statistik 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan.
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga pada 2006, menunjukkan semakin ramai remaja tempatan menderita masalah kesihatan mental berbanding golongan lain. Remaja dikatakan paling ramai mengalami masalah mental kerana mungkin disebabkan oleh tekanan dalam pelajaran, masalah cinta dan gagal mencapai apa yang dicita-citakan mereka.
Semua ini menjadikan mereka tertekan dan sukar mengawal perasaan, seterusnya menyebabkan ada segelintir remaja ini mengambil tindakan bodoh seperti membunuh diri, meminum racun, terjun dari bangunan tinggi dan sebagainya.
Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) menyatakan diskriminasi dan penafian di kalangan orang ramai terhadap penyakit mental adalah satu daripada halangan utama kepada pesakit untuk mendapat rawatan penyembuhan.
Kewujudan gangguan mental di kalangan masyarakat sering dinafikan. Malah di kalangan pesakit yang sedang menjalani rawatan pun seboleh-bolehnya tidak mahu sesiapa pun tahu masalah mereka kerana perkara ini dianggap memalukan. Namun tanggapan negatif dan kurang pengetahuan masyarakat yang menjadikannya begitu.
Bagaimanapun, pesakit gangguan mental sebenarnya sangat memerlukan sokongan dan penerimaan keluarga serta masyarakat. Keluarga yang mempunyai ahlinya yang mengalami gangguan mental seharusnya tidak cepat melatah dengan keadaan itu. Keluarga juga tidak boleh berputus asa dalam usaha membantu pesakit untuk sembuh dan menjadi seperti individu lain yang normal.
Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jumlah pesakit mental semakin meningkat dan ia membimbangkan semua pihak.
NUR SEEMA,
UUM, Sintok.